Episod 185 : Putusnya Ekor Si Cicak

Mei 23, 2015

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah : 286)

legendoflizardlicktugofwar

Dulu ketika saya kecil, saya teringat mempunyai sebuah buku kanak-kanak (saya lupa tajuknya). Kisahnya tentang seekor cicak kecil yang bermain dengan rakannya. Sedang dia berseronok main kejar-kejar di hutan, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Ekor si Cicak Kecil terputus. Baca baki entri ini »


Episod 163 : Bayaran Sebuah Impian

Ogos 10, 2010

“Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan kerasnya serta cita-citanya” [Hadis Riwayat Ath-thusi]

Mereka tersenyum, ketawa. Ada yang serius, ada yang bersahaja. Kita lalu dihadapan berbondong-bondong manusia setiap hari. Tidak tahu apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka impikan.

Yang mampu dilihat, mereka sibuk. Kalaulah bukan kerana impian, mereka mungkin tak seperti itu.

“Doakan abang berjaya bu”, kata seorang anak yang soleh.

“Saya akan tunggu kamu kembali ke sini, sehingga kita mampu mencapai cita-cita itu. Dapatkan yang terbaik!”, oleh seorang rakan yang mengikat janji kejayaan bersama.

Impian itulah yang dikatakan sebagai harapan. Ia adalah batu-batan jalan yang mengarahkan kita bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu, lalu hilanglah si dia mencari arah.

Baca baki entri ini »


Episod 160 : Bayaran Sebuah Pendakian

Julai 21, 2010

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap Istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.” [Surah Ahqaf : 13]

Dahulu setiap kali saya melihat seseorang yang hebat-hebat, saya selalu percaya bahawa apa yang ada pada mereka adalah hanya daripada bakatnya semulajadinya sendiri.  Seorang yang pakar dalam selok-belok komputer, kerana bakatnya. Pelumba lari, kerana staminanya. Seorang yang bijak, kerana otaknya.

Rupa-rupanya itu tidak betul.

Tidak ada sesiapa yang boleh melangkah lebih maju kehadapan bersendirian. Tiada yang boleh menjadi juara kalau bukan dengan latihan yang bertubi-tubi. Itulah tapak(base) yang paling asas bagaimana seseorang itu boleh mendirikan bangunan bakatnya setinggi-tingginya.

Mereka yang berjaya di mata kita adalah mereka-mereka yang berulang kali menempuh kegagalan. Mereka yang belajar dari kegagalan bukan bererti belajar dari negatif. Tetapi belajar dari kesilapan  yang mempimpin dirinya untuk imun dari menjadikan punca kegagalan berulang.

Bagaimana mereka mencapai kejayaan itu?

Baca baki entri ini »


Episod 151 : Membayar ‘Zakat’ Sebuah Bakat

Januari 25, 2010

Ketika berada di hujung tingkatan empat, saya menyedari bahawa tahun berikutnya adalah sisa yang terakhir saya akan habiskan di bumi SMKA Pedas. Berada di bumi ‘Cemerlang di Dunia Sejahtera di Akhirat’ ini, saya telah merasai satu legasi yang sangat bermakna, setiap perkara yang berhubungkait dengan multimedia dan komputer, sayalah orang pertama yang dicari oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Dalam keadaan mengakhiri tugasan saya berkhidmat di sekolah ini (di samping belajar) merupakan satu yang amat nostalgia. Saya telah mendapatkan satu pengalaman yang sangat manis, biarpun sesekali pahit, mengetuai segala yang berkaitan dengan komputer. Saya seringkali bertanya akan diri, adakah saya akan berakhir setakat itu?

Baca baki entri ini »


Episod 149 : Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

Januari 12, 2010

“Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, yaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyadarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan).” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar’ pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain’ itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu’ itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.

Baca baki entri ini »


Episod 144 : HIJRAH; Bayaran Sebuah Perubahan

Disember 19, 2009

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” [Surah Ar-Ra’d : 11]

Andaikata seseorang terkena bisa racun, seseorang itu perlulah menjalani satu proses yang amat menyakitkan. Dia perlu mengeluarkan bisa itu dengan pelbagai cara agar bisa itu tidak merebak ke seluruh badan. Caranya pelbagai, mungkin paling mudah dengan memberikan antidot. Tetapi jika tidak mampu, mungkin perlu menggunakan cara yang lebih keras.

Tentunya ia adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Namun demi ingin menyelamatkan nyawa, pesakit tersebut perlu redha dengan apa-apa kaedah sekalipun untuk mengeluarkan racun.

Begitu juga hakikat sebuah perubahan. Kadang-kadang kita perlu menerima hakikat bahawa proses menghilangkan racun jiwa yang lama tersimpan memerlukan pengorbanan yang sangat hebat. Kita perlu membayar harganya. Baca baki entri ini »