Episod 165 : Harga Sebuah Kemaafan

Disember 18, 2010

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya:”Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang plg mulia di sisiMu? FirmanNya:”Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untik membalas kejahatan org lain.”

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang hiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 163 : Bayaran Sebuah Impian

Ogos 10, 2010

“Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan kerasnya serta cita-citanya” [Hadis Riwayat Ath-thusi]

Mereka tersenyum, ketawa. Ada yang serius, ada yang bersahaja. Kita lalu dihadapan berbondong-bondong manusia setiap hari. Tidak tahu apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka impikan.

Yang mampu dilihat, mereka sibuk. Kalaulah bukan kerana impian, mereka mungkin tak seperti itu.

“Doakan abang berjaya bu”, kata seorang anak yang soleh.

“Saya akan tunggu kamu kembali ke sini, sehingga kita mampu mencapai cita-cita itu. Dapatkan yang terbaik!”, oleh seorang rakan yang mengikat janji kejayaan bersama.

Impian itulah yang dikatakan sebagai harapan. Ia adalah batu-batan jalan yang mengarahkan kita bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu, lalu hilanglah si dia mencari arah.

Baca baki entri ini »


Episod 161 : Kerana Gaya Kita Berfikir Ini..

Julai 22, 2010

“Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah” [HR. Al-Baihaqi]

Kita memang rasa puas jika dalam hidup ini kurang gangguan, tiada apa yang menghalang. Mungkin juga kita rasa tak selesa jika ada waktu yang menyebabkan kita diganggu, terganggu atau terpaksa menerima masalah yang bukan kita mulakan. Ketika itu mulalah rasa kecewa, marah, malah ada yang ingin memuaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Andaikan di satu pagi Isnin, anda perlu mengambil peperiksaan pada pukul 8.00 pagi. Malangnya pagi itu pula air tiada.

Baca baki entri ini »


Episod 160 : Bayaran Sebuah Pendakian

Julai 21, 2010

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap Istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.” [Surah Ahqaf : 13]

Dahulu setiap kali saya melihat seseorang yang hebat-hebat, saya selalu percaya bahawa apa yang ada pada mereka adalah hanya daripada bakatnya semulajadinya sendiri.  Seorang yang pakar dalam selok-belok komputer, kerana bakatnya. Pelumba lari, kerana staminanya. Seorang yang bijak, kerana otaknya.

Rupa-rupanya itu tidak betul.

Tidak ada sesiapa yang boleh melangkah lebih maju kehadapan bersendirian. Tiada yang boleh menjadi juara kalau bukan dengan latihan yang bertubi-tubi. Itulah tapak(base) yang paling asas bagaimana seseorang itu boleh mendirikan bangunan bakatnya setinggi-tingginya.

Mereka yang berjaya di mata kita adalah mereka-mereka yang berulang kali menempuh kegagalan. Mereka yang belajar dari kegagalan bukan bererti belajar dari negatif. Tetapi belajar dari kesilapan  yang mempimpin dirinya untuk imun dari menjadikan punca kegagalan berulang.

Bagaimana mereka mencapai kejayaan itu?

Baca baki entri ini »


Episod 159 : Pilihan Yang Memeningkan

April 28, 2010

“Tidak kecewa orang yang istikharah (memohon pilihan yang lebih baik dari Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak akan melarat orang yang hidup hemat. [Hadis Riwayat At-Thabrani]”

Baru-baru ini, saya kerap kali dihubungi oleh pelajar lepasan SPM, bertanyakan pendapat tentang pemilihan kursus yang akan diceburi. Raya-rata masih ramai yang keliru dan tidak pasti dalam memilih. Pilihan sangat banyak, tawaran sangat banyak. Ada yang cuba memilih tetapi tak dapat. Ada pula yang dapat tawaran, tapi tak mahu.

Malah ada juga yang mengalami masalah kerana pilihannya dikekang oleh keluarga. Tersedak dari memilih.

Semuanya memang sangat memeningkan.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan life-decision-making ini? Baca baki entri ini »


Episod 151 : Membayar ‘Zakat’ Sebuah Bakat

Januari 25, 2010

Ketika berada di hujung tingkatan empat, saya menyedari bahawa tahun berikutnya adalah sisa yang terakhir saya akan habiskan di bumi SMKA Pedas. Berada di bumi ‘Cemerlang di Dunia Sejahtera di Akhirat’ ini, saya telah merasai satu legasi yang sangat bermakna, setiap perkara yang berhubungkait dengan multimedia dan komputer, sayalah orang pertama yang dicari oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Dalam keadaan mengakhiri tugasan saya berkhidmat di sekolah ini (di samping belajar) merupakan satu yang amat nostalgia. Saya telah mendapatkan satu pengalaman yang sangat manis, biarpun sesekali pahit, mengetuai segala yang berkaitan dengan komputer. Saya seringkali bertanya akan diri, adakah saya akan berakhir setakat itu?

Baca baki entri ini »


Episod 149 : Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

Januari 12, 2010

“Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, yaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyadarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan).” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar’ pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain’ itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu’ itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.

Baca baki entri ini »