Episod 171 : Umur Yang Tersenyum Kepada Empunya Badan

April 20, 2011

“Ya Allah, ampunilah daku, sayangilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku” –Bacaan doa, duduk antara dua sujud


8 April, tarikh itu membuatkan rasa ‘euphoria’, tatkala rakan-rakan membanjiri mesej ‘wish’, memberi hadiah, dan sebagainya. Saya gembira dan mengucapkan jazakallahu khairan kepada semua. Datangnya tarikh ini bererti saya mula berganjak ke umur 21 tahun. Alhamdulillah, sihat wal afiat, dan saya insyaAllah masih dianugerahkan lagi nikmat terbesar Islam dan Iman,

Yang mungkin boleh ditarik bila-bila masa. Nauzubillah.

Kata orang, umur 21 tahun maknanya sudah boleh mengundi. Kerana umur 21 tahun itu sudah rasional pemikirannya. Matang. Saya telah meninggalkan zaman belasan tahun, menganjak ke dunia alam dewasa.

Ada orang, 21 tahun sudah mempunyai kunci kereta. Malah sudah ada kunci ofis. Heh, belum sampai lagi waktunya semurah rezeki yang demikian buat saya. Saya hanya seperti insan biasa yang lain, masih belajar, masih meneruskan kehidupan yang sentiasa baru, atas izin dari-Nya.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 163 : Bayaran Sebuah Impian

Ogos 10, 2010

“Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan kerasnya serta cita-citanya” [Hadis Riwayat Ath-thusi]

Mereka tersenyum, ketawa. Ada yang serius, ada yang bersahaja. Kita lalu dihadapan berbondong-bondong manusia setiap hari. Tidak tahu apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka impikan.

Yang mampu dilihat, mereka sibuk. Kalaulah bukan kerana impian, mereka mungkin tak seperti itu.

“Doakan abang berjaya bu”, kata seorang anak yang soleh.

“Saya akan tunggu kamu kembali ke sini, sehingga kita mampu mencapai cita-cita itu. Dapatkan yang terbaik!”, oleh seorang rakan yang mengikat janji kejayaan bersama.

Impian itulah yang dikatakan sebagai harapan. Ia adalah batu-batan jalan yang mengarahkan kita bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu, lalu hilanglah si dia mencari arah.

Baca baki entri ini »


Episod 127 : Untung Kita Punyai Hati..

September 8, 2009

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah : 216]

spaceform-heart-token

Dalam pendakian kita mendaki gunung impian kita, selama tempoh yang tertentu pasti ia menjadi satu yang begitu indah dan menarik. Sudah tentu impian adalah sesuatu yang tersemat di hati dan menjadi satu-satunya angkara kenapa kita bergerak menuju ke hadapan.

Tentunya jika menyebut tentang impian dan cita-cita, jika ditunjukkan bahasa badan, kita akan menekup kedua-dua belah tangan ke dada, merasakan ia adalah seruan hati. Bukan di kepala.

Alangkah hebatnya Allah menjadikan seketul daging ini memberi respons terhadap apa yang diingini itu. Sayang harta, anak bini, pangkat dan sebagainya. Malah tentunya dalam satu-satu masa, seseorang itu menjadi sebati dengannya. Ketika itu Allah menjadikan satu kemanisan terhadap hatinya, sehingga untuk melepaskan apa yang disayangi itu begitu berat.

Baca baki entri ini »


Episod 116 : Cuti Ini

Julai 22, 2009

adik-adik pedas

“this is a three week project”, tegas Madam Rabeah.

Satu projek baru. Besar, complicated dan sangat memakan masa.

Itu dia Composition and Layout.

Saya merenung masa cuti seminggu saya. Sempatkah menyiapkan projek itu? Berapa lama saya nak qadha’ buku-buku yang terbentang kat atas meja, masih belum habis.  Tak ada waktu lain, selain daripada waktu cuti yang saya tunggu-tunggu.

Itu pun bukan senang nak disiplinkan.

Jadi setakat ini, mungkin workbook projek bolehlah siapkan. Illustration board yang bapak gedabak besar ni, saya kena sabar sedikit menyiapkannya di kampus nanti. Akademi Islah multimedia masih berlegar-legar di fikiran. Modul-modul program masih tak sempurna lagi. Nak fikirkan permintaan fotografi McLead pun satu hal lagi.

Adeh. Tiba-tiba rasa gatal kepala ni.

“tet-tet..tet-tet..”, satu SMS keluar.

Baca baki entri ini »


Episod 108 : Dikelilingi Kesibukan

Jun 28, 2009

“Kewajipan itu lebih banyak daripada masa” [Imam Hassan Al-Banna]

CAC poster

Berat bahu ini nak menyelesaikan banyak perkara. Dulu di sekolah, ada yang kawan saya samakan saya sibuk seperti pengetua. Macam-macam. Benar, kesibukan itu terasa sentiasa datang mengejari walaupun sedaya upaya cuba mengelaknya.

Sebagai satu pengalaman untuk dicoretkan di blog.. Baca baki entri ini »


Episod 100 : Yang Ke Seratus Dari Satu

Jun 2, 2009

Jika saya mendengar, saya memahami.

Jika saya membaca, saya mengingati.

Jika saya menulis, saya mesti melaksanakannya.

Akhirnya sampai juga saya entri yang ke-100. Satu pencapaian yang saya sendiri tidak pernah menduga. Saya tidak pernah termimpi untuk menulis, bahkan hampir-hampir membenci penulisan. Akhirnya saya menemui penulisanlah medium terbaik, untuk mengerti, dan mempraktik.

Baca baki entri ini »


Episod 88 : Satu Keraguan Atau Kerugian, Ar. Akmal Hakim?

April 19, 2009

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hambaNya maka Allah suka agar kenikmatanNya itu tampak pada diri (hamba) Nya” (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

architect-drawing

“Kalau akim ambil medik,habislah segala seni”, kata saya.

“Eh, ni mak cakap. Doktor pun kena ada seninya. Nak jahit luka tu pun kena tepat”, balas mak.

“Nak betulkan hidung yang patah tu pun”, tambah mak lagi.

Saya tak tahu apa yang menyebabkan saya selalu terfikir tentang dunia medik ni. Saya seolah-olah meronta ingin mengambil jurusan ni, tetapi kenapa sekarang?

Saya sudah skor dengan baik untuk bidang seni bina ni.

Ya Allah.

Ingat lagi sewaktu kecil-kecil. Permainan kreatif saya bukanlah LEGO, tetapi botol-botol ubat dari despansari mak. Syringe, sudu, botol kecil hinggalah besar semuanya dicantum-cantum menjadi bahan rekaan saya.

Saya mula membuka pintu RAGU. Baca baki entri ini »