Episod 156 : Salah Faham Tentang Seni Bina

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada sebahagian dari lepasan SPM bertanya kepada saya tentang dunia seni bina @ arkitektur. Berikut adalah artikel yang sangat baik untuk para lepasan SPM ataupun yang akan meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda, lebih tertumpu kepada bidang ini. Insya Allah, ia sangat memberi gambaran tentang bidang seni bina ini. Artikel ini saya petik dari blog akhi Afiq Shazwan, pelajar Master tahun 1 Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.

******************************************

Senibina merupakan antara jurusan ilmu yang tertua di dunia. Sekiranya kita melihat senibina hanya sebagai aktiviti untuk membina ruang untuk kegunaan manusia, ianya boleh dikatakan keperluan asas manusia sejak azali lagi. Tanpanya, tiada tamadun manusia.

Namun ramai sebenarnya yang tidak mengetahui apa sebenarnya senibina. Bercakap sahaja tentang senibina, ramai akan berkata,

“Kerja arkitek melukis sahaja kan?”

Tempoh pengajian seorang pelajar senibina ialah minima 5 tahun. Bagi sesetengah pelajar, mungkin 6 tahun sekiranya dikehendaki bekerja selama 6 bulan atau setahun selepas tempoh 3 tahun pertama pengajian. Adakah mereka belajar melukis sahaja sepanjang 5 atau 6 tahun tersebut?

Secara logiknya, tidak. Mengapa ambil masa yang begitu lama (hampir sama tempoh dengan pelajar perubatan) untuk bergelar arkitek? Banyak lagi perkara yang perlu ada pada seseorang itu sebelum layak digelar arkitek, bukan sekadar melukis. Bahkan, orang yang pandai melukis pun tidak semestinya berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun!

Perkara Asas

Kemudian Kami berfirman, “Wahai Adam! Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali jangan sampai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, nanti kamu celaka. Sungguh, ada (jaminan) untukmu di sana, engkau tidak akan kelaparan dan tidak akan telanjang. dan sungguh, di sana engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari.”

(Taha 20:117-119)

Berdasarkan ayat ini, kita boleh lihat bahawasa secara fitrahnya, manusia memerlukan tiga perkara asas iaitu makanan, pakaian dan tempat berteduh. Senibina dalam konteks ayat ini merujuk kepada tempat berteduh yakni tempat di mana kita ” tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari”. Di sini jugalah terdapat gambaran ringkas tentang tahap keselesaan yang manusia inginkan.

Maka, asas kepada mana-mana senibina ialah menyediakan ruang utk manusia berteduh dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

Rekacipta

Antara perkara pertama yang pelajar senibina perlu tahu ialah cara hendak merekacipta (design) dengan betul. Tidak boleh hendak merekacipta semberono sebab merekalah yang akan bertanggungjawab sekiranya bangunan atau rumah yang mereka reka itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya.

Kerja merekacipta perlu menggabungkan ilmu pengetahuan mereka dalam segenap bidang seperti sejarah,  teknologi, media komunikasi dan nilai-nilai invidividu untuk menjadi sebuah projek yang lengkap.

Untuk membina sebuah rumah, contohnya, arkitek perlu tahu tentang perangai pelanggannya; bagaimana mereka menggunakan dapur, ruang tidur, bilik mandi, dan sebagainya. Adakah mereka mementingkan privasi, yakni memisahkan antara ruang untuk tetamu dan ruang khas untuk ahli keluarga? Adakah mereka cenderung untuk mempunyai ruang yang fleksibel yang menggabungkan ruang tamu, tempat makan dan dapur? Adakah mereka suka untuk mempunyai laman sebagai ruang santai? Semuanya perlu diambil kira sebelum seorang arkitek boleh menghasilkan rumah yang memuaskan untuk pelanggannya.

Di sepanjang tempoh pengajian, pelajar senibina akan diasah untuk berfikir dan menganalisa secara kritis dan kreatif agar dapat mengkaji sesuatu isu berdasarkan konteks, membuat retrospeksi, menganalisa pelbagai pandangan di dalam isu tersebut dan membentuk pandangan peribadi yang logik dan kukuh. Ia akhirnya akan membentuk peribadi yang unik dalam setiap diri pelajar, dan akan terserlah di dalam bangunan yang mereka bina.

Ilmu Pengetahuan

Antara keperluan asas seorang pelajar senibina ialah ilmu pengetahuan yang luas.

Ilustrasi dari buku “101 Things I learned in Architecture School”

“An architect knows something about everything. An engineer knows everything about one thing.”

(Frederick,Matthew “101 Things I Learned in Architecture School”)

Kata-kata Matthew Frederick tersebut menggambarkan serba sedikit tentang seorang arkitek. Arkitek tahu serba sedikit tentang pelbagai jurusan ilmu, tetapi mereka bukanlah pakar dalam bidang-bidang tersebut. Dengan kata lain, pengetahuan amnya perlu tinggi, cukup tinggi untuk membolehkannya menghasilkan bangunan yang elok.

Contohnya, dari segi teknikal, di dalam industri kelak, arkiteklah yang bakal mengetuai barisan jurutera mekanikal dan struktur, hiasan dalaman, kontraktor, dan pakar-pakar dari bidang lain dalam melaksanakan sesuatu projek. Seringkali dalam sesuatu projek, pandangan dari pelbagai pihak akan bercanggah; struktur tidak betul, kekangan kewangan, hilang nilai estetika dan sebagainya. Di sinilah peranan arkitek. Dia perlu mengetahui tentang semua disiplin ilmu yang terlibat sehingga boleh berbincang dan mencapai keputusan yang memuaskan, bukan sahaja untuk pelanggan malah untuk menjaga integriti seluruh projek.

Komunikasi

Kemahiran untuk menyampaikan ide dengan berkesan, samada secara lisan, visual (hardcopy dan elektronik) dan melalui penulisan merupakan antara kebolehan yang perlu ada pada arkitek. Kemahiran-kemahiran ini tidak dapat diasah dalam masa yang singkat, maka sebab itulah pelajar senibina memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan tempoh pengajian.

Di kebanyakan universiti, para pelajar senibina perlu membuat pembentangan hampir setiap minggu, selalunya untuk subjek “Design”. Setiap minggu, tenaga pengajar selalunya sudah menetapkan sasaran tahap kerja yang perlu dicapai oleh semua pelajar. Di dalam setiap sesi inilah pelajar akan diberi peluang untuk mengasah kemahiran berkomukasi dengan berkesan melalui bahan visual, model fizikal dan juga pembentangan atau diskusi secara lisan. Ianya juga menuntut pelajar agar mempunyai skil menguruskan masa dengan elok kerana sekiranya tidak mampu untuk mempamerkan kerja yang memuaskan, dia akan mengalami kesukaran untuk mengejar masa.

Pembentangan yang memerlukan pelajar untuk menyampaikan ide mereka melalui model, lisan dan visual

-Gambar Hiasan-

Di universiti, pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk menghasilkan pembentangan visual yang berkesan. Di Royal Melbourne Insititute of Technology (RMIT) University, pelajar akan didedahkan dengan software grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Indesign, Rhinoceros dan sebagainya. Pelajar juga perlu mengetahui kaedah membuat model dengan cepat dan berkesan.

Contoh bahan pembentangan visual yang perlu dihasilkan oleh pelajar senibina

(sumber)

Kemahiran menulis pula selalunya akan diajar di dalam subjek sejarah di mana pelajar perlu menganalisa dan membuat kajian yang terperinci dan seterusnya menyalurkan pemikiran mereka ke dalam penulisan.

Secara ringkasnya, itulah gambaran yang sebenar tentang seorang arkitek, ataupun perkara-perkara asas yang perlu ada pada pelajar senibina. Jurusan ilmu dan seni membina ini bukanlah suatu bidang yang hanya menuntut orang yang mahir dalam melukis semata-mata. Ianya lebih dari itu. Tanggungjawab pakar senibina amat besar dan mereka yang menggalasnya perlu mempunyai integriti dan akauntabiliti.

Disediakan oleh

Mohammad Afiq Shazwan
Master of Architecture
RMIT University

Rujukan:

Matthew Frederick 2007, “101 Things I Learned in Architecture School“, The MIT Press, Cambirdge, Massachussetts

Ismawi Zen, Shireen Jahn Kassim, Norwina Mohd Nawawi (ed.), 2009 “An Anthology of Essays on Integrating Islamic Value in the Theory and Practice of Architecture and The Built Environment“, Kuliyyah of Architecture and Environmental Design, IIUM, Malaysia.

Spiro Kostov 1995, “A History of Architecture: Settings and Rituals” 2nd Edition, Oxford University Press, New York

50 Responses to Episod 156 : Salah Faham Tentang Seni Bina

  1. Akmal Hakim berkata:

    سوء فهم حول الهندسة المعمارية

    Syukran akhi Afiq Shazwan 🙂

  2. Afiq berkata:

    Afwan =)

  3. zwa_arch berkata:

    artikel yg mantop!

  4. cubaan berkata:

    saya suka entri ini. sangat menarik.

  5. nurfatin berkata:

    assalamualaikum.

    sy terbaca entry ni mse tgh google pasal archi.

    sy pernah minat dlm bidang archi ni dulu
    mse tu still blaja di skolah mngh lg.

    bila dah dpt result spm 2009.
    sy mula lupakn cita2 sy ntuk jd sustainable archi.
    di sbb kn pndgn2 negaif yg y dpt.
    spt future xbgs dan xsesuai ntuk pmpuan.
    slain itu sy jga takut klu sy tiada bakat
    dan fikiran yg kreatif ntuk mask archi.

    jd bila sy apply ke ipta. sy hnya apply ntuk
    engineering shj. since sy jga minat engineering.
    sy jga dpt pndgn2 negaif ntuk bidang engine nih.
    tp sy bt xpeduli je. since sy rse sy btl2 minat
    bidang engine ni. scr xlgsg sy tlupa trs psl archi.

    bila sy pegi interview jpa ntuk engine.
    sy jumpa se-org kwn yg apply archi. dan
    penemuduga kami yg jga seorg archi.
    bila mrk mula bckp psl archi. sy mula t’igt
    cita2 sy dulu ntuk jd archi.

    start dr aritu sy mula confuse.
    sy xthu knape. tp sy pening sgt.
    sy xpasti ape yg sy fikirkan.
    hati sy mcm sakit sgt bile fikir
    dulu sy give up ntuk arci.

    sy apply asasi UM dlm sains fizikal
    dan asasi UITM dlm sains kejuruteraan.
    klu sy dpt masuk program asasi ini.
    ade x pluang lagi ntuk sy masuk
    bidang seni bina?
    matrik juga sy apply sains fizikal.

    tolong sy. fikiran sy kusut sgt bile fikir2
    balik pasal ni.

  6. asyraf berkata:

    artikel ni telah mnmbah lg mnat sy terhdap archi,,sy slalu keliru krna orang selalu kata,kena pndai melukis bru bjya dlm bdg ni..akhirnya,sy jmpa entri yg berguna utuk menambah keyakinan diri sy..

    kpd saudari nurfatin: awk masih boleh memilih bdg ini selepas tamat matrik atau asasi.memandangkn awk memilih asasi sains UM,awk boleh smbung utuk degree senibina.namun,peluang MUNGKIN diberi untuk pelajar yg ambil asasi alambina UM..tdak mustahil utuk awk terplih kerana module pembelajarannya sama tdak kira asasi sains atau senibina.sy pilih alambina utuk plihan pertama.ketika sy bertemu dgn seorang lecturer UM dlm bdg archi ni,,dia kata pemilihan utuk senibina UM agak strict..kna fight btul2 kalau mahukannya..slen itu,,jika tdak berjaya utuk degree senibina di UM,,asasi UM masih boleh diguna utk apply degree senibina di U lain spt UTM..satu lg ingin sy bgtau,lecturer yg sy jumpa itu adalah seorng permpuan..kalau awk tak jd aktek,awk ley jd lecturer..so,tdak mustahil utuk awk berjya..

  7. ahmad fadli bin arif berkata:

    salam

    sy lg 4 hari nk temuduga ijazah sarjana muda seni bina di universiti. klu tdk keberatan blh x berkongsi ilmu tentg temuduga @ selebihnya

  8. Afiq berkata:

    Goodluck kepada semua!

  9. paiz berkata:

    sy skunk bljr dlm bdg seni halus(diploma)..so blh x nk apply seni bina bila degree nanti??

  10. zwa_arch berkata:

    paiz: kalo di UTM bleh je kalo nak apply architecture.

  11. winie berkata:

    salam..sy winie dr semester 1 dlm dploma in architecture at polythecnic..sy amat minat dlm bidang ini…tapi..setelah sy msok blaja hdup sy trus berubah.. sesungguh ye..bidang architecture sgt berat..sy xtw sy dpt bertahan atau tidak..sy sgt risau if sy terpakse repeat sem..mcm mana kite nak dapat bertahan dalam bidang seni bina ini??? kawan2 sy ramai yg tidak bersemangat..sebab risau akan gagal..

  12. lala berkata:

    salam,..saya pelajar lepasan spm. sy minat bdg archi n int design neh. but saya xtahu melukis. so, any future for me if i choose this course??
    boleh terangkan x, any U yg tawrkan bdg archi n int dsign neh. especially for the asasi. hope u guys can help me. thanx. 🙂

  13. haidan zaini berkata:

    terima kasih kerana memberi jawapan kepada semua soalan saya…:D

  14. GADIS JAWE berkata:

    assalamualaikum… sekarang saya bekerja sebagai pelukis plan di 1 firma arkitek… dan saya bercite2 nk lanjutkan pelajaran.. impian saya mmg tinggi menggunung… dan saya ada intiviu usm pada 25/4/2011(isnin depan)..memandangkan saya tinggal di johor,maka banyak belanja kene keluarkan..pengorbanan ibu dan keluarga yang sanggup menghantar saya nanti membuatkan saya terharu dan berkobar2.. MASALAH saya adalah :

    1. saya adalah antara pelajar cemerlang dalam kelas..TETAPI.. saya tidak pandai bercakap.. saya tidak pandai presend..saya tidak pandai menegakkan design saya…org2 dan lecture akan mengenali saya melalui hasil kerja saya..sebab saya mempunyai identiti sendiri(dalam board)

    2. bagaimana saya hendak meyakinkan panel semasa temuduga nanti… saya sangat risau saya tidak dapat diterima memandangkan impian yang tinggi dari keluarga..bagaimana saya hendak menunjukkan kesungguhan..untuk membuat panel kagum dan terima saya masuk u..?

  15. tiqo smile berkata:

    aku memang minat giler senibina…
    hari tu aku apply ipta…
    1st hingga 4th choice semua aku letak psl senibina…
    tapi guess what? aku dapat uitm diploma akaun! grr!
    matrix pun aku dpt akaun..psl aku mmg mnta akaun dkt matrix…
    tapi aku tak tahu la… aku rasa macam mmg nak ambik senibina…tp langsung tak dapat..maybe kalau apply yg swasta punya dpt kot…
    tapi masih konpius ni! aku baru je 18 thn..aku tak tau mana yg sesuai! mmg aku minat senibina..tp kdng2 aku terpikir gak…aku terpikir pilihan aku ni salah… tak tahu la…bidang akaun tu aku mmg minat jgak…tapi kalau diberi choice..mmg aku pilih senibina….tp aku ni pelajar sains spm dulu…
    maybe dulu aku patut ambek sekolah teknik! urgh!
    tak tau mcm mana ni…
    matrix satuthn je…tp uitm 3 thn…
    lama giler uitm tu….
    waaaaaa….nak minta pendapat tuan blog,,thanks ❤

  16. Akmal Hakim berkata:

    BANK JAWAPAN

    @winie

    Jawapan saudari, saya ada tulis dalam beberapa entri saya berkenaan senibina, ‘life’ dsb. Mungkin boleh buka link buat kategori ini : https://senikehidupan.wordpress.com/category/kerjaya/seni-bina/

    @ lala,

    Untuk menjawab soalan yang dilontarkan, mungkin boleh cari di dr. google. Terlalu banyak untuk ditulis, dan lebih banyak boleh didapati dengan sistem ‘search’ yang kita ada ini

    @GADIS JAWE

    Terima kasih kerana bertanyakan soalan yang baik.

    1) Dalam dunia review seni bina, kita ada 2 kaedah, iaitu kaedah presentation, dan kaedah hasil design yang bercakap sendiri (design speak by itself). Kalau nak kata ada yang tak pandai present, ramai aja.

    Yang penting, kita boleh yakinkan inilah kemampuan kita dalam menghasilkan sesuatu design, yang ‘convincing’. Lecturer biasanya pasti faham. Sebolehnya buat yang terbaik untuk design, andainya tak mampu present dengan baik

    2)Semalam saya baru sahaja terbaca satu kata-kata hikmah daripada seorang konduktor orkestra/pemain piano ;

    if you have a dream
    and if this dream is powered with passion
    and love for what you do
    there is no way that you will not succeed

    -Yanni-

    Tak perlu nak buatkan penemu duga kagum. Keinginan (passion) yang anda tunjukkan itu adalah kelayakan sebenar masuk ke dalam bidang ini (tips)

    Saya pernah dengar ada seseorang yang ditemuduga dalam kursus aviation technology, siap mereka bentuk sebuah model kapal terbang. Apa salahnya seorang bakal pelajar seni bina, kumpulkan lukisan-lukisan yang berkenaan dengan seni bina, dan hasilkan portfolio untuk ditunjukkan kepada penemuduga.

    Penemuduga juga manusia.

    @tiqo smile

    Perkara sedemikian memang berlaku tiqo. Bahkan, ada yang memang meminati bidang guaman, tetapi yang ke-7 juga dipilih iaitu bidang seni bina.

    Ramai yang tak tahu sebenarnya, masih ada peluang untuk dapatkan kursus yang dipinta, kalau tak dapat buat kali pertama. 2nd intake sentiasa ada, rayuan pun boleh dibuat (walaupun saya cakap senang, kalau rasa betul-betul mahukan impian, buat apa yang mampu)

    Satu lagi, yang ini berlaku, tetapi peratusnya tak tinggi. Ada sahaja yang ambil bidang akauntan di matrikulasi KPM dan dapat bidang seni bina untuk degree. Seni bina adalah kursus yang datang tak kira daripada sains atau akaun.

    Jadi, terus terang, jangan putus asa. Jalan tak pernah tutup.

  17. waris berkata:

    salam ya tuan empunya website..hmba nk mohon copy artikel ni bley utk dsebarkn ke rkn2 arkitek yg lain..?

  18. waris berkata:

    salam ,hmba nk mohon copy artikel ni bley?

  19. pelajar baru berkata:

    assalamualaikum saya merupakan seorang pelajar semester pertama bagi program kursus ap213 ijazah sarjana muda sains senibina ambilan spm untuk 2011, hahaha, just nak kongsi what ive been through half sem blajar, the workload here is AWESOME, quote lagu senibina “tidur tak lena, makan tak tentu, perkara biasa~~”, quote senior “kita pelajar archi kena gila2 sikit”, quote academic advisor “ko kalo tak tahan pressure baik la tukar kursus cepat” . money would ran out real quick cuz you would have to spend some for equipment’s and bahan2 nak buat model. there would be a lot of ‘inductions’ by the seniors. you would miss a few classes just so that you could complete an assignment… =.=. aaaaandddd theres a lot of other reasons y its not recommended for the feint of heart. TAPI, theres a lot of ups too, archi student has the most freakin awesome events EVAR, its studio based so you would seriously be like siblings with your colleagues, the sense of achievement when you completed a task, PRICELESS, the seniors could help you in tasks, theres fieldtrips, did i mention that we have the most AWESOME EVENTS EVAR yet?, ada banyak cabang pekerjaan yang budak2 archi boleh ambil mcam tulis kat atas an architect knows something of everything, archi would open your eyes, it would have you view the world in a different way, you will definately become a better person, quote lecturer ” even if you cant make it as an architect we want you to be a better person”, maaaan it wouldnt be enough space here to give reason why you would like to become an archi.

  20. mohd NAIM berkata:

    salam,,saye nak minta pendapat tuan empunya blog..

    sye ingin meminta pendapat,
    selepas abis belajar diploma..
    sye berpk utk sambung degree dlm kos laen tp still adew kaitan dgn senibina,kerana sye xnak mensia-siakan ilmu yg sye pelajari sepanjang 3 taun.
    tetapi sye tidak tahu untuk sambung dalam kos apew..
    hope tuan empunya blog dpt membri pendapat n nasihat serta sedikit pendedahan berkenaan alam pekerjaan nnt..thank,,

  21. naim berkata:

    salam,,artikel nie mmg menceritakan tentang kehidupan pelajar senibina..saye akui dan sye jugak sedang menempuhi nye skang (in diploma). kebanyakkan org atau pelajar kos laen tidak mengerti apew sebenar yg pelajar seni bina lalui sepanjang tempoh pembelajaran kerana pelajar seni bina mempunyai dunia nya yang tersendiri. maksud dunia yang tersendiri bkn lah hanya duduk terperuk dlm bilik semate2, hanya mase yg byk memainkan peranan kerana setiap minit amat bernilai bg pelajar senibina. dalam kehidupan seni bina,faktor masa sering menjadi punca (masa tidak cukup) sekiranye seseorg gagal utk merancang dgn elok jadual pembelajarannya.

    segala tekanan (stress), sikap berputus asa(give up) semmg nye merupakan suatu kewajipan yg dirasai dlm diri setiap pelajar seni bina. mungkin kos laen adew tekanan jugak,tp berbeza dgn tekanan dalam kehidupan seni bina,(susah nak gambarkan keadaannya, hanya sesiape yg pena rasa sahaja yg dapat merasai kepayahannya). sebab itu setiap pelajar seni bina perlu laaa kuat dari segi mental dan fizikal serta sentiase bersemangat utk terus berjuang.tetapi walau bagaimana/sejauh mane susah nye,,sye tetap berbangga sebab sye merupakan seorang pelajar seni bina, dan sye bersyukur kpd ALLAH S.W.T kerana pilihan sye merupakan suatu pilihan yg tepat. dalam tempoh 2 stgh taun sye menjadi pelajar senibina, Alhamdulillah byk ilmu serta perkare yg berkaitan seni bina byk sye pelajari walaupun mase sering xcukup.
    …….

  22. farid berkata:

    Assalamualaikum,sy memang minat dgn kos seni bina.Sy ni sebenarnya lepasan SPM,saya nak sangat2 tahu yang mana lebih baik iaitu ambil asasi seni bina ke/diploma seni bina ke/atau terus ke sarjana muda seni bina?Sy terlalu buntu,tolonglah beri jawapan walaupun sedikit tidak ape…..

  23. ekin berkata:

    salam. sy ingin tahu, kalau kita x pandai melukis, adakah masih punya harapan utk bjaya dlm bidang seni bina ?

  24. Akmal Hakim berkata:

    Wsalam @Ekin,

    Melukis bukanlah syarat utama untuk berjaya dalam senibina, tetapi imaginasi adalah perlu, fikiran kritis dan daya kreativiti sangat membantu.

  25. Akmal Hakim berkata:

    @Farid
    Ini bergantung kepada perancangan saudara dalam belajar.

    Kalau saudara rasa ingin cepat habis dan terus bekerja, ambil diploma.

    Sekiranya saudara ingin teruskan belajar tanpa menerusi matrikulasi (yang pembelajaran asasnya tiada kena mengena dengan senibina), boleh ambil sarjana muda terus (part 1 dari UiTM), selama empat tahun. Bagi di UIA dan UM, asasi matrikulasi adalah senibina (direct) sehingga ke part 1 (3 tahun sarjana muda), tak jauh beza cuma agak lebih senang daripada terus ke sarjana muda.

  26. SITI. berkata:

    Asssalamualaikum

    brbalik pd soalan Farid,saye pon ade masalah yg same mcm dye..cume soalan sye,klu terus ke sarjana Muda Sains Seni bina (part 1 di UITM) adakah pembelajrannye same je atau lbih tough berbanding ambil asasi o diploma seni bina?universiti mane di malaysia yg trkenal dgn program seni bina ni?
    tq~

  27. Siti Mariam berkata:

    Mohon membuat artikel tentang Interior Designer. Ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam.

    Terima Kasih..

  28. Akmal Hakim berkata:

    @ Siti

    Since Sarjana Muda Sains Seni Bina satu-satunya ditawarkan selepas SPM (bypass matriks & asasi), adalah course yang terus ke degree tanpa perlu matrikulasi, pembelajarannya juga berada di tahap degree. Jadi memang sudah tentu susah, sebab itu kemasukan ke pengajian senibina di sana agak strict, dengan tapisan yang agak ketat.

    Untuk pengetahuan Siti, dapatkan info universiti di Malaysia yang dapat Akreditasi. Dapatkan maklumat pembelajaran dengan bertanya mana-mana pelajar senibina di semua universiti.

    Kalau saya di UIA, pembelajarannya cukup baik, cuma teori dan workload agak berat. Kepakaran di sini adalah seni bina yang berteraskan islamik, green, dan soft skills yang berbeza2.

  29. fafamuse berkata:

    Saya pun ambil sarjana muda sains senibina tu. tapi result takat 5 A je. Biasa biasa je. Alamak gaya macam tak dapat je. Kena pass interview lagi. Nanti interview dia tanya apa? Mohon tolong supaya boleh prepare better dan akan lebih yakin nanti. hehe. 😛

  30. malin mirah berkata:

    salam,, sy lepasan spm 2011 .. sy ditwarkn diploma bangunan d uitm n dpt matrik teknikal .. sy nie minat giler arch.. tp sy still keliru nk pilih yg mn.. dua2 ok,,tp sy nk yg mnjurus ke arah senibina.. sy xnk salah pilih..

  31. Akmal Hakim berkata:

    Saya sarankan jangan ambil diploma. Dip Bangunan adalah lari daripada seni bina, design dikira minor, construction dikira major.

    Ambil matrik teknikal, skor dengan baik, dan teruskan seni bina samada di UPM, UKM, USM, dsb. Semoga maju jaya

  32. fida berkata:

    slm…hello2..saya lepasan spm 2011..bru je 18 tahun..n sgt confused ..huhu..1st question..lau amik sains kat matriks ley ke apply bachelor of senibina …? sy ade gak baca satu artikel nih kat blog lain …die ckp ssah nak survive dlm bidang nih.. agak2 brp tempoh pengajian untuk bachelor senibina ? adakah stlh graduate utk bachelor of senibina nih ley dpt keja ? member ckp lau lpasan bachelor of senibina x confirm lg dpt gelaran arkitek ? btul ke ? bleh trgkan mcm hala tuju utk architecture dgn lebih lanjut ? erm..sy minat sgt nak jd arkitek ..tp x tau btul x plihan yg sy amik skg …:'( please help me!! btw,artikel diatas sgt menarik..dan sgt sesuai utk lepasan spm yg masih blur2 mcm sy..hmm..

  33. iman berkata:

    nk masuk bidang ni kena power math ke ?

  34. So Wut berkata:

    salam,saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina bulan 9 2012..boleh tak bg tips bagaimana nak berjaya dalam bidang ni?

  35. Nabila Khairudin berkata:

    salam, saya bakal melanjutkan pelajaran ke ukm untuk kos BSc. Architecture selama 3tahun. adakah pengajian ini utk part 1 shj dan bagaimana nanti kalau saya ingin melanjutkan pelajaran utk part2? bolehkah dlm universiti yg sama atau lain lain? kalau boleh saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara utk part2 nnt

  36. waniso berkata:

    bgus pengisian entri neh..mmg org lain akan kata orang yg xberbakat melukis ke..apa2 yg berkaitan.. susah nk survive…kalu nk masuk..bidang yang memrlukan penelitian..spt seni ne…saya salah seorang yang rasanya xpon berbakat..tpi..berminat mengambil bidang seni..especially..Seni lukis dan seni reka……daripada pemerhatian saya,la……bakat tu rasanya..berapa % je..tp…USAHA..n MINAT tu..lagi penting……btul x?

  37. nazmi berkata:

    salam…kalo na ambik degree dlm seni bina nie…aq na kna ambik asasi ap? bleh kew kalo aq amik asasi kejuruteraan mekanikel. agi 1 kalo msuk bidang nie ade msa x ntok aq maen futsal ngn kwan or lpak2 tngok epl?

  38. pelajar risau berkata:

    sy nak tanya, layak kah pelajar spt saya masuk sarjana muda senibina uitm ni? saya hanya dapat 5a sahaja spm tapi sangat berminat dgn archi. sarjana muda senibina uitm ni first choice sy. harap reply tq 🙂

  39. Akmal Hakim berkata:

    InsyaAllah layak. Teruskan usaha.

    Ada sahaja yang dapat 3A dapat juga senibina. Pastikan di UPU list yang teratas.

  40. budak baru bljar berkata:

    Salam,, saya dpt interview for sains senibina ukm..normally what kind of question that they asking us? Apa yg saya perlu tahu? Current issue? Building or what?

  41. FarhanQushairi berkata:

    A’salam..boleh saya tau ,kalau pelajar lepasan dip.senibina dari politeknik..Universiti manakah yang paling sesuai untuk sambung degree nanti dalam bidang yang sama?and stu lagi soalan,bolehkan pelajar dip.senibina menyambung pelajaran ke degree tapi dalam course senibina landskap?
    Mohon pecerahan. .TQ

  42. naz berkata:

    salam..sy pelajar lulusan diploma mechanical enginnering dr politeknik. selepas tamat tempoh pengajian sy bekerja dlm bidang industrial design..exhibition designer.memang xde kene mngena dgn kelulusan sy..dlm pd ms yg same sy sambung degree di utm space..sy bljr smpai semesta kedua saje.sy stop bljr sbb mcm dah xde minat.skang minat sy dah betukar ke arah architecture memandangkan sy br dpt kerja baru dia sebuah company interior architecture.sy nak tnya layak ke sy tukar kos dr bachelor in mech eng ke barchelor in science architecture separuh mase?memandangkan umur sy dah menjangkau 27 tahun.trima kasih kerana beri pandangan.

  43. Wawa berkata:

    Okay I’m currently in Matriks studying Sains Fizikal for 2 years. I got an offer for Asasi Seni Bina. Should I pursue the architecture route? I mean I honestly don’t know what I want to be but I do have a certain liking and kind of excelled in LK and drawing. Does that count as something that leans toward architecture?

    If I did take architecture, can you please tell me what subject or class I’ll be expecting?

    Reply soon. Thanks.

  44. arina berkata:

    Assalam…sy ad beberapa soalan yang diluar topik saudara…oleh kerana saudara pelajar senibina RMIT..sy ingin bertanya berkenaan uni tersebut. Harap tuan sudi jawab ye

  45. gambar berkata:

    assalamualaikum saya student lepasan matrikulasi course sains fizikal. saya mcam ad minat skit senibina ni. jadi saya apply senbina landskap dan engineering. skrang kputusan upu, saya dpat senibina landskap. tpi saya tak ada asas lukis langsung. jadi saya nk mintak pendapat skit, takpe ke klau saya terima je tawaran senibina tu? terima kasih atas pandangan.
    Reply soon. Thanks.

  46. msnylea berkata:

    Sy pelajar tahun akhir diploma industrial design UiTM. Sy berminat utk tukar aliran kpd degree interior designer. Adakah kedudukan sy sbg pelajar industrial design sesuai utk mohon kursus interior designer ?

  47. Diana berkata:

    Asalam..
    Saya ingin bertanya …jika saya mengambil aliran ekonomi asas,geografi dan sejarah boleh kah saya menjadi seorang arkitek landskap…?

  48. Diana berkata:

    Asalam..
    Saya imgin bertanya..jika saya mengambil aliran ekonomi asas,geografi dan seni bolehkah saya menjadi arkitek landskap..?

  49. ain berkata:

    assalamualaikum. saya lepasan spm dan saya sangat sangat berminat untuk apply asasi architecture. tapi betul ke bidang ni tak sesuai untuk perempuan?

  50. Nur hanisah berkata:

    Asalam.. Sy nk tnya ,mcm sy nim lpsn spm tp tk ambil subjek lukisan kjuteraan, sy ambil sain tulen… Boleh ke cburi bidang nim?
    N lpas tu U mna yg ptut sy plih untk mnjdi arkitek?

Tinggalkan komen