Episod 184 : Rosak Dibaikpulih

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [Surah Al-Furqan]

Image

Sejak di rumah saya mempunyai Astro, saya seringkali menjenguk History Channel untuk meninjau satu siaran yang paling saya minati, American Restoration. Saya amat tertarik dengan kepakaran ‘geng bengkel’ ini mampu membaiki hampir kesemua sekali. Hantarlah apa-apabarang yang penuh dengan rosak karat atau mekanisme bagaimana sekalipun, tak ada yang tidak boleh diperbaiki.

Yang menentukan ia tak boleh dibaiki, hanyalah $$$,  bajet!

No money no talk!

Kadang-kadang saya tertanya, mengapa klien sanggup hantar barang yang rosak sebegitu, berkarat dan kenapa mereka tak beli sesuatu yang baru, atau yang lebih baik?

Jawapannya sentiasa sama, bangga dan gembira setelah diperbaiki;

“This brings back old memories!”

Jika kita cuba bayangkan, bagaimana barang-barang ini suatu ketika dahulu mungkin terkenal. Mungkin juga seringkali digunakan. Tapi sampai masanya ia dilupakan. Mungkin kerana ada teknologi yang lebih baik, maka dibiarkan mesin itu di mana-mana.

Akhirnya berhabuk, berkarat, dan hilang fungsinya.

Samalah juga kepada kita, manusia biasa. Sentiasa tak terlepas daripada kealpaan. Mungkin hati yang dibiarkan tidak dibasuh dan dibiarkan berkarat, atau sengaja dirosakkan?

Mungkin saat itu kita lupa sejenak siapa kita yang dahulu. Atau mungkin sesekali kita teringin menjadi kita seperti dahulu, jauh daripada kekotoran atas tangan kita hari ini?

Serosak mana sekalipun kita, kita pasti tahu siapa kita. Kitalah mekanik untuk diri kita sendiri, kitalah jua yang menjaga kita. Itulah yang membezakan kita dengan mesin yang rosak!

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” [Surah Ar Ra’d : 11]

“Sesiapa melakukan perkara buruk atau menzalimi dirinya kemudian bertaubat, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” [Surah An-Nisa’ : ayat 110]

Buat diriku, buat diriku.

2 Responses to Episod 184 : Rosak Dibaikpulih

  1. Nor Aizat berkata:

    sangat rindukan tulisan akh akmal hakim =)

  2. rocket rentacar berkata:

    I will start with what we did while there the few
    different times and the things not to be missed. Villas are more often than not essential for
    the big families, but not all buyers need or desire great space or worried regarding to
    have a garden. However, things changed and gradually online vehicle auction became a believable concept
    for majority and after e – Bay introduced their online car auction its prospective doubles in a jolt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: