Episod 167 : Berhutang Rindu

Disember 31, 2010

Satu keajaiban Allah adalah Dia mencipta satu organ yang sangat menakjubkan. Kita tidak rasa, kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi ia bekerja untuk kita, mendapatkan maklumat, menyimpan data, memberi tugasan, dan sudah tentu ‘brainstorm’ diri ini untuk menulis di sini.

Kadang-kadang kita tertanya, bagaimana kita rasa teringat terhadap orang-orang yang pernah kita mengenalinya satu masa dahulu. Rasa rindu, teringin nak bertemu.

Itulah hebatnya ‘design otak’.

Dalam kajian neurologi, sesuatu yang berkait rapat dengan emosi, samada sedih, gembira, marah dsb, kita mampu ingat lebih daripada kita cuba mengingati dengan usaha. Adalah mustahil kita tidak mampu mengingati kisah sedih, gembira, malang, yang pernah menimpa kita suatu ketika dahulu. (Kecuali kita pernah mengalami amnesia, Hyperthymesia, atau Alzheimer)

Mungkin kisah anda menangis-nangis nak beli patung permainan Ultraman ketika kecil dahulu? (heh, itu saya)

Allah jadikan prefrontal cortex atau frontal lobe otak sebagai penyimpan maklumat terulung, dan amygdala sebagai expresi emosi kita ketikamana kita bertembung dengan suatu situasi. Ketika kita mengenali rakan-rakan kita, sedih, tawa, semua itu tersimpan dalam memori. Diikat ketat-ketat dalam memori.

Akhirnya kita memanggilnya sebagai rindu.

Baca baki entri ini »


Episod 150 : Al-Hubb Itu Cinta~

Januari 24, 2010

“Kadang-kadang aku tengok orang yang ‘kuat’ sikit dengan Islam ni, mesti nak consider pasal nikah ni benda yang pentingkan?”, kata seorang rakan sebilik saya sambil melihat preview filem Ketika Cinta Bertasbih.

Saya menguntum senyum.

Soal ini ada benarnya kerana antara kami berbeza latar belakang dan kesedaran saya juga agak berbeza tentang hal ini.

Baca baki entri ini »


Episod 140 : Kita Kena Belajar Dan Mengajar Erti Menghargai 2

Disember 2, 2009

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). [Hadis Riwayat Muslim]

Hidup menjadi indah ketika kita dihargai.

Jika saya menyatakan yang sebaliknya juga betul;

Hidup akan kehilangan indahnya ketika kita tidak dihargai.

Selalunya ramai orang hendakkan diri dihargai ketika melakukan sesuatu perkara yang baik-baik. Penghargaan itu ibarat air sejuk yang menghilangkan dahaga keletihan dalam sesuatu usaha. Itulah hebatnya penghargaan.

Tetapi bagaimana jika seseorang mulai tidak dihargai tatkala kelemahannya tersingkap?

Baca baki entri ini »


Episod 131 : Kita Kena Belajar & Mengajar Erti Menghargai

September 23, 2009

“..Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Bouquet--C10020703

“Mak, mana horlicks ye?”, tanya seorang anak perempuan kecil.

“Lah, dah berapa tahun ko duduk sini nak oi.. kat atas meja dapur tu pergi lah tengok”, lantang emaknya yang sibuk bermain dengan babynya.

Baca baki entri ini »


Episod 127 : Untung Kita Punyai Hati..

September 8, 2009

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah : 216]

spaceform-heart-token

Dalam pendakian kita mendaki gunung impian kita, selama tempoh yang tertentu pasti ia menjadi satu yang begitu indah dan menarik. Sudah tentu impian adalah sesuatu yang tersemat di hati dan menjadi satu-satunya angkara kenapa kita bergerak menuju ke hadapan.

Tentunya jika menyebut tentang impian dan cita-cita, jika ditunjukkan bahasa badan, kita akan menekup kedua-dua belah tangan ke dada, merasakan ia adalah seruan hati. Bukan di kepala.

Alangkah hebatnya Allah menjadikan seketul daging ini memberi respons terhadap apa yang diingini itu. Sayang harta, anak bini, pangkat dan sebagainya. Malah tentunya dalam satu-satu masa, seseorang itu menjadi sebati dengannya. Ketika itu Allah menjadikan satu kemanisan terhadap hatinya, sehingga untuk melepaskan apa yang disayangi itu begitu berat.

Baca baki entri ini »


Episod 112 : Tawakkal Cinta

Julai 17, 2009

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)” [Surah Ali Imran : 14]

HEART

Lahir satu tubuh, merangkak mengenal dunia. Dia membesar dan terus membesar. Hidupnya penuh pencarian erti. Mengenal, mencari, memberi dan membukti.

Itulah cinta.

Baca baki entri ini »


Episod 80 : Resepi Seni Kehidupan

Mac 19, 2009

Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang hendaknya dia pergunakan pertama kali untuk dirinya dan keluarganya. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketika kecil-kecil dahulu, masih segar lagi dalam ingatan. Mudah sekali bertarung lidah, tak kiralah rakan-rakan, sepupu, atau anak orang yang tak kenal. Semua bias pada diri sendiri. Mengingatkan zaman kanak-kanak, ada satu ketika saya dan sepupu saya bergaduh hanya sebab memuji masakan mak masing-masing. Seorang kata masakan maknya sedap, seorang lagi kata maknya masak lagi sedap.

masakan


Saya pun pelik. Ada benarnya.

Apakah yang menyebabkan masakan itu sedap, tiada tandingan hingga merentas horizon cakerawala sekalipun, masakan maklah yang paling sedap. Setelah lama saya mendalami ilmu seni, barulah saya tahu jawapannya.

Sedapnya masakan itu bukan kerana resepi yang ada pada masakan itu. Tetapi ia adalah berserta dengan resepi emosi yang terdalam dalam jiwa ibu. Senang untuk saya katakan, ia adalah resepi cinta, resepi yang paling sedap daripada segala resepi aji-naik-motor. Baca baki entri ini »