Episod 142 : Soalan Tentang Professional Mukmin

Disember 6, 2009

salam..saya ali dari johor..saya dahulunya belajar di dalam bidang agama… saranan dari ayah saya yang berpikiran seperti saudara dia memberi cadangan kepada saya utk mendalami dalam bidang seni bina…saya berusaha dan mendapat temuduga di utm tetapi ditolak..atas dasar saya dari bidang agama…dikritik abes2an oleh pihak temuduga…mungkin ada sedikit sebanyak kesilapan sewaktu temuduga…tetapi disitu kita dapat lihat betapa tidak dibagi peluang terhadap org yang beraliran agama utk menceburi bidang yang laen…saya merasa agak terkilan dengan keadaan sedemikian..kita cuba utk mengeluarkan idea mungkin dari konsep yang berbeza..tetapi tidak dibagi peluang..saya akui tidak beberapa mahir dalam melukis..tetapi mengapa?..bagaimana kita hendak cuba membanu persepsi ini dimata sang penemuduga…tidak pandai melukis mungkin boleh dilatih…ilmu agama yang diperolehi oleh sang ditemuduga itu lebih bernilai atau ketidakmahirannya melukis itu yang dititik beratkan…apa pendapat saudara…

-Aligaban

Waalaikum salam w.b.t akhi Aligaban,

Sebelum saya menjawab persoalan saudara, saya memohon maaf atas keterlambatan dalam menjawab persoalan saudara dari sudut ini. Disebabkan projek seni bina yang bertambah-tambah, jadual menulis yang tak selari, ada sedikit kerumitan dalam menulis entri buat semester ini. Namun saya khabarkan pada saudara bahawa memang inilah kehidupan seorang pelajar jurusan arkitektur.

Terima kasih kerana sudi bertanya tentang persoalan ini, yang mengupas tentang PROFESSIONAL MUKMIN.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 140 : Kita Kena Belajar Dan Mengajar Erti Menghargai 2

Disember 2, 2009

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). [Hadis Riwayat Muslim]

Hidup menjadi indah ketika kita dihargai.

Jika saya menyatakan yang sebaliknya juga betul;

Hidup akan kehilangan indahnya ketika kita tidak dihargai.

Selalunya ramai orang hendakkan diri dihargai ketika melakukan sesuatu perkara yang baik-baik. Penghargaan itu ibarat air sejuk yang menghilangkan dahaga keletihan dalam sesuatu usaha. Itulah hebatnya penghargaan.

Tetapi bagaimana jika seseorang mulai tidak dihargai tatkala kelemahannya tersingkap?

Baca baki entri ini »


Episod 135 : Merawat ‘Kesukaran’ Bermula Dengan Diri

Oktober 10, 2009

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Surah Ali Imran : 14]

family

“Aku jealous tengok kau ni man. Duit keliling pinggang, mesti best life kau kan?”, bual seorang rakan di sebuah restoran.

Azman menghela nafas panjang. Dia meneguk air teh panas perlahan-lahan ingin mengatur jawapannya.

“Kau tak faham man.. nampak je aku macam ni..”

“Lah kenapa?”

“Duit banyak ok lagi. Masalah aku keliling pinggang, Ramli.. Bini aku tu dah ‘tawar’ dah dengan aku. Asyik gaduh je..”, jawab Azman.

“Aku rasa macam dah tak ada life lagi dah. Anak-anak aku tu aku biarkan macam tu je.. Tak guna pun aku banyak duit ni Ramli..”,

“Aku lagi cemburu tengok kau yang serba sederhana, tapi life kau lebih jauh bermakna dari diri aku..”, tambahnya lagi.

“Betul ke macam tu?”, tanya rakannya Ramli

Azman hanya mengangguk

“Masih ada jalan lagi man.. kau jangan putus asa..”

“Maksud kau macam mana?”

Baca baki entri ini »


Episod 134 : Berkawan Dengan Mukmin

Oktober 5, 2009

Kawan pendamping yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya. Sedangkan kawan pendamping yang buruk ibarat tukang besi. Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya. (Hadis Riwayat Bukhari)

sahabat

Dalam keadaan yang kritikal dan penuh dengan deretan kerja-kerja, tambah lagi dengan masalah internet yang lemah longlai dan tak bermaya, tak menjadi untuk saya mengisi di ruang Seni Kehidupan ini.

Namun alhamdulillah, ilham Allah itu begitu luar biasa, secara tak sengaja entah apa yang saya tekan di komputer ini menjadi, internet kembali bermaya dan berfungsi.

Maka dalam keadaan ini saya mengambil langkah untuk menulis apa yang terlintas di fikiran, insyaAllah. Tak banyak, sekadar berkongsi~

Baca baki entri ini »


Episod 132 : Mendidik Anak Perlu Kepada Proses

September 25, 2009

“Dan ingatlah apa yang dibaca dirumahmu dan hikmah sunnah nabimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut dan Maha Mengetahui.” [Surah Al-Ahzab : 34]

DSC_1333Sekadar Gambar Hiasan [taaruf week]

Tertarik saya melihat contoh yang dilakukan naqib saya ketika menjalani usrah bersamanya di rumah. Hampir setiap kali usrah, anak perempuan yang kecil selalu ada bersamanya bermanja-manja. Walaupun kehadiran anaknya itu agak menganggu perjalanan usrah, ustaz tak pernah marah-marah atau bermasam muka tetapi, sentiasa kelihatan tenang.

“Mirah, pergi balik bilik sayang”

“Tak nak”, kadang-kadang memeluk ustaz, berpangku, bercakap seorang diri. Saya menjadi terhibur melihat gelagatnya.

Ustaz masih meneruskan perbincangan dan perbualan antara kami tanpa ada masalah.

Baca baki entri ini »


Episod 131 : Kita Kena Belajar & Mengajar Erti Menghargai

September 23, 2009

“..Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Bouquet--C10020703

“Mak, mana horlicks ye?”, tanya seorang anak perempuan kecil.

“Lah, dah berapa tahun ko duduk sini nak oi.. kat atas meja dapur tu pergi lah tengok”, lantang emaknya yang sibuk bermain dengan babynya.

Baca baki entri ini »