Episod 157 : Minat Selepas Meluat

“Lakukan apa yang mampu kamu amalkan. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu sendiri jemu” [Hadis Riwayat Bukhari]

Kalau cerita tentang menulis, mesti selalu gambar yang ini. Sedangkan zaman moden semua guna keyboard

Sebelum cuti saya seringkali peringatkan diri untuk membiasakan diri dengan menulis selepas ini. Habisnya saya di dunia asasi ini memberikan saya ruang yang sangat banyak untuk menulis. Namun perancangan itu adalah sebaliknya.

Kebiasaannya saya menulis tatkala saya dilanda kesibukan. Tugasan penuh, atau hari peperiksaan, itulah saat-saat paling ligat saya menulis. Bahkan kadang-kadang saya mengupas isu yang bakal untuk dijawab dalam peperiksaan.

Sehingga hari ini, saya hanya mampu menulis post dengan ala kadar dan kurang semangat walaupun tempoh cuti yang saya lalui agak panjang. Adapun yang ditulis tidak mampu disiapkan sepenuhnya. Apatah lagi kali ini saya dijemput menjadi kolumnis untuk AHS Society di UIA Kuantan juga rasa seolah-olah saya masih hilang ‘push’ untuk menulis. Tidak cukup isi.

MINAT YANG DATANG SELEPAS MELUAT

Belum ada dari kalangan keluarga saya, mahupun mana-mana yang berkaitan dengan saya dari kalangan orang yang menulis. Saya sendiri tidak tahu dari mana saya dapat ‘kebolehan’ untuk menulis ini.

Saya mengalami masalah dalam subjek Bahasa Melayu sejak dari sekolah rendah. Malah sehingga sekolah menengah saya masih tidak meningkat-ningkat. Sehinggakan saya diberikan mentor dari rakan sebaya untuk menulis dengan baik.

Pernah saya membulatkan tekad untuk berhenti terus dari belajar dari Bahasa Melayu kerana kelemahan saya dalam subjek ini sangat memeritkan.

Suasana berubah seketika apabila saya terpilih memenangi tokoh kepimpinan pelajar sehingga ke peringkat kebangsaan. Ketika itu saya sedar bahawa penguasaan saya dalam berbahasa Melayu sangat rendah, sedangkan saya perlu menguasai pengetahuan am dan bijak dalam bicara.

Ketika itulah saya meletakkan diri saya untuk mengubah persepsi sendiri. Saya sentiasa menghadiri pasukan forum sekolah melakukan latihan. Dalam masa yang sama saya mengikuti pasukan bahas sekolah. Bahan bacaan saya semakin tinggi, akhirnya minat terhadap Bahasa Melayu itu membuah.

Buat kali pertamanya, SPM itulah yang paling saya puas hati menulis. Itulah kali pertama saya dapat menulis sehinga 3 muka surat.

Saya menulis Seni Kehidupan sejak awal Mac 2008. Ketika itu, saya seolah-olah mendapat sahutan Imam Hassan Al-Banna untuk menulis melalui pesannya;

“Saudara seharusnya cekap membaca dan menulis. Saudara hendaklah membanyakkan membaca dan meneliti risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah lainnya .Hendaklah saudara menyediakan khutub-khutub khas untuk saudara sekalipun kecil. Saudara mestilah meluaskan ilmu dan mempertingkatkan pengkhususan saudara dalam satu-satu bidang. Saudara juga mestilah memahami masalah-masalah Islamiah secara umum dengan kefahaman dan membolehkan saudara menggambarkan permasalahan itu dan menentukan hukumnya sesuai dengan tuntutan fikrah kita”

Saya lalu terus menyahutnya dengan semangat.

Apatah lagi dalam situasi saya berada bahagian penerbitan, saya tidak dapat lari dengan menulis risalah. Saya bukanlah suka bab copy-paste dari bahan yang lain. Kadang-kadang isinya terlalu panjang, sehingga sukar untuk memotong isi yang kurang penting. Lalu saya memilih untuk mengolah isi sendiri.

Tak tahulah sehingga hari ini minat itu bercambah, pembacaan pun bertambah, saya boleh menulis dengan mudah. Saya terus menulis dan menulis,  dan cuba belajar cara orang lain menulis dari ‘kosong’.

Sehinggalah satu saat saya dihubungi pihak Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Abg Nasri Nasir untuk menulis buku. Barulah saya sedar yang saya sebenarnya telah mampu menulis dengan ‘baik’. Syukur, kini saya merasakan bahawa menulis itu adalah satu tanggungjawab saya yang perlu saya asah dan perlu saya tabiatkan selalu. Saya mampu membuktikan bahawa Bahasa Melayu yang ‘sangat meluat’ mengikut diri saya ketika itu menjadi bahagian yang sangat saya minat.

KEHILANGAN ARAH

Untuk menulis, kita perlu menyediakan gagasan idea itu diikat menjadi satu. Pemahamannya selari, fakta yang tepat, olahan yang menarik. Saya tidak pernah ketandusan idea, tetapi saya selalu hilang arah dalam menulis menyebabkan saya tersekat-sekat untuk menulis.

Sebab itulah agak lambat saya update blog.

Apa pun, ini sekadar cerita yang biasa. Sebolehnya ingin sahaja saya mengajak orang ramai untuk membiasakan menulis. Saya masih lagi mengaku diri ini masih tidak mahir dalam menulis, tetapi saya yakin bahawa kemungkinan besar saya telah berkongsi dengan orang ramai, sekurang-kurangnya dengan orang yang saya rapat.

Kita menulis bukan untuk mendapat nama, tetapi untuk mencapai hasrat agama.

p/s: terpaksa menulis perkara ini secara spontan untuk dapatkan kembali ‘push’ menulis itu🙂

6 Responses to Episod 157 : Minat Selepas Meluat

  1. Ya, cuti membantutkan pemikiran seperti pengaliran air sungai yang deras makin lama makin tenang. Perlu deraskan kembali agar tidak bertakung~

  2. danial al asr berkata:

    aiwah.teruskan…

  3. k yah berkata:

    rata-rata blog yang saya temui, sukar nak jumpa penulis yang ‘istiqamah’ untuk update bahan yang nak diletakkan dalam blog dalam masa kurang seminggu. Jika ada pun, bahan yang di’update’kan lebih bersumberkan peribadi.. bagi saya blog ni termasuk dalam kategori yang sukar itu. tapi penulisnya kata masih lambat update… Hmm..:-/

    kadangkala kita sebagai pembaca tidak tahu apa yang dialami penulis tatkala beliau mengisi bahan dalam blognya.. yang kita nampak hasilnya tersedia untuk dibaca..

    apa-apa pun, teruskan menulis. kita tak tahu dari perkataan mana dalam jutaan huruf yang kita titip bermanfaat sesama insan.

    p/s: baru tahu rahsia disebalik tabir..🙂

  4. surau nur E-MAN berkata:

    salam….satu pengisian yang bermanfaat.untuk menyedarkan kami, ramai admin blog pu belum tentu bleh update kurang dr seminggu.
    semoga kita sama-sama bangkit membuahkan hasil dalam dakwah dan tarbiah.

  5. surau nur E-MAN berkata:

    asif jiddan, maaf kerana menulis dengan bahasa rosak.

  6. emir.abu.khalil berkata:

    saya pun mula menulis blog sejak awal mac 2008… lebih tepat, 7.3.2008. tak sangka umur blog kita sebaya..😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: