Episod 158 : Sedapnya Mulut

April 2, 2010

“Kebanyakan dosa anak Adam karena lidahnya” (Hadis Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)


Sebenarnya tidak ada masalah jika kita minat dalam bidang yang kita ingin ceburi. Kita juga tidak ada masalah andai kita mempunyai pendapat sendiri. Tetapi adakalanya kita perlu melihat apa yang kita sebut itu, berbaloi atau tidak. Satu lagi, ambil kira reaksi orang lain apabila mereka membaca apa yang kita kata.

“The wise speak when they have something to say. Fools – when they have to say something”

Saya pernah ditanya pendapat oleh rakan saya, bahawa ada seorang saudaranya obses politik. Katanya, saudara itu sehingga tergamak menyatakan begini;

“Lebih baik berkawan dengan orang kafir daripada orang Islam yang fasik”

Baca baki entri ini »


Episod 146 : Lepasan SPM; Lepas Ini Nak Buat Apa?

Disember 23, 2009

“Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya” [Surah Al-Mukminun : 61]

Saya telah beberapa kali bertemu dengan junior yang baru sahaja lepas SPM baru-baru ini. Ada yang bertemu di dalam bas, ada di kedai buku, program sukan dan sebagainya. Suka sekali saya mengambil peluang bertanya,

“cuti-cuti ni buat apa?”

Ada sebahagiannya ingin mengambil lesen, ada yang bekerja part time, ada juga yang ingin menyambung menuntut ilmu. Tetapi ada juga jawapan, “Tak tahu nak buat apa”

Baca baki entri ini »


Episod 144 : HIJRAH; Bayaran Sebuah Perubahan

Disember 19, 2009

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” [Surah Ar-Ra’d : 11]

Andaikata seseorang terkena bisa racun, seseorang itu perlulah menjalani satu proses yang amat menyakitkan. Dia perlu mengeluarkan bisa itu dengan pelbagai cara agar bisa itu tidak merebak ke seluruh badan. Caranya pelbagai, mungkin paling mudah dengan memberikan antidot. Tetapi jika tidak mampu, mungkin perlu menggunakan cara yang lebih keras.

Tentunya ia adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Namun demi ingin menyelamatkan nyawa, pesakit tersebut perlu redha dengan apa-apa kaedah sekalipun untuk mengeluarkan racun.

Begitu juga hakikat sebuah perubahan. Kadang-kadang kita perlu menerima hakikat bahawa proses menghilangkan racun jiwa yang lama tersimpan memerlukan pengorbanan yang sangat hebat. Kita perlu membayar harganya. Baca baki entri ini »


Siar Ulang Episod 33 : Muslim Bermusim

Ogos 29, 2009

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah : 208 )

tarawikh

“Weh, kau pergi masjid semata-mata nak ambil makanan sahaja ke?” tanya saya kepada seorang rakan yang memegang makanan yang disediakan oleh jawatankuasa masjid Kolej Islam PJ.

Makanan tersebut adalah iftar percuma untuk menggalakkan jemaah berbuka di masjid dan terus berjemaah bersama, tetapi dia tidak sertai jemaah.

“Alaa… Akim. Aku tahula aku ni jahil” balasnya.

Soalnya di sini bukan masalah jahil atau tak. Ini adalah punca sikap dan tanggungjawab sendiri. Mengambil makanan di sana tanpa memenuhi hak tak ubah seperti pencuri. Apatah lagi, azan berkumandang untuk mengajak berjemaah, tetapi kehadirannya itu bukan untuk solat, untuk makan. Itu sahaja. Menyirap darah saya dibuatnya, tapi apakan daya. Kita seboleh-bolehnya tak mahu, rakan-rakan seaqidah kita termasuk dalam golongan yang Allah maksudkan;

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jatsiyah : 23)

Baca baki entri ini »


Episod 121 : Jangan Pesimistik, Juga Optimistik?

Ogos 6, 2009

Ada satu soalan psikologi;

glass

Antara dua ini, mana satukah yang benar; separuh penuh, atau separuh kosong?

Orang yang menjawab separuh penuh dikatakan optimistik. Yang sebaliknya adalah pesimistik.

Pandangan saya, di sebalik itu ada pandangan yang mengelirukan. Sepatutnya air itu sebenarnya bukan separuh penuh, bukan separuh kosong. Tetapi air itu lebih mudah dikatakan terisi separuh!

Yang itu sebenarnya REALISTIK!

Baca baki entri ini »


Episod 109 : Seni Berpendapat

Julai 1, 2009

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang olok-olokkan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik…” (Surah Al-Hujurat : 11)

DSC_0843

Semakin membesar seseorang, semakin matanglah dia membuat penilaian dan keputusan.

Begitu juga dengan kemahiran mengeluarkan pendapat.

Dunia ini sering dikelilingi pendapat-pendapat yang berbeza-beza. Tetapi adakah berbezanya pendapat itu bererti perlu mencetuskan perselisihan faham?

Baca baki entri ini »


Episod 107 : Siapa Yang Banyak Belajar?

Jun 20, 2009

“Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lubang yang satu (sama).” (Hadis Mutafaq’alaih)

muslim=)

Siapakah yang paling banyak dan cepat belajar?

Baca baki entri ini »