Episod 79 : Perubatan – Kerjaya Yang Bukan Sebarang Kerjaya

Mac 18, 2009

“Pertolonganmu terhadap orang lemah adalah sodaqoh yang paling afdhal” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia dan Asy-syihaab)

stetoskop

Jalanraya penuh sesak. Suasana musim tengkujuh tidak letih-letih menyebabkan jalanraya semakin licin dan berbahaya. Perjalanan ambulans ke hospital untuk transfer pesakit terpaksa mengambil tempoh yang agak lama sedikit.

Tiba-tiba satu insiden yang tak diminta-minta berlaku.

Pesakit tiba-tiba dalam keadaan kritikal. Di dalam ambulans, hanya Hayati, jururawat bahagian kecemasan bersama seorang pemandu dan seorang pembantu. Malangnya, ambulans itu bukan ambulans kecemasan.

Emergency, sambungkan talian pada Hospital!”, Hayati menjadi panik, segera meminta pemandu untuk menyambungkan talian.

Baca baki entri ini »


Episod 49 : Cabang Medik – Dunia Farmasi!

November 8, 2008

Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Ya, wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”. (Riwayat Imam Ahmad)

medicine

Sekali-sekala waktu cuti ni ada waktu saya luangkan masa dengan mak on call di hospital pada waktu malam. Seronok rasanya atmosfera berada dalam dunia medik ni, walaupun saya tidak mengambil bidang ini. Lihat kiri kanan doktor yang berkot putih bersama dengan stetoskopnya. Berjalan dengan penuh confident.

Sewaktu saya berjalan bersama-sama dengan mak sebelum masuk dispensari farmasi, macam-macam department saya jumpa. Kadang-kadang pelik sangat nama tu.

“Oto..ri..no…langi..lari..lo”, saya cuba mengeja. Berkerut-kerut dahi.

“Otorinolaringologi!”, mak saya sebut dengan pantas. Ketawa saya. Panjang sangat perkataannya.

“Tu wad bahagian tekak, mulut & hidung”, mak beritahu.

Saya yang hanya berpakaian seperti orang lepas sembahyang berbangga berjalan dengan mak masuk satu kawasan ke satu kawasan yang dijaga oleh security guard, sedangkan orang lain tak boleh masuk, terlopong mereka melihat saya. Entah apalah dalam fikiran mereka agaknya. Special case!

Baca baki entri ini »