Episod 171 : Umur Yang Tersenyum Kepada Empunya Badan

“Ya Allah, ampunilah daku, sayangilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku” –Bacaan doa, duduk antara dua sujud


8 April, tarikh itu membuatkan rasa ‘euphoria’, tatkala rakan-rakan membanjiri mesej ‘wish’, memberi hadiah, dan sebagainya. Saya gembira dan mengucapkan jazakallahu khairan kepada semua. Datangnya tarikh ini bererti saya mula berganjak ke umur 21 tahun. Alhamdulillah, sihat wal afiat, dan saya insyaAllah masih dianugerahkan lagi nikmat terbesar Islam dan Iman,

Yang mungkin boleh ditarik bila-bila masa. Nauzubillah.

Kata orang, umur 21 tahun maknanya sudah boleh mengundi. Kerana umur 21 tahun itu sudah rasional pemikirannya. Matang. Saya telah meninggalkan zaman belasan tahun, menganjak ke dunia alam dewasa.

Ada orang, 21 tahun sudah mempunyai kunci kereta. Malah sudah ada kunci ofis. Heh, belum sampai lagi waktunya semurah rezeki yang demikian buat saya. Saya hanya seperti insan biasa yang lain, masih belajar, masih meneruskan kehidupan yang sentiasa baru, atas izin dari-Nya.

KITARAN KEHIDUPAN

Adakalanya rasa seolah-olah sekejap sahaja kita bertandang ke muka bumi ini. Sedar tidak sedar, kita bukan lagi ketot seperti dahulu, minta ini, minta itu pada ibu. Kata orang, kena belajar “berdiri atas kaki sendiri”. Inilah dia, umur 20an mula menyapa siapa diri kita yang sebenar.

Kadang-kadang kita sendiri dapat menyaksikan bagaimana ertinya hidup orang yang hanya makan, minum, tidur, kerja untuk teruskan kehidupan. Ada masa, kita dapat lihat seseorang itu berjaya,  yang asalnya seorang yang gagal. Ada juga yang sebaliknya.

Mungkin ada juga yang kita lihat, dahulunya dia durjana, hari ini dia berubah menjadi sarjana. Yang ‘syaitan’ dahulukala menjadi ‘malaikat’. Kaya ke miskin, miskin ke kaya. Semua ini kitaran-kitaran kehidupan yang kita tidak mungkin terbayang apa yang akan berlaku, sememangnya pelik, tetapi inilah hakikat duniawi yang tidak pernah henti dari fitrah perubahan.

Sebab itu, saya juga bertanya kepada diri saya, dari mana pula perubahan saya buat tahun ini? Adakah satu anjakan dari umur belasan saya dari positif ke negatif? Atau lebih baik?

Semua itu bergantung pada apa yang saya pilih, hari ini.

PANGGILAN KEMATIAN

Bercerita tentang pilihan, memang kadang-kadang juga kita tidak sedar bahawa mungkin kita telah memilih jalan kehidupan itu dengan bagaimana kita berkawan, bagaimana kita memilih suasana kita. Tertarik dengan kata-kata ini yang saya temui di Facebook ;

“If you are dying infront of your friends, would they able to remind you to say lailahaillallah? Who are your friends??” – Faiz Adnan

Juga, satu mesej khutbah dari Sheikh Riadh Ourazzi, UIA, terjemahannya

“Lebih kurang 15 tahun dahulu saya mengambil master di San Fransisco, California. Saya mengambil kursus psikologi. Di akhir kursus itu, pensyarah bertanya sesuatu yang menarik; katanya – Apakah yang anda mahukan orang lain berkata tentang kamu, selepas kamu mati? Bermakna, bagaimana kamu ingin diingati, selepas kamu mati? Semenjak hari itu, saya masih lagi teringat soalan ini. Apakah yang akan aku tinggalkan selepas ini. Apakah visimu? Apakah misimu? Apakah mesejmu ketika kehidupanmu…?”

Membuatkan saya terfikir sejenak, detik umur yang bertambah itu, menghampiri saat pengakhiran saya ke liang lahad. Saya tak boleh mengatakan saya masih awal, masakan saya tahu bila akhirnya badan ini bertahan?

Kematian itu memanggil, andainya pilihan saya silap hari ini, bagaimana saya berkawan, bagaimana saya beribadah, bagaimana saya bekerja untuk kehidupan ini, silap-silap saya mungkin berakhir dengan pengakhiran yang buruk (su’ul khatimah). Nauzubillah.

Kematian menjemput bila-bila.

Samada iblis tersenyum lantaran godaannya, atau malaikat menyambut dengan senyuman bangga.

ERTI KEHIDUPAN

Zaman fahaman ketika jahil, saya ingat apa yang kita mahukan di dunia ini adalah kepuasan (satisfaction). Ya, siapa mahu menafikan yang dia ingin hidup bahagia, kaya, segalanya ada. Saya belajar bahawa sebenarnya kepuasan itu tidak pernah berakhir.

Dan pelajaran saya hari ini mengatakan bahawa kepuasan itulah sebenarnya penipu.

Hari ini telah menunjukkan cerita-cerita mereka yang tidak pernah puas mengejar kehidupan. Ada yang asyik mencari duit, kerana kononnya duit itu sumber kepuasan. Ada yang ingin hidup bahagia bersama yang tercinta, kerana di situ juga kepuasan. Dan akhirnya erti kepuasan ini membawa diri pada sifat ‘limitless’, yang mahukan segala-galanya.

Tetapi di sebalik itu saya tersedar bahawa tidak pernah ada orang yang puas dengan kehidupannya. Beribu-ribu orang yang sengsara kerana erti kepuasan. Politik serang balas itu angkara kepuasan. Perniagaan hasad dengki itu angkara kepuasan. Duit, jawatan, kehidupan, muzik, semuanya berakhir dengan erti kepuasan.

Lalu dari situ saya menyedari ada sesuatu yang tenggelam dari kepuasan, lantas makna apakah kehidupan ini?

Kita adalah antara orang yang hidup dari ratusan zaman orang yang melakar sejarah. Kita adalah orang yang hidup dari berjuta-juta manusia yang melakukan keburukan, dan kebaikan. Kita mempunyai akal yang dikhasfungsikan untuk belajar dan berfikir, tidakkah pantas kita belajar dari semua ini?

Dan sebagai khalifah yang diciptakan dimuka bumi, yang memakmurkan dunia ini, kita bertanggungjawab untuk mengajar generasi yang meneruskan dunia selepas kita. Dan mereka jualah yang bakal menggantikan khalifah-khalifah yang gugur ini.

Kehidupan itu bukan cerita tentang kita.

Tetapi cerita dari zaman nabi adam, sehinggalah manusia yang terakhir dimuka bumi ini.

Lalu biarlah kita mencari makna itu, dan ajarkannya pada generasi-generasi kemudian. Jangan dibiar ditipu oleh kebebasan dan kepuasan.

Entri ini khususnya buat diri ini, juga buat adik saya, Khairil Anwar yang baru masuk 16 tahun hari ini, rakan-rakan saya yang sekitar bulan April ini, dan seterusnya buat pembaca-pembaca. Moga bermanfaat.

One Response to Episod 171 : Umur Yang Tersenyum Kepada Empunya Badan

  1. realitihidupku berkata:

    Hidup ni tak pernah puas,,
    kalau dah dapat, mesti nak lebih lagi..

    Ada pepatah arab cakap:
    “manusia itu kalau sudah diberikan 2 buah lembah emas, mesti dia hendak lembah emas yang ketiga..”

    Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita sudah ada..
    Mahukan sesuatu yang baik dengan banyak tidak salah, tetapi biarlah sekadar cukup dan tidak melupakan diri kita sendiri..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: