Episod 181 : Secantik Ikatan Riben

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” [Ali Imran : 200]

 

Masalah adalah ibarat tali.

Kadang-kadang bertambah-tambah bersimpul. Angkara runsing, kita cuba meleraikannya, tetapi ia bertambah berbelit pula.

Apa yang difikir ketika itu?

Belitan tali yang tak pernah-pernah selesai? Atau kembalikan tali kepada asalnya, cantik sediakala?

SETIAP ORANG MEMPUNYAI MASALAH

Mungkin kita diberi satu hati. Kita hanya rasa kita yang sakit, kitalah yang susah. Kita juga yang kena fikir masalah ini masalah itu. Tak pernah fikir orang lain juga ada masalah, bahkan mungkin jauh lebih besar dari kita.

Ingatlah, mereka tersenyum, mereka ketawa tidaklah bermakna mereka tiada masalah.

Yang penting sekarang bukanlah sepatutnya kita fikirkan masalah yang tak habis-habis.

Tetapi sentiasa fikirkan, kehidupan ini lebih indah, masalah itu hanya seketika dan tak kemana.

Anda sendiri telah selesaikan masalah sebelum ini, kenapa tidak hari ini?

Begini caranya.

SELESAIKAN.

Mulakan bertindak SEKARANG. Jangan tunggu.

Jangan jadikan masalah lebih besar (dari yang sepatutnya)

Atau membiarkannya menjadi alasan anda tidak boleh berjaya.

FIKIRKAN.

Jelaskan apa masalah yang sebenarnya. Apa yang berlaku. Apa yang perlu kita laku.

CARI.

Cuba cari penyelesaiannya dengan pelbagai kaedah.

Bertanya.

Minta pandangan. Anda bukan seorang di dunia.

Pilihlah penyelesaian yang terbaik

BERGERAK.

Selesaikan masalah itu sesegera yang mungkin. Jangan bertangguh.

DOA & TAWAKKAL

Sebaik senjata, kita tahu kita tidak mampu tanpa ada pertolongan dari-Nya. Kita berusaha sebagai manusia, dan kita sudah cuba buat yang terbaik.

TAPI BAGAIMANA JIKA MASALAH MASIH TAK SELESAI?

Apa yang perlu anda lakukan?

Inilah dia soalan yang penting.

Sebab masalah bukanlah suatu yang kecil.

Memang benar.

Tetapi andai anda teruskan memikir bagaimana untuk menyelesaikan, daripada fokuskan masalah, anda pasti dapat menyelesaikannya, dan berjaya.

Jangan pernah lari dari masalah.

Walaupun anda ingin berputus asa.

Walaupun anda rasa takut.

Atau orang lain kata “lupakan sahaja”.

Mahupun anda rasakan masa depan yang gelap.

NOTHING IS IMPOSSIBLE.

Jadikan ikatan-ikatan tali tadi secantik riben, lebih baik daripada asalnya!

Penulisan kata semangat buat diriku, isu biasiswa. BOUNCE BACK!

2 Responses to Episod 181 : Secantik Ikatan Riben

  1. syakir najib berkata:

    …..Syabas, Lega skli membaca entri akmal kali ini,membuat ana
    muhasabah dn refleksi kmbali analogi masalah syukran jzk ^_

  2. fatin berkata:

    Trimaseh, berguna utk kali ini dan akan dtg inshaallah =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: