Episod 181 : Secantik Ikatan Riben

Ogos 5, 2011

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” [Ali Imran : 200]

 

Masalah adalah ibarat tali.

Kadang-kadang bertambah-tambah bersimpul. Angkara runsing, kita cuba meleraikannya, tetapi ia bertambah berbelit pula.

Apa yang difikir ketika itu?

Belitan tali yang tak pernah-pernah selesai? Atau kembalikan tali kepada asalnya, cantik sediakala?

Baca baki entri ini »


Episod 173 : Pisau Bukan Hiasan

Jun 27, 2011

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” [Saidina Ali bin Abi Talib]

PISAU BUKAN HIASAN

Masih ingat lagi ketika kecil, mak sering menceritakan tentang anak-anak rakan sekerja yang sudah pandai membaca. 5 tahun sudah pandai baca surat khabar. 2 tahun sudah pandai mengeja.

Pernah saya bertanyakan signifikannya.

Mengapa ia menjadi kebanggaan ibu bapa?

Kemudian saya menyoal kembali keberadaan saya hari ini andai tidak reti membaca. Apatah lagi mampu menulis entri ini.

Soalan ini menyebabkan saya terfikir sejenak, saya telah benar-benar merugikan diri sendiri kerana terlalu banyak saya boleh belajar dengan membaca. Software membaca telah diinstall  sejak lama tetapi jarang digunakan, itu merugikan.

Ibarat pisau, namanya sahaja pisau, tetapi tidak memotong?

Pernah dicatatkan oleh satu statistik purata pembacaan dalam setahun dengan hanya 2 buah buku (2007) oleh rakyat Malaysia, kini meningkat 12 buah buku dalam setahun. Bayangkan, andai anda yang tidak pernah membaca sebuah buku pun,  dicatat dalam purata, menghabiskan 12 buah buku dalam setahun. Seolah-olah kita menghabiskan sebuah buku sebulan.

Bermakna, begitu ramai sekali pembaca.

Namun, harapnya majoriti ini adalah dalam kalangan umat Melayu Islam kita di Malaysia. Masih segar lagi khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Shah UIAM, “Like for engineering students, I don’t ask how many engineering books have you read. But how many books you read other than engineering books?”

Keperluan dalam membaca ini adalah harapan umat hari ini, insya-Allah mampu menyelesaikan situasi dan masalah hari ini. Bahkan mampu menulis untuk menyelamatkan umat ini. Tetapi yang menjadi masalahnya terlalu banyak perkara lain yang mendahului pembacaan dan waktu lapangnya untuk ini. Baca baki entri ini »


Episod 172 : Kaedah Mendapatkan Impian Yang ‘Terbang’ (Tips Lepasan SPM)

Mei 31, 2011

” Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka – sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan {keperluannya}….”[Surah Ath Thalaaq : 2-3]

Mak ada berkongsi cerita dengan saya akan kisah sebuah keluarga yang asalnya hidup berpendapatan rendah. Keluarga ini bukanlah dari yang berpelajaran. Tetapi usahanya untuk mendapatkan hidup yang bahagia, tekun, dan berusaha untuk yang terbaik, akhirnya menjadi.

Satu perkara yang menarik adalah, isteri kepada peniaga itu, akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di universiti. Bukan umur 25, atau 30. Tetapi umur 58 tahun!

Dan perkara ini menimbulkan tanda tanya, mengapa sebenarnya seseorang itu boleh menggali dengan dalam sekali mengekalkan impiannya, sedangkan ada sebahagian yang melepaskan impiannya begitu sahaja di udara?

Begitulah ceritanya, kebanyakan pelajar-pelajar lepasan SPM hari ini.

Baca baki entri ini »


Episod 165 : Harga Sebuah Kemaafan

Disember 18, 2010

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya:”Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang plg mulia di sisiMu? FirmanNya:”Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untik membalas kejahatan org lain.”

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang hiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

Baca baki entri ini »


Episod 161 : Kerana Gaya Kita Berfikir Ini..

Julai 22, 2010

“Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah” [HR. Al-Baihaqi]

Kita memang rasa puas jika dalam hidup ini kurang gangguan, tiada apa yang menghalang. Mungkin juga kita rasa tak selesa jika ada waktu yang menyebabkan kita diganggu, terganggu atau terpaksa menerima masalah yang bukan kita mulakan. Ketika itu mulalah rasa kecewa, marah, malah ada yang ingin memuaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Andaikan di satu pagi Isnin, anda perlu mengambil peperiksaan pada pukul 8.00 pagi. Malangnya pagi itu pula air tiada.

Baca baki entri ini »


Episod 159 : Pilihan Yang Memeningkan

April 28, 2010

“Tidak kecewa orang yang istikharah (memohon pilihan yang lebih baik dari Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak akan melarat orang yang hidup hemat. [Hadis Riwayat At-Thabrani]”

Baru-baru ini, saya kerap kali dihubungi oleh pelajar lepasan SPM, bertanyakan pendapat tentang pemilihan kursus yang akan diceburi. Raya-rata masih ramai yang keliru dan tidak pasti dalam memilih. Pilihan sangat banyak, tawaran sangat banyak. Ada yang cuba memilih tetapi tak dapat. Ada pula yang dapat tawaran, tapi tak mahu.

Malah ada juga yang mengalami masalah kerana pilihannya dikekang oleh keluarga. Tersedak dari memilih.

Semuanya memang sangat memeningkan.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan life-decision-making ini? Baca baki entri ini »


Episod 152 : Usah Menjadi Mangsa Minat

Februari 21, 2010

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Hadis Riwayat Muslim]

saya merupakan seorg plajar ipts..skang sy amik dentistry di ipts tersebut…sy amik kos ni coz mak sy yg suruh n die byk bg kate2 smangat…tp masalahnye sy rs sy x bley bwa…
result sy ckup2 mkn 3.00…sy rs itu pun nasib…sy bagai terkapai2 di klas dan kuliah…sy dah cube tp x dpt…adakah ini faktor sebab sy x minat kos ni? sebab sy mmg xpernah terlintas nak amik kos nie… sy sgt keliru…tlg sy….patutkah sy truskan…sy takut sy akan kecundang…

oleh : Ila

Komen dipetik dari Episod 76 : Keliru Memilih Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ila, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Tahniah kerana mengambil satu kursus yang profesional, walaupun saudari mengambil risiko memilih kursus yang belum tentu saudari boleh bawa.

Kerana itu adalah pilihan mak saudari.

Namun setelah memilih kursus ini, mungkin baru tersedar seketika bahawa saudari menganggap saudari tidak boleh bawa.

Saya tidak pasti berapakah pointer minima untuk kursus dentistry, dan menurut soalan, saya tidak tahu samada pointer 3.00 itu adalah GPA atau CGPA saudari, asasi atau semester pertama ijazah. Jadi, menurut fahaman saya, cukuplah sekadar menganggap itu adalah pointer yang pertama untuk saudari meneruskan dentistry ini.

Untuk pengetahuan saudari, saya adalah pelajar jurusan seni bina. Namun dalam masa yang sama, saya adalah seorang yang sangat meminati subjek biologi. Boleh dikatakan saya suka menghafal anatomi, jenis penyakit, kaedah kesihatan dan sebagainya meskipun ditangan-tangan saya berupa pensel warna, watercolour dan bahan-bahan model untuk assignment architecture.

Lalu mengapakah saya terus memilih seni bina?

Baca baki entri ini »