Episod 184 : Rosak Dibaikpulih

Disember 15, 2012

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [Surah Al-Furqan]

Image

Sejak di rumah saya mempunyai Astro, saya seringkali menjenguk History Channel untuk meninjau satu siaran yang paling saya minati, American Restoration. Saya amat tertarik dengan kepakaran ‘geng bengkel’ ini mampu membaiki hampir kesemua sekali. Hantarlah apa-apabarang yang penuh dengan rosak karat atau mekanisme bagaimana sekalipun, tak ada yang tidak boleh diperbaiki.

Yang menentukan ia tak boleh dibaiki, hanyalah $$$,  bajet!

No money no talk!

Kadang-kadang saya tertanya, mengapa klien sanggup hantar barang yang rosak sebegitu, berkarat dan kenapa mereka tak beli sesuatu yang baru, atau yang lebih baik?

Jawapannya sentiasa sama, bangga dan gembira setelah diperbaiki;

“This brings back old memories!”

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 182 : Don’t Do Nothing

September 28, 2011

It’s been quite a while since I wrote the last post. So I have to update SK even just a bit. This is my 2nd post in English, since I intended to tell certain quotes which I wrote earlier in English. There are times beautiful quotes came out of no where from your thoughts,triggered when somebody asked something. As a personal record, I have to write it down here.

Baca baki entri ini »


Episod 180 : Semudah ber-Sama

Ogos 4, 2011

foto dari Yariska, deviantart

Mengambil kata-kata saya dari Facebook bertarikh 30 Jun

“Kitalah sebenarnya yang sengsara dengan pencarian kita atas perbezaan kita, berbanding apa yang kita tahu atas persamaan kita.

Kitalah sebenarnya yang akhirnya rugi dengan pencarian kita atas kesalahan orang-orang kita, berbanding apa yang kita sokong melalui kebaikan yang kita kongsi”

Hari ini kita berpuasa, sama lapar, sama dahaga.

Hari ini kita bersama-sama mengejar pahala, menjauhi dosa.

Ayuh, elakkan diri dari membeza-beza.


Episod 176 : Manifesto Sebuah Perubahan

Julai 18, 2011

Sekiranya kita ingin merangka sebuah perubahan, maka yang demikian harus kita tanyakan dahulu.

‎1)Mengetahui atas dasar apa yang kita inginkan perubahan

2)Mengapa perubahan itu perlu dilakukan (daripada dibiarkan)

3)Berapa banyak pilihan untuk kita laksanakan perubahan

4)Bagaimana sejarah mengajar cara perubahan (gagal atau berjaya)

5)Betul-betul yakin dengan cara yang dilakukan untuk perubahan (akibatnya)

6)Berapa ramai yang perlu digunakan (atau korban) untuk perubahan itu

7)Bagaimana agaknya kemungkinan-kemungkinan pihak yang mengekalkan

8)Apakah kesan jangka panjang perubahan itu jika berjaya

9)Bagaimana mengekalkan perubahan yang difikirkan


Episod 164 : Dia Menilai Kehidupan

Oktober 28, 2010

Baca baki entri ini »


Assalamualaikum~

Julai 18, 2010

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua pembaca yang menunggu entri ilmu dari seni kehidupan. Saya memohon maaf atas tidak mengemaskini penulisan saya. Banyak perkara yang berlaku dan banyak perkara yang menyebabkan saya tidak mampu. Apa pun, doakan yang terbaik untuk kita semua~

Semoga saya mampu meneruskan, andai sebaliknya, saya mohon maaf. Wassalam.


Akan Kembali

Februari 16, 2010

Setelah lama bergelut dengan dunia penuh projek, saya mulai meninggalkan laptop dan konco-konco internetnya. Fokus saya ketika itu memang penuh dengan projek. Ada ketikanya saya ingin sesekali mengisi masa dengan menulis, tetapi saya terpaksa menangguhkannya.

Lalu kerana dibiarkan kesibukan membiak-biak, saya semakin rasa kekok untuk menulis. Puas saya memohon idea menulis untuk datang, namun ia tidak muncul. Saya ibarat tercekik dengan pelbagai perkara, tetapi tak mampu menelannya.

Mungkin saat ini perlukan sedikit masa untuk ‘regenerate’ jiwa penulisan itu kembali. Saya akan kembali..