Episod 177 : Pengalaman Multimedia + Program

Julai 23, 2011

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

“Abang memang ambil fotografi eh?”, tanya seorang peserta.

“Assalamualaikum abang Windows 7!”, sapa seorang lagi peserta ke profil facebook saya.

Saya tersengih apabila mendengar komentar adik-adik ini terhadap saya. Segalanya tercerita apabila kembara dalam hutan saya bersama mereka dan berkongsi pengalaman sambil meneruskan perjalanan.

Baca baki entri ini »


Bengkel Multimedia, Dengan Jayanya

Mac 3, 2010

Syukur Alhamdulillah kerana program Bengkel Multimedia, iaitu bengkel montaj dan bengkel Photoshop untuk Risalah dan Majalah telah berlangsung dengan izin-Nya pada 7hb dan 28hb Februari di SMKA SHAMS.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Syakirah kerana member kepercayaan untuk saya mengendalikan sepenuhnya program ini. Terima kasih juga kepada adik Muhammad Ikhwan dan Farah Sakinah yang bertanggungjawab dalam mengadakan program ini dan memastikannya berjalan lancar. Begitu juga kepada pembantu setia saya, Farid Azhar yang cukup berpengalaman untuk membantu saya menguruskan program ini.

Bengkel ini merupakan bengkel multimedia yang ke-3 saya kendalikan, dan alhamdulillah, setakat ini inilah yang paling lengkap. Saya bersyukur peserta yang hadir merupakan peserta yang cukup komitmen dan mudah diajar.

Semoga misi menjalankan agenda multimedia dalam dakwah terlaksana.


Episod 138 : Impian Multimedia, Sejenak Bersama SHAMS dan Pedas

Oktober 22, 2009

_DSC1031

Berjumpa dengan adik-adik IMG ini kadangkala begitu mengiburkan. Mereka semua tenang, rileks dan selalunya sempoi. Sepertimana yang saya selalu peringatkan mereka, duduk dalam dunia multimedia ni kena selalu fleksibel, kita selalu berdepan dengan orang yang kuat mengkritik, virus yang ganas-ganas, file yang selalu hilang, pendrive yang sentiasa rosak dan hilang.

Bak kata dur dalam komennya,

“Itulah nasib orang yang bekerja dengan alatan”

Sebab itu kadang-kadang nak melatih bakal pakar-pakar multimedia ini rasanya kena lebih dari sekadar mengajar, mujurlah tarbiyah itu adalah agenda utama kami. Biarpun mereka bermula dengan ilmu multimedia dari kosong. Kena banyakkan bersabar dan perlu lebih sedikit kerajinan itu.

Nak menghadapi pelajaran lagi, multimedia,  dan sebagainya semua perlu stabil. Tak boleh berat sebelah. Oh ya, satu lagi,

Baca baki entri ini »


Episod 120 : Harapan, Visi dan Misi IMG

Ogos 2, 2009

Ini adalah posting yang telah dihantar ke emel. Sengaja dipaparkan umum.

IMG shirt

Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hambaNya maka Allah suka agar kenikmatanNya itu tampak pada diri (hamba) Nya. (Hadis Ath-Thabrani)

Ada beberapa hari lagi projek yang ditugaskan perlu dihantar. Waktu ini dalam fikiran abang terngiang-ngiang adik-adik abang yang baru sahaja selesai bersama bengkel multimedia baru-baru ni.

Abang rindu.

Walaupun baru semalam kita gelak ketawa, bergurau, berbual dan berbincang sama, abang merasakan satu aura apabila kita bersama, bincang atas satu impian yang kita kejar sama-sama.

Ini adalah satu pesanan dari hati abang. Harapan tinggi buat ummah ini.

Baca baki entri ini »


Episod 117 : Akademi Islah Multimedia, Bengkel 1, Berjaya Dengan Jayanya

Julai 28, 2009

Ini adalah sambungan dari perancangan post episod 106 : Pemuda Multimedia

tingkatan 1

tingkatan 1 yang khusyuk menyiapkan risalah

Makmal komputer tak boleh guna.

Habis. Kurang perancangan. Hanya cikgu Maheran sebagai guru penyelaras makmal sahaja dibenarkan untuk mengawal makmal komputer, tetapi ke Sabah pula.

Saya buntu seketika. Trainer yang lain semua sedang dalam perjalanan ke SMKA Pedas.

Sedang di antara kami hanya ada satu laptop. Peserta bengkel lebih kurang 30 orang.

Baca baki entri ini »


Episod 116 : Cuti Ini

Julai 22, 2009

adik-adik pedas

“this is a three week project”, tegas Madam Rabeah.

Satu projek baru. Besar, complicated dan sangat memakan masa.

Itu dia Composition and Layout.

Saya merenung masa cuti seminggu saya. Sempatkah menyiapkan projek itu? Berapa lama saya nak qadha’ buku-buku yang terbentang kat atas meja, masih belum habis.  Tak ada waktu lain, selain daripada waktu cuti yang saya tunggu-tunggu.

Itu pun bukan senang nak disiplinkan.

Jadi setakat ini, mungkin workbook projek bolehlah siapkan. Illustration board yang bapak gedabak besar ni, saya kena sabar sedikit menyiapkannya di kampus nanti. Akademi Islah multimedia masih berlegar-legar di fikiran. Modul-modul program masih tak sempurna lagi. Nak fikirkan permintaan fotografi McLead pun satu hal lagi.

Adeh. Tiba-tiba rasa gatal kepala ni.

“tet-tet..tet-tet..”, satu SMS keluar.

Baca baki entri ini »


Episod 106 : Pemuda Multimedia

Jun 17, 2009

“…dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. “ (Surah Hud : 123)

AIM copy

Rancangan asal tarikh

“Akmal, tarikh 27hb tu bertembung dengan ihtifal..”, sms dari Ustaz Muaz Imam Supaat.

Nampaknya tarikh yang dirancang untuk melaksanakan ‘Akademi Islah Multimedia’ terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

“Kita merancang Allah pun merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah”, ayat inilah penaik semangat saya seketika. Kertas kerja sudah siap, cuma menunggu masa untuk laksana.

“Tak apa Akmal, macam ni, sekarang ni Akmal utamakan dulu dengan rakan-rakan lain, lepas tu bulan berapa pun tak kisah”, kata Ustaz.

Untuk menukar tarikh lain, mungkin agak sukar bagi kami kerana masing-masing dalam fasa kuliah, dan dalam masa yang sama, kami ada komitmen lain dalam program tertentu. Insya Allah, kami usaha yang mampu.

“Sekarang ini kita mencari jalan untuk peringkat optimization dalam hal multimedia bagi tujuan dakwah. Kita boleh lihat ramai freelancer yang buat macam-macam dalam multimedia, untuk kepentingan diri sendiri, tapi kita masih kurang orang yang bergiat dakwah menggunakan multimedia sebaiknya”, kata saya kepada Shahmi, bekas ketua BADAR SHAMS 2008.

“Dan orang yang TAHU dalam multimedia inilah yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB.”, sambung saya lagi.

Baca baki entri ini »