Episod 183 : Ketika Aku-Kau Mengkritik

Disember 31, 2011

“Apa pasal kau punya lukisan macam tak siap je?”, kata Ahmad kepada Ismail.

Your painting is very messy! I don’t think you are good enough to be an artist. Go take some other courses that fits you”, kata seorang pensyarah kepada pelajarnya.

“Waaah, cantiknya lukisan anak mak. Mana Nurul belajar melukis ni?” Kata seorang ibu dengan penuh bangga.

Adakalanya berada di dalam sistem pembelajaran dunia seni bina ini, persekitaran ini (study environment) saya penuh dengan kritikan. Samada dari peringkat pensyarah, rakan-rakan, senior, junior isu mengkritik hampir-hampir setiap hari. Kadang-kadang kritikan yang datang berbentuk membina (constructive), dan ada juga bersifat menjatuhkan (destructive). Sebab inilah saya terasa penting untuk menulis, ketika kita mengkritik, apa yang berlaku, untuk apa, kesan, dan kepentingannya.

“Semua orang adalah pengkritik – kerana semuanya mempunyai pandangan tersendiri. “

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 171 : Umur Yang Tersenyum Kepada Empunya Badan

April 20, 2011

“Ya Allah, ampunilah daku, sayangilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku” –Bacaan doa, duduk antara dua sujud


8 April, tarikh itu membuatkan rasa ‘euphoria’, tatkala rakan-rakan membanjiri mesej ‘wish’, memberi hadiah, dan sebagainya. Saya gembira dan mengucapkan jazakallahu khairan kepada semua. Datangnya tarikh ini bererti saya mula berganjak ke umur 21 tahun. Alhamdulillah, sihat wal afiat, dan saya insyaAllah masih dianugerahkan lagi nikmat terbesar Islam dan Iman,

Yang mungkin boleh ditarik bila-bila masa. Nauzubillah.

Kata orang, umur 21 tahun maknanya sudah boleh mengundi. Kerana umur 21 tahun itu sudah rasional pemikirannya. Matang. Saya telah meninggalkan zaman belasan tahun, menganjak ke dunia alam dewasa.

Ada orang, 21 tahun sudah mempunyai kunci kereta. Malah sudah ada kunci ofis. Heh, belum sampai lagi waktunya semurah rezeki yang demikian buat saya. Saya hanya seperti insan biasa yang lain, masih belajar, masih meneruskan kehidupan yang sentiasa baru, atas izin dari-Nya.

Baca baki entri ini »


Episod 157 : Minat Selepas Meluat

Mac 26, 2010

“Lakukan apa yang mampu kamu amalkan. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu sendiri jemu” [Hadis Riwayat Bukhari]

Kalau cerita tentang menulis, mesti selalu gambar yang ini. Sedangkan zaman moden semua guna keyboard

Sebelum cuti saya seringkali peringatkan diri untuk membiasakan diri dengan menulis selepas ini. Habisnya saya di dunia asasi ini memberikan saya ruang yang sangat banyak untuk menulis. Namun perancangan itu adalah sebaliknya.

Kebiasaannya saya menulis tatkala saya dilanda kesibukan. Tugasan penuh, atau hari peperiksaan, itulah saat-saat paling ligat saya menulis. Bahkan kadang-kadang saya mengupas isu yang bakal untuk dijawab dalam peperiksaan.

Sehingga hari ini, saya hanya mampu menulis post dengan ala kadar dan kurang semangat walaupun tempoh cuti yang saya lalui agak panjang. Adapun yang ditulis tidak mampu disiapkan sepenuhnya. Apatah lagi kali ini saya dijemput menjadi kolumnis untuk AHS Society di UIA Kuantan juga rasa seolah-olah saya masih hilang ‘push’ untuk menulis. Tidak cukup isi.

Baca baki entri ini »


Episod 152 : Usah Menjadi Mangsa Minat

Februari 21, 2010

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Hadis Riwayat Muslim]

saya merupakan seorg plajar ipts..skang sy amik dentistry di ipts tersebut…sy amik kos ni coz mak sy yg suruh n die byk bg kate2 smangat…tp masalahnye sy rs sy x bley bwa…
result sy ckup2 mkn 3.00…sy rs itu pun nasib…sy bagai terkapai2 di klas dan kuliah…sy dah cube tp x dpt…adakah ini faktor sebab sy x minat kos ni? sebab sy mmg xpernah terlintas nak amik kos nie… sy sgt keliru…tlg sy….patutkah sy truskan…sy takut sy akan kecundang…

oleh : Ila

Komen dipetik dari Episod 76 : Keliru Memilih Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ila, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Tahniah kerana mengambil satu kursus yang profesional, walaupun saudari mengambil risiko memilih kursus yang belum tentu saudari boleh bawa.

Kerana itu adalah pilihan mak saudari.

Namun setelah memilih kursus ini, mungkin baru tersedar seketika bahawa saudari menganggap saudari tidak boleh bawa.

Saya tidak pasti berapakah pointer minima untuk kursus dentistry, dan menurut soalan, saya tidak tahu samada pointer 3.00 itu adalah GPA atau CGPA saudari, asasi atau semester pertama ijazah. Jadi, menurut fahaman saya, cukuplah sekadar menganggap itu adalah pointer yang pertama untuk saudari meneruskan dentistry ini.

Untuk pengetahuan saudari, saya adalah pelajar jurusan seni bina. Namun dalam masa yang sama, saya adalah seorang yang sangat meminati subjek biologi. Boleh dikatakan saya suka menghafal anatomi, jenis penyakit, kaedah kesihatan dan sebagainya meskipun ditangan-tangan saya berupa pensel warna, watercolour dan bahan-bahan model untuk assignment architecture.

Lalu mengapakah saya terus memilih seni bina?

Baca baki entri ini »


Episod 124 : Zon Kekuatan dan Tutur Kata

Ogos 22, 2009

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisa’ : 32)

slipper

Ada kalanya selipar saya terputus, saya diajar agar tidak membeli yang baru. Itulah education dari abah. Abah sanggup menjahit sekeras-keras selipar saya, agar tidak membazir. Saya juga tak membeli yang baru melainkan sehingga betul-betul rosak selipar saya.

Agaknya sudah berapa banyak koleksi selipar yang telah dijahit abah. Saya sangat menghargainya sebagai simpanan memori. Saya tahu abah mengajar satu perkara, iaitu tentang lingkungan zon kekuatan yang ada pada setiap orang. Nak atau tak nak, abah memang dari dulu akan cuba baiki barang yang rosak, walaupun sudah berkurun lamanya terbiar di stor.

Boleh dikatakan banyak barang yang tak terbuang kerana perangai abah yang satu ini. Saya menghormatinya kerana itulah minat dan apa yang abah banyak lakukan sepanjang hidupnya sebagai seorang kontraktor binaan. Itu juga zon kekuatannya, tak kiralah saya mampu membeli selipar yang baru banyak-banyak, sebab tabiat membaiki itu melekat dalam jiwanya, dia tetap akan lakukan walaupun bagi saya agak melecehkan.

Baca baki entri ini »


Episod 123 : Tahniah Pimpinan BADAR Baru

Ogos 22, 2009

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh” (Surah As-Saff : 4)

1_421917442l

“Tak tahulah abang Akmal saya ni macam mana..”

“Saya rasa takut jugak ni..”, jelas adik bimbingan saya ketika dahulu, Amirrul Aizat.

Sudah naik menjadi ketua BADAR akhirnya. Sejuk sanubari ini.

“Tak apa Aizat, jadi saja diri sendiri”, saya nak mulakan cerita motivasi.

“Abang semalam pergi Mid Valley, sembahyang dekat surau. Ramai yang sembahyang tapi bertabur-taburan. Lepas tu ada seorang budak pergi depan jadi imam, saf jadi teratur selepas tu”, pesan saya.

Saya memaksudkan kepimpinan itu membentuk satu yang lebih tersusun dan indah. Baca baki entri ini »


Episod 119 : Sakit Itu Rahmat

Ogos 1, 2009

“Dengan nama Allah berserta asma-Nya tidak akan mudharat sesuatu yang ada di langit dan bumi. Dan dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [Doa Nabi]

fever

Baru nak merasa, meraikan kesenangan selepas kelelahan menyelesaikan major project untuk graphic communication baru-baru ini.

Kebetulan sekeluarga sudah menempah penginapan di Palm Spring Resort, Massionette Suite, bersama keluarga belah mak. Package yang mak sendiri support.

Namun dalam masa yang sama sebelum melangkah keluar dari UIA, suhu menaik dan simptom demam terpapar.

Risau pula melanda, sudahlah post yang terbaru sebelum ini tentang H1N1, tiba-tiba saya demam yang ada potensi. Sakit tekak, sakit bahagian pinggang dan demam. Cuma batuk, muntah-muntah dan cirit birit tak ada.

Tetapi ada cerita yang lebih merisaukan saya.

Baca baki entri ini »