Episod 61 : Catur Putih Yang Kehilangan ‘Permaisuri’

“Mengapakah kita lemah dan sering kalah apabila berhadapan dengan Israel sedangkan negara umat Islam banyak,lebih daripada 40 buah negara? Umat Islam tidak akan lemah dan kalah berhadapan dengan Israel jika negara ummat Islam hanya satu”. (Syeikh Yusuf Al-Qardhawi)

chess


Jika dilihat situasi dunia hari ini seolah-olah satu permainan catur. Catur putih hitam yang digambarkan antara Islam dan Yahudi menanti penentuan checkmate, dalam erti kata lain, kemenangan merebut matlamat yang hampir serupa, tetapi originality yang berbeza.

Jika benar Islam dan Yahudi seolah-olah dalam permainan catur, maka kita diambang kebuntuan antara kalah menang. Sekarang, ‘Raja’ dalam bahaya. Bahaya akan begitu diamnya askar-askar putih. Bahaya kebuntuan strategi. Malah, yang paling teruk, buah catur terpenting itu sudah tiada. Buah catur yang menjadi pusat mampu mengawal keseluruhan permainan catur, itulah ‘Permaisuri’ yang dinamakan Palestin!

Berkata Salahuddin,

“Barangsiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”

Siapakah yang menguasai permainan catur itu sekarang?

APAKAH ERTI KEHILANGAN PERMAISURI DALAM CATUR?

Andaian awal seorang pemain catur biasa menganggap hilangnya permaisuri pihak lawan adalah detik kekalahan. Walhal, di mata seorang masterchess, terkorbannya permaisuri adalah satu taktik yang memberi satu amaran. Hilangnya permaisuri belum bermaksud CHECKMATE, tetapi bererti WASPADA!

Andai fitnah 11 September 2001 World Trade Centre itu adalah fitnah yang dilontarkan kepada Islam hingga kononnya menuduh keganasan ajaran Islam, sebaliknya isu ini menjadi titik tolak pengislaman beribu-ribu orang kristian Amerika setelah mengenali Islam. Sebenarnya Allah menegur kita agar lakukan sesuatu!

Berperang?

Bersedekah?

Boikot?

Itu sahaja?

ORIGINAL VS CIPLAK

Jika ‘Islam’ itu diibaratkan sebuah syarikat yang sangat terkemuka, menghasilkan produk-produk yang berkualiti hingga ke serata dunia, maka dalam dunia hari kini, syarikat itu dalam dilema dan di ambang kejatuhan. Syarikat itu bukan jatuh kerana kualiti produknya, tetapi kalah kerana tidak berkembang dan statik.

Dalam sebuah buku tulisan John C. Maxwell, 17 Indisputable Law of Teamwork, dalam bab The Law of Scoreboard, John ada menceritakan sebuah syarikat yang pernah mendapat tempat dan sangat popular di Amerika satu ketika dahulu. Oleh sebab syarikat ini mendapat keuntungan besar setiap hari, syarikat ini tidak mengembangkan perniagaan mereka kononnya keuntungan mereka adalah satu kepastian yang berkekalan.

Namun, sangkaan mereka silap sama sekali!

Ketika syarikat itu terus berjalan, satu syarikat lain yang memperniagakan produk sama turut berkembang. Akhirnya syarikat tadi jatuh merudum sehingga lingkup muflis. Malah, orang ramai yang menyokong syarikat itu turut sedih kerana syarikat tersebut banyak kaitan sejarahnya dengan ekonomi penduduknya.

Begitulah hakikatnya dalam dunia Islam hari ini. Umat Islam yang ada hari ini kekurangan orang yang dinamik. Bukankah lebih baik kalau kita membuka pascamodenisme Islam dengan teknologi canggih, ekonomi gigantik, ilmu pengetahuan tinggi yang beridentiti Islam? Adakah ini salah di sisi Islam?

Jika diteliti sejarah Rasulullah, zaman itu orang arab menganggap pertukangan besi adalah satu pekerjaan yang hina. Tetapi ketika berkembangnya Islam, Rasulullah sendiri menggalakkan pertukangan besi. Jika pertukangan besi yang hina itu digalakkan, ertinya Rasulullah sendiri nampak signifikannya ketika orang lain tidak nampak, iaitu variasi dalam memperkembangkan Islam – KREATIF!

“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya” (Surah Al-Hadid : 25)

Begitulah juga bagaimana Muhammad Al-Fatih berjaya menawan kota Constantinople dengan subjugasi menggunakan menggunakan meriam, ketika pihak musuh tidak mempunyai kemahiran teknologi.

Berubahlah para ibu bapa sekalian, anak-anak anda hari ini tidak boleh lemah. Panggilan fardu kifayah menggesa komuniti kita meramaikan pakar komputer, jurutera aeronautik, arkitek, sains aktuari dan saintis-saintis akhirnya berkhidmat di bawah nama Islam. Ingatlah firman Allah;

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah..” (Surah An-Nisa’ : 9)

Anak-anak hari ini tak boleh dibiarkan bersosial melampau-lampau, sibuk-leka dengan Raja Lawak, berfoya-foya dan statik. Anak-anak sepatutnya digaris pandu ke arah kekuatan Islam, kekukuhan mentaliti dan fikrah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Inilah masanya untuk membuktikan ke’original’an kita.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang kuat. Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang tahu tanggungjawab terhadap saudara-saudaranya. Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri!

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak sempurna iman seorang dari kamu hingga mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Strategi bermain catur secara ORIGINAL adalah syarat mengalahkan strategi CIPLAK!

SERANG BALAS CHECKMATE

Ketika berlakunya krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima) di Amerika, firma perbankan di seluruh dunia menghadapi kerugian yang mencecah berbillion-billion ringgit kerana pelaburan ini. Ketika ini, firma perbankan Islam yang bertaraf global tidak terkesan sedikit pun kerugian rentetan daripada taufan ekonomi yang melanda dunia, malah ketika itu mereka ghairah melancarkan produk kewangan Islam. Bon Islam yang dilaksanakan berbeza dengan bon konvensional kerana sistem muamalat Islam bebas dari segala pelaburan risiko yang meragukan. Malah bon Islam lebih efektif dan original!

Sebab itu sebenarnya Islam hari ini berpotensi untuk mendahului ekonomi Yahudi. Bagi saya, idea boikot itu bukanlah idea yang lapuk, malah terbukti kesannya hari ini pasaran ekonomi ‘729’ jatuh merudum seperti mana berlaku pada pasaran-pasaran produk Belanda ketika berlaku penghinaan terhadap Rasulullah sebelum ini.

Sekiranya ekonomi Yahudi jatuh, adakah umat Islam membiarkan keadaan itu hanya dengan laungan ‘padan muka’ atau memulakan revolusi ekonomi baru menyaingi Mc Donald, 20th Century Fox, Disney, dll?

Sebab itulah, erti hidup bukan hanya pada MEMBERI, tetapi juga MEMBUKTI!

Jika kita hanya sibuk memberi, orang sana sibuk menerima, maka sifirnya kita tidak perlu bergerak menuju anjakan paradigma.

ADAKAH CATUR ‘ASKAR’ BOLEH GANTIKAN ‘PERMAISURI’?

Itulah satu halnya yang perlu kita prihatin sekarang. Lihatlah sahaja agenda dunia politik kita di sini. Jika kita ingin tegakkan Islam melalui wasilah politik sahaja bagi saya tidak cukup. Saya tak rela mempunyai Malaysia Islamik andai PAS mengambil alih. Apa ertinya kalau sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak solat, tidak menunaikan zakat, rasuah dsb?

Ramai yang bising kalau soal kita menggunakan wasilah memperkasa masyarakat dahulu, ia mengambil masa yang lama dan tak relevan. Jika janji Allah atas kemenangan Islam, kenapa nak pandai-pandai kita memberikan inferens, sedangkan masa itu adalah RAHSIA ALLAH? Lihatlah sendiri, pengislaman Michael Jackson sendiri adalah di bawah pengetahuan kita bahawa masa masalah umat pula orang yang tak disangka-sangka memeluk Islam!

Soal yang saya ingin utarakan di sini adalah, kita dan Palestin adalah satu masyarakat. Masyarakat yang digantung nama dengan masyarakat Islam. Tiada masyarakat Palestin-masyarakat Malaysia.

“Orang-orang yang berima adalah sama darah-darah mereka dan mereka adalah tangan kepada orang lain. Orang-orang bawahan pun tetap berusaha demi keamanan mereka” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai, dan Abu Daud)

Adakah sebab kita Palestin jadi seperti hari ini?

Solat itu tiang agama, jika kita tak solat, semua tahu bahawa kita sebenarnya meruntuhkan agama kita sendiri. Begitu juga zakat, Allah banyak kali sebut aqimussolah wa ‘atuz zakah, adakah kita sempurnakan erti mendalam‘hablu minallah wa hablu minannas?’ Adakah solat itu tertegak dalam masa yang sama zakat itu disempurnakan?

Kita pasti dapatkan kembali ‘Permaisuri’ yang hilang itu jika semua sampai pada tahap kefahaman yang jitu. Kita akan dapat kembali Palestin yang dirobek itu seperti mana Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali jika kita berpegang pada Quran dan Sunah. Kita juga akan berjaya mendapat cita-cita kita jika kita ‘mempunyai pemimpin yang arif, tentera yang aktif dan masyarakat yang baik’ seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih implementasikan sabda Rasulullah.

Ubahlah diri KITA

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah Ar-Ra’du : 11)

Saya menasihati diri sebelum orang lain.

Akmal Hakim bin Abdul Khalik

CFS IIUM, PJ

senikehidupan.wordpress.com

10 Responses to Episod 61 : Catur Putih Yang Kehilangan ‘Permaisuri’

  1. nurazah fathirah berkata:

    Menegakkan Islam dengan cara.. BINA :
    1) Individu Muslim
    2) Baitul Muslim
    3) Masyarakat Muslim
    4) Kerajaan Islam
    5) Negara Islam
    6) Empayar Islam
    7) Ustaziatul alam (World order)

    Anda bina rumah dengan tertib atau bermula pada binaan atap?? Mantapkan kefahaman Islam barulah anda akan yakin kerajaan yang anda bentuk benar-benar mantap… Apa ertinya sebuah negara Islam kalau rakyatnya tidak solat, tidak menunaikan zakat, rasuah dsb?

    Anda menyampaikan?? Teruskan!!
    Tahniah kepada penulis

    Assalamualaikum w.b.t

  2. danial berkata:

    kadang kala kita tidak sedar akan hakikat ini.terlalu leka barangkali

  3. Hafiza berkata:

    salam

    tertarik dengan kata-kata penulis “saya tidak rela mempunyai Malaysia Islamik sekiranya PAS mengambil alih”.

    Ingin mencungkil pemikiran penulis terhadap ayat di atas.

    Terima kasih

  4. Hafiza berkata:

    sebelum itu…….saya amat bersetuju dengan tulisan penulis. Surah An Nisa’: 9 benar2 mengingatkan peranan saya sebagai seorang ibu.

  5. Hafiza berkata:

    Mohon kebenaran untuk letakkan link blog ni to my husband’s blog

    thanks

  6. Assalamualaikum w.b.t

    Tahniah buat saudara yg berjaya merungkai permasalahan yg dihadapi umat Islam sekarang, terutama Malaysia.

    Ramai yang tidak sedar diri ditipu, diri dipijak. Walhal penipuan itu terang lagi bersuluh. Penyatuan ummah itu penting. Namun dalam kesatuan, kita perlu ingat pasti ada ‘penikam dari belakang’ yakni golongan Zindiq dan banyak lagi golongan lain seperti fasiq dan munafiq. Golongan Zindiq inilah yang akan memporak porandakan lagi kesatuan ummah yang mahu dikecapi. Bila kesatuan diporak porandakan, maka lahirlah sifat syak, zhon dan waham antara satu sama lain. Terjadilah pelbagai puak. Paling buruk, sifat itu membiak hingga bercambah benih buruk itu terhadap Ilahi. Nauzubillah. Pergaduhan, fitnah memfitnah, dan putus asa berlaku dalam kehidupan.

    Rasulallah bersabda, “Di akhir zaman, ummat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, 72 puak sesat dan 1 puak sahaja benar, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.” Namun, masa kini, media massa, naskhah surat khabar, buku-buku, bertebaran merata tempat.. Ilmu itu amatlah diragui ketulenannya. Kalau main ambil sini sikit, sana sikit.. Silaplah kita.

    Dalam ilmu, kita perlu berguru. “Tanpa guru, kita bergurukan Syaitan.” itu hadis yang sahih.

    Macam mana kita nak tahu sesuatu ilmu itu benar-benar asli, tulen daripada Rasulallah s.a.w? Maka ilmu itu perlulah diambil daripada guru yang sampai sanad ilmunya(dalam babnya) kepada Rasulallah..
    sebagai contoh,

    i) ilmu tauhid diambil daripada Aliran Abu Mathuridi atau Imam Abu Hassan As-Syaari,
    ii) ilmu Feqah(salah satu drpd Imam berikut tnpa pertindihan) daripada Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi,
    iii) ilmu akhlak(tasauf) daripada mana-mana ulama muktabar yang faham akan bidangnya sprti Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Imam Junaid al-Baghdadi, dan lain-lain.

    Dan sebab itulah kita perlukan guru yang benar-benar sah sanad dan ilmunya.. Dengan serangan hebat daripada Yahudi dan Nasrani, ditambah dengan 72 puak sesat tersebut, pelbagai dugaan harus kita hadapi.. Untuk menjatuhkan semua dugaan itu, kita perlukan senjata, yakni kemantapan rohani jasmani yang bersandarkan kepada kalimah syahadah, yang wasilah rabitahnya sampai kepada Rasulallah s.a.w..
    Bagaimana hendak memantapkan rohani jasmani itu?

    Kata seorang Tuan Guru iaitu seorang ulama di daerah Baling Kedah,
    Tuan guru Haji Mahmud Nasri Uthmani,

    banyak barang tiruan dalam pasaran,
    barang asli dalam rumah ahli,
    dapat beza dalam majlis tandingan,
    datang benar hancur binasa yang bathil,
    benar tetap benar bathil tetap bathil,
    datanglah kepada kami jika mahu barang asli…

    dari kata2 tersebut…
    Allah dah berjanji jika mereka dari puak2 yang benar pasti tulin dan asli ilmu dan amal mereka…
    dan Allah berfirman dalam surah munafikun…
    mafhumnya (dan kepada Allah lah kehebatan dan kepada Rasul(mukjizat dan irhas) dan kepada orang mukmin(karamah dan maunah). tetapi puak2 munafik tak faham dan tak dapat nak kenal puak di atas…
    maka kalau betullah seseorang guru ahli sunnah wal jamaah yang mmpunyai sanad hingga ke rasulallah…
    maka didamping kepadanya tu maunah dan karamah..
    pasti menang walau apa barang yang mendatang sebagai ujian …
    mati segala hujjah dan selesai segala masalah..

    zaman sekarang ni ramai yang mengaku ahli sunnah tetapi banyak yang menyeleweng maka kita sebagai orang yang kurang ilmu agama dan mudah ditipu jika tidak bersama mereka yang ahli pada babnya maka lebih aula atau lebih elok kita cari guru yang betul dan benar2 berada dalam ahli sunnah wal jamaah dengan cara menguji mereka dengan pelbagai masalah sama ada yang pokok atau yang cabang bagi mengenal pasti beliau benar2 diutus kan oleh Allah sebagai ulama pewaris nabi… InsyaAllah..

    Memetik kata-kata anta,

    “Kita pasti dapatkan kembali ‘Permaisuri’ yang hilang itu jika semua sampai pada tahap kefahaman yang jitu. Kita akan dapat kembali Palestin yang dirobek itu seperti mana Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali jika kita berpegang pada Quran dan Sunnah. Kita juga akan berjaya mendapat cita-cita kita jika kita ‘mempunyai pemimpin yang arif, tentera yang aktif dan masyarakat yang baik’ seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih implementasikan sabda Rasulallah.”

    “Ubahlah diri KITA”

    “Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah Ar-Ra’du : 11)”

    Mengapa tidak KITA yang bersatu membantu membebaskan Palentin?

    Komentar dari ana.

    Rujukan:
    i) “Aliran 4 Mazhab yang Rojeh” http://abjadmalaysia.blogspot.com
    ii) “Penipuan Terang lagi Bersuluh Tapi Tetap Kena Tipu http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2728555&start=0&

  7. senikehidupan berkata:

    Terima kasih semua. Saya tidak ada masalah kalau nak link ke mana-mana blog. Wallahu a’lam..

  8. naadherah berkata:

    salam

    mabruk. interesting article

    jawapan saya kepada persoalan anda

    ADAKAH CATUR ‘ASKAR’ BOLEH GANTIKAN ‘PERMAISURI’?

    Bala.of course. saya percaya pawn2 gerakan umat islam sekarang either individually @ more than one individual pasti sedang mengorak langkah memperhebat dan mempersuper diri dalam bidang masing2.

    p/s: saya bercadang utk siarkan artikel ni dlm iluvislam. see next tuesday inshaAllah.

  9. wardahbiru berkata:

    salam…

    ”pawn to be queen”…

    insyaAllah umat islam pasti boleh kalau bersatu bergerak brlandaskn al-quran dn as-sunnah. Wallahu a’lam..

  10. sharina berkata:

    saya tak faham apa maksud semua nie.tapi takpe biar saya fahamkan
    wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: