Episod 166 : Archi-Torture

“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” [Surah Al-Isra’ :  83]

“Belajar Architecture ni memang tak ada life!” rungut seorang pelajar seni bina tahun pertama.

Seringkali dalam menjalani pembelajaran dunia seni bina pada tahun pertama, ramai yang kurang berpuas hati dengan tekanan-tekanan projek yang diberi. Kata orang, ‘archi-torture’, istilah yang cukup sesuai buat kami.

Saya sendiri pada awalnya sangat skeptikal pada sistem pembelajaran sebegini. Mana tidaknya, kalau dahulu sudah biasa dengan mengambil waktu-waktu lapang sebagai waktu membaca, tetapi dunia yang dikategorikan sebagai kerjaya professional ini terpaksa memenjarakan ‘kebebasan’ anda, masakan kita boleh menjadi professional dengan gaya hidup sebegini?

Setelah saya ‘memulaukan’ diri dengan aktiviti-aktiviti yang sering saya buat selama ini untuk fokuskan kompas saya ke senibina sejenak, baru saya tahu bahawa saya sedikit salah faham.

KEBIASAANNYA dalam mana-mana sistem akademik senibina, pada tahun pertama pelajar sentiasa dibom dengan projek-projek yang memakan masa, kadang-kadang ada projek yang yang lebih menjurus kepada ‘fine art’, seni halus. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mungkin juga di beberapa kebanyakan universiti yang lain, tahun pertama dan tahun kedua, projek tidak boleh melibatkan penggunaan komputer.

Dari aspek itu pula saya lagilah skeptikal, masakan era ICT masih menggunakan gaya arkaik dan lapuk? Sedangkan universiti-universiti yang mendapat pengiktirafan tinggi di negara luar menggunakan penggunaan komputer sepenuhnya, design, model making process, dan sebagainya.

Barulah saya sedar bahawa kepelbagaian itu ada keunikan, kebaikan dan kelebihannya sendiri. Mungkin school of architecture seperti kanada, UK, German dan Australia menggalakkan penggunaan komputer, negara yang termaju seperti Amerika adalah kebanyakannya architecture school yang mempraktiskan hands-on dan drawing skills pada tahun awal mereka.

(Jurusan seni bina di Amerika tidak diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Pelajar yang belajar di Amerika perlu menjalani beberapa ujian /peperiksaan oleh LAM sebelum menjadi ‘certified architect’ di Malaysia)

Mungkin kita memandang penggunaan komputer adalah lebih mudah, lebih cepat dan lebih cantik tetapi dalam sudut yang lain, sebenarnya penggunaan manual adalah lebih menyerlah dan lebih menampakkan sifat seni bina itu.

Sebelum terciptanya kamera dan komputer, arkitek selalu membawa sketchbook – ‘komputer peribadinya’ bersamanya untuk merekod, menganalisa, melakar konsep sebagai rujukan.

“The sketchbook provided a form of research and alibrary of plans and details to crib at a later stage. Because the architect is not necessarily aiming only at documentary representation, the sketches were often searching and analytical. Many of the drawings prepared found their way into later designs” – Brian Edwards

Melukis bukanlah bermakna mengabaikan penggunaan komputer ke tepi, tetapi menggunakan langkah ini untuk mengeksploitasi dunia seni bina dengan lebih sistematik dan analitikal.

Memang tidak dinafikan sebahagian daripada pelajar seni bina tidak mempunyai bakat dan kurang mahir dalam model making ­atau drawings, semua itu boleh berkembang dengan usaha yang keras. Bukan tidak ramai yang kurang bakat, tetapi ramai yang berusaha untuk mempraktikkan cara tersendiri untuk membuatkan pengolahan dan design mereka lebih menyerlah dari yang berbakat.

Walaubagaimanapun, mudah sekali untuk saya katakan, segala susah perit untuk mempelajari dunia seni bina ini buat awalnya, sejauh mana kita membina foundation sebelum kita membina ilmu bertingkat-tingkat lagi dalam seni bina ini.

Siapa tidak tahu, bangunan yang tidak mempunyai foundation yang bagus dikira, tak berguna atau kata Mat Saleh, ‘useless’.

The only matters for me is ‘how to’ and ‘in what way’ I can strengthen my foundation in architecture. So, I won’t have any problems in erecting ‘high-rise’ knowledge of architecture. Architect yourself before you’re going to be an architect.

Sekian terima kasih.

5 Responses to Episod 166 : Archi-Torture

  1. thaaqhib berkata:

    Passion; selalu menghilangkan resah susah . Setelah niat tulus dah rabbani

  2. yusrar berkata:

    salam..saya adlh pelajar lepasan spm..sy ader 1 kemusykilan,yg slalu dihadapi oleh bdk2 lpsn spm mcm sy ni..sy ambik pure science..tp,mnat sy lbeh mnjurus kpd archi atau engineering.. msalahnya,i’m afraid of myself..sy x yakin n takut tsalah plih course..dtmbah plak dgn klemahan sy dlm subjek addmth n fizik..sume 2 melunturkan smgt sy..or better sy amek medic jer..sdare ader ape2 pndangan??

  3. zwa_arch berkata:

    hands,computers,etc are the extension of the brain. it’s just a tools! no matter how flashy gadget n software u use, the most important the way u think and the thinking process itself..

  4. m92 berkata:

    salam…saye bakal pelajar jurusan seni bina di UTM tuk kmasukn bln 9 ni. Sebnrnye sye bknlah thp mahir melukis,nk tkt average pn blum tntu lgi jd adkh ianya akn mnjdi masalah utme sye nnti setelah brgelar pljr seni bina?Lgpon last sye aktif mlukis adlh 2 taun lalu tu pn mlukis tuk sbjek LK time spm. Jd sye agk takut n krg brkeykinan lbih2 lgi time tmuduge sye tgk yg len2 sume bwk portfolio hbt2. Syenye bese2 je. Agknye sye dplih sbb rsult sye kt matrik n time temu duge sye bijak brkate2 kott. Haha..(lgpon sblm 2 da kne temuduge ukm ngn uitm so da ad pnglmn)Then, cbe bg tips skit tuk sye tuk brgelar pljr cemerlang kos ni lgpon sye pljr biasiswa UTM so mmg sah2 la kne maintain rsult 3.5 above je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: