Episod 172 : Kaedah Mendapatkan Impian Yang ‘Terbang’ (Tips Lepasan SPM)

” Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka – sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan {keperluannya}….”[Surah Ath Thalaaq : 2-3]

Mak ada berkongsi cerita dengan saya akan kisah sebuah keluarga yang asalnya hidup berpendapatan rendah. Keluarga ini bukanlah dari yang berpelajaran. Tetapi usahanya untuk mendapatkan hidup yang bahagia, tekun, dan berusaha untuk yang terbaik, akhirnya menjadi.

Satu perkara yang menarik adalah, isteri kepada peniaga itu, akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di universiti. Bukan umur 25, atau 30. Tetapi umur 58 tahun!

Dan perkara ini menimbulkan tanda tanya, mengapa sebenarnya seseorang itu boleh menggali dengan dalam sekali mengekalkan impiannya, sedangkan ada sebahagian yang melepaskan impiannya begitu sahaja di udara?

Begitulah ceritanya, kebanyakan pelajar-pelajar lepasan SPM hari ini.

FENOMENA KELIRU

Saya sudah masak, memang ramai yang terkontang-kanting mencari arah hala tuju selepas SPM. Bukan mereka tidak ada cita-cita, bukan tak ada usaha, tetapi selalunya salah cara, akhirnya merana!

Saya tidak dapat menafikan aspek sistem pelajaran kita yang bukan ‘niche based’  atau sistem yang mengikut kepakaran & minat. Kadang-kadang yang dapat A, tidak dipinta, maka arah itu yang dituju, jauh lari dari cita-cita.

Contohnya, seseorang itu pernah bercita-cita untuk mengambil kejuruteraan, tetapi yang diskor A adalah biology  dan physics. Lalu ‘buat-buat lupa’ tentang kejuruteraan dan cuba meneropong dunia medikal. Skor A memang mampu merabunkan hala tuju asal.

Saya tidaklah berhasrat untuk menafikan hala tuju pelajar yang ingin memilih berdasarkan kelayakan SPMnya, bahkan, kalau berminat, silakan. Yang berlaku hari ini hakikatnya adalah kerana ramai yang tidak sedar bahawa potensinya tidak semestinya pada apa yang di’skor’nya.

Berapa ramai yang ambil bidang kejuruteraan, tetapi terlalu benci bab kira-kira?

Berapa ramai yang ambil bidang medikal, tetapi tidak boleh tengok darah?

Berapa ramai yang ambil bidang seni bina, tetapi langsung tidak berminat bab-bab lukisan?

Sedangkan ikut kelayakan mereka memang sudah layak!

OH MAMA OH PAPA

“Ehh, jangan! Mak tak nak anak mak esok belajar kerja ofis aje!”, begitulah ada sesetengah ibu bapa melarang anaknya meneruskan minatnya.

Tak elok ambil akauntan? sebab kira-kira.

Elok ambil bidang kedoktoran? supaya kelak dapat rawat mereka.

Dan beribu lagi impian ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Tidaklah salah kalau kita menyempurnakan hasrat ibu bapa dalam meneruskan cita-cita. Dan bukanlah di sini saya menyarankan pelajar-pelajar SPM mengecewakan ibu bapa.

Kalau sudah ditegaskan tak boleh ke luar negara, jangan cari nahas.

Kalau memang ada sejarah buruk dalam sesuatu bidang terhadap keluarga, jangan diulang.

Tetapi yang ingin saya nyatakan di sini, sesetengah pelajar lepasan SPM, terutamanya dalam keadaan yang ‘mamai’ memilih, seringkali lupa gagal akan jati diri, minat, cenderung dan cita-cita asalnya, angkara “terpaksa” ikut pilihan ibu bapa.

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa tidak salah mengikut pilihan ibu bapa.

Tetapi nasihat saya bahawa adakah pilihan kendiri menerimanya?

Dari situ perlunya motivasi dan keyakinan dari diri sendiri.

Saya teringat akan kisah dari sebuah filem Melayu yang ditayangkan di TV1 beberapa hari lalu. “Songket Biru”, kisah kehidupan suami isteri sebagai penenun songket yang susah, menggesa anaknya untuk turut serta membantu menenun dalam meneruskan ekonomi keluarga. Namun keengganan anaknya terhadap usaha menenun songket angkara minatnya dalam ilmu nelayan, menjadikan dia menjadikan dia berjaya atas usahanya.

Setelah mendirikan rumah tangga, anaknya pula tertarik dalam ilmu tenun songket daripada datuk nenek. Minat anak perempuannya itu ditegah angkara memori hitam lalu, namun anaknya tetap ingin belajar menenun secara senyap-senyap, akhirnya “masterpiece” anaknya berjaya membuka mata syarikat besar, sehingga membayarnya RM6,000 sehelai songket  yang dinamakan.

Alang-alang ayahnya yang ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, kejayaan anaknya menyedarkan dia.

Sebenarnya, setiap insan sentiasa ada kekuatan sendiri. Kerana mengenali kekuatan itulah sepatutnya dia tahu arah mana yang sepatutnya dia boleh melangkah.

Bukanlah bermaksud enggan mengikuti kata ibubapa, atau berlagak pandai. Saya tidak bermaksud demikian, tetapi berbincanglah tentang ibubapa, apa yang anda hendaki, yang diingini, dan yang ingin dicapai.

Jadilah yang terbaik buat diri, nescaya insya-Allah akan jadi terbaik buat orang lain.

TERLALU BANYAK PILIHAN

Ini satu-satunya yang saya selalu nasihatkan pada lepasan SPM. Masalah banyak pilihan. Mana tidak menariknya, result sudah ada, apa-apa pun boleh pilih. Nak jadi juruterbang boleh, doktor boleh, engineer pun boleh. Mengapa tidak? Biarlah apply semua, kelak dapat surat baru pilih.

Nasihat saya JANGAN.

Terus terang untuk saya katakan, bahawa sebenarnya ini yang selalu menjerat pelajar-pelajar lepasan SPM. Kadang-kadang perkara ini yang menjadikan mereka mangsa ‘malang’. Silap-silap, course yang lain dipilih, lain dapatnya.

Saya teringat lagi rakan saya yang mendapat cemerlang dalam SPM. Minatnya lebih kepada seni lukis, dan apply UiTM bidang Seni Halus. Setelah berjaya dipilih untuk ditemuduga, dia masih mencuba bidang-bidang yang lain. UiTM memberikan jawapan yang lama atas keberjayaannya, dan malangnya dia telah memilih kursus Sains Komputer yang tawarannya datang lebih awal.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya proses aplikasi masih boleh dicuba andai tidak dapat apa yang dipinta. Masih ada 2nd intake dan 3rd intake bagi universiti dan matrikulasi.

Perlu diingat bahawa untuk setiap degree atau sarjana muda, perlu dimulakan dengan sijil STPM, Diploma, Matrikulasi, Asasi atau A-level, maka masih banyak lagi pilihan. Andai tidak dapat melalui proses UPU, maka boleh mencuba diploma atau STPM.

Malah, ada seorang rakan saya yang sijil SPMnya tidak seberapa cemerlang, inginkan bidang kedoktoran, mengulaji SPMnya dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang.

Sentiasa ada jalan untuk cita-cita!

LUAR NEGARA?

Bercerita tentang luar negara, jangan anggap hanya pelajar yang betul-betul cemerlang SPMnya boleh ke luar negara. Bagi yang agak-agak cemburu melihat rakan-rakan lain berjaya ke luar negara, anda sebenarnya masih berpeluang!

Memang benar, JPA dan MARA menawarkan peluang belajar ke luar negara kepada pelajar cemerlang SPM. Tetapi bukanlah bermaksud, andai tidak dapat peluang itu, bermakna tidak ada peluang untuk belajar ke luar negara.

Dan saya juga tidak bermaksud, anda boleh ke luar negara dalam keadaan yang tidak cemerlang.

Ada sesetengah rakan saya yang berjaya mendapatkan tajaan dari universiti luar negara melalui proses permohonan, dan cuba menghantar proses permohonan. Akhirnya, dia ditaja sepenuhnya oleh universiti luar negara.

Boleh juga, selesai peringkat asasi, dan cuba buat permohonan untuk undergraduate level selepas selesai asasi melalui ‘orang tengah’ universiti. Contohnya IDP, untuk universiti-universiti Australia, maka segala proses perlu diselesaikan (termasuklah sijil SPM, sijil asasi, dan IELTS) untuk dapat ke sana. JPA memberi pinjaman pelajaran (yuran kursus). Inisiatif diri sendiri untuk cuba dapatkan tajaan dari universiti.

Sekian, itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan buat lepasan SPM.

Semoga berjaya.

Info tambahan entri lain : Keliru Memilih Masa Depan

3 Responses to Episod 172 : Kaedah Mendapatkan Impian Yang ‘Terbang’ (Tips Lepasan SPM)

  1. AzamHusni berkata:

    Syukran! Pencerahan yg mantap. Dapat sikit motivasi..😉 Saya nak share ni bersama sahabat2 sebaya saya yg lain.. Tahun lepas saya tak ambil spm tapi Alhamdulillah masa depan saya tetap cerah.. jkk. =)

  2. Syukran🙂 sangat bermakna utk ana yg masih hijau dalam memilih hala tuju lpas spm nnti. jazakumullah.

  3. nur hafizah berkata:

    sya hnya mnat seni je dri subjet lain..dh spm A seni je..tu pon kna mrh hihi tu jer yg sy pulun..subjet lain xminat laaa..seni xpning kpala.msa sekolah dlu,dkt nk spm kna wt kerja kursus bab mlukis batik,mang mnat sy..smpai ug kwan pnye pn suh kita buat kn..pas dh siap keja kursus…dh dpt markah bgai..cikgu rahifun gntung..cikgu ckp ade cikgu pompuan nk bli hsil kerja s ..tp sy xbg..sbb tu hasil sy yg terakhir dkt sekolah smk.redang panjang ijok…tp sy tringgin nk smbung bljr..tp xpndai nk apply

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: