Episod 179 : Sebahagian Besar ‘Prasyarat Kematianku’

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sesekali apabila saya membelek-belek nota diri ‘Prasyarat Kematianku”, saya merenung akan tulisan saya akan tanggungjawab yang perlu saya pikul ke atas keluarga saya.

Hati sebak.

Kalau difikirkan, saya tidak pernah merasa bagaimana susahnya seperti mak abah. Hampir-hampir senantiasa mak abah pastikan apa yang saya ingini terlaksana.

Adakalanya saya terfikir, anugerah kehidupan yang saya terima ini, bukanlah semata-mata bagaimana saya perlu membawa kehidupan ini sendiri. Memang benar saya ada misi untuk ummah, misi untuk negara dan bangsa. Tetapi saya masih berhutang akan orang tua yang telah membesarkan saya, kebahagian mereka.

Kadang-kadang saya sedih ketika teringat mak abah yang telah menjangkau 60 tahun lebih. Sedangkan saya masih 21 tahun tanpa kemampuan yang setanding untuk menjadikan mereka bahagia. Saya tak tahan melihat mereka kecewa, tak tahan melihat mereka rasa sedih. Saya tak tahu, adakah sempat saya bekerja,  berkahwin dan menghabiskan sisa-sisa kehidupan ini bersama mereka?

Hanya Allah yang tahu.

Dahulu, saya sendiri pernah memilih merancang untuk bernikah awal atas tanggungjawab tertentu. Namun hakikat yang sebenar telah membuatkan saya lupakan sahaja cita-cita itu. Terlalu banyak perkara yang saya janjikan diri saya ini untuk melangsaikan hutang-hutang cinta terhadap mak abah. Apatah lagi hutang-hutang yang saya pernah kecewakan mereka, mengingatkan semua itu saya sentiasa mengingatkan diri agar jadikan mereka gembira seboleh-bolehnya.

Mak abah kahwin agak lambat. Abang yang paling tua, umur 25. Adik paling kecil berumur 16. Kami berempat masih belum mampu membayar hutang kebahagiaan yang mereka bayar dengan kesusahan. Apatah lagi umur mereka semakin bertambah, khawatir apa-apa boleh berlaku.

Mengingatkan kesilapan-kesilapan masa lalu, saya tertanya-tanya akan dosa yang telah saya lakukan. Kalaupun mak abah telah ampunkan awal-awal, masakan saya mampu menghilangkan parut-parut yang telah saya tinggalkan atas kelakuan-kelakuan buruk yang pernah saya lakukan dahulu?

Teringat saya akan kata-kata seorang rakan, “kita hanya tahu kegembiraan ibu bapa, tapi kita tak tahu berapa banyak kegembiraan mereka angkara kita. Kita mungkin juga tahu mereka terluka, tapi kita tak tahu betapa lukanya mereka angkara kita”

Biarlah saya menyelesaikan kejayaan saya sepenuhnya, membahagiakan mereka, melunaskan hutang-hutang mereka, sebagai prioriti utama ketika ini.

Terima kasih abah, terima kasih emak.

“ Amalan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya”.

Abdullah bin Mas’ud bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” [Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim]

 Nota diri ‘Prasyarat Kematianku’ adalah tulisan wasiat terhadap diri sendiri, kewajipan yang perlu dilaksanakan buat diri ini sehinggalah nafas terakhir.

6 Responses to Episod 179 : Sebahagian Besar ‘Prasyarat Kematianku’

  1. oniera berkata:

    Terharu membacanye.

    Semoga kita sentiasa ingat akan pengorbanan mereka. Selagi mereka masih hidup, bahagiakn la mereka.

  2. afeb_pilah berkata:

    blaja elok2 utk capai cita2..smpai mase, balas budi diorg..hidup mati , itu sume ALLAH tentukan..doa byk2..

  3. Sarah Maimun Aqsha berkata:

    I heard about your story~

    “Life is too short to be dwelling on the past and to worrying about the future.”

    So, make the best of our present especially towards our beloved ones.

    Have a good life akmal, may Allah bless~

  4. sara berkata:

    minta share kata-kata dari seorang tu ye~

  5. sara berkata:

    *rakan

  6. kekadang kegembiraan duniawi membuat kite hilang kewarasan berfikir..walau pon kite tau aq bkn mcm tu…tp akn ade dlm salah satu lngkah khidupan hal itu terjdi..kisah ni..mmng pengajaran sesangat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: