Episod 177 : Pengalaman Multimedia + Program

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

“Abang memang ambil fotografi eh?”, tanya seorang peserta.

“Assalamualaikum abang Windows 7!”, sapa seorang lagi peserta ke profil facebook saya.

Saya tersengih apabila mendengar komentar adik-adik ini terhadap saya. Segalanya tercerita apabila kembara dalam hutan saya bersama mereka dan berkongsi pengalaman sambil meneruskan perjalanan.

Heh, akhirnya saya kembali ke medan kepakaran multimedia (taklah pakar mana), setelah begitu lama saya meninggalkannya. Pernah saya bertekad, setelah saya masuk ke UIA dahulu, saya akan lupakan segala yang berkaitan dengan multimedia. Serik, barangkali. Mahu mencuba sesuatu yang lain, dan tidak mahu dipandang sebagai orang IT.

Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam ’11 (NKPI) yang bertempat di Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu, Isnin- Rabu lalu adalah satu titik saya kembali pada ‘kerjaya’ asal saya sejak sekolah dahulu. Inilah taklifan yang diberikan oleh syarikat Tinta Strategi Sdn. Bhd. saya sebagai pengurus multimedia dan dokumentasi.

Dari dahulu, saya lebih gemar berfungsi sebagai seorang fasilitator, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada adik-adik. Saya sendiri sentiasa follow-up peserta-peserta atau anak buah didikan saya dalam kumpulan. Tapi kali ini berbeza, tidak ada satu ruang sekali pun saya bercakap di hadapan, mahupun berkongsi sesuatu dengan adik-adik peserta.

Yang saya berhadapan, hanyalah DSLR, 3 laptop di atas meja, kerja-kerja teknikal, beserta video kamera dari awal sehingga akhir program.

Pada saya, tak menjadi orang yang menggerakkan modul-modul program bukanlah menjadi satu masalah. Saya adalah ketua bahagian saya sendiri. Saya mempunyai motivasi saya sendiri dan tahu bagaimana yang perlu saya lakukan. Yang paling penting, saya tahu, multimedia berfungsi sebagai controller sebuah program untuk menghidupkan suasana (quality maker).

Kebiasaannya, suasana-suasana dalam sesebuah program perlunya ada kepakaran dalam kedua-dua bab ini iaitu sound system dan visual (graphic). Kekuatan daripada kedua-dua kualiti ini menjadikan suasana berprogram adalah berbeza daripada program-program yang biasa (lebih banyak komunikasi daripada aktiviti).

Sama seperti drama-drama korea yang menjadi pilihan ramai, antara sebab ‘wow –factor’ adalah dari komposer musik yang menyentuh hati penonton dengan lagu-lagunya. Begitu juga penggunaan kamera yang berkualiti, kepakaran ‘cinematography’ atau pakar efek dalam mereka video yang mantap.

Akhirnya kesannya dikagumi.

PENGHASILAN VIDEO / VIDEO MAKING

Salah satu aspek yang saya perlu tekankan untuk kualiti program juga adalah dengan mencipta video (kinestetik visual element) yang memberi kesan kuat pada penonton, apatah lagi jika video yang dibuat adalah daripada pihak syarikat sendiri.

Kebiasaanya penghasilan video untuk sesebuah program terbahagi kepada 3

1) Promo Video

Zaman dahulu kita mungkin gunakan banner, iklan melalui surat khabar, atau edaran di masjid-masjid tentang program hari ini. Kenapa tidak kita menggunakan YouTube atau Facebook video yang kita buat sebagai “Judge this book by our cover”, apatah lagi ini memberikan satu nilai tambah kepada kualiti program yang bakal dilaksanakan. Promo video adalah hasil kreativiti penganjur program tentang objektif program ini, dan menarik lebih ramai peserta untuk ikuti.

2) Intro Video

Intro video adalah video yang dilakukan pada awal program. Selalunya, orang bercakap dihadapan, kita tidak pasti adakah peserta bercakap dibelakang? Atau adakah dia berikan perhatian? Video, dan multimedia selalunya menjadi satu magik yang menarik perhatian peserta (bergantung pada kreativiti dan impak sound system) dan melalui intro inilah merangsang rasa keinginan peserta-peserta untuk menyahut program ini.

Mungkin boleh dilakukan dengan “Misi selama 3 hari”, atau “Gelagat fasilitator”, atau intro-intro tentang apa/siapakah syarikat perunding motivasi ini.

3) Final Video

Bertindak sebagai rumusan, dan  penghargaan kepada peserta-peserta yang hadir. Segala photoshoot yang diambil sepanjang program, dan juga video yang dijadikan sebagai satu jambatan yang mengulang kembali objektif-objektif yang dilaksanakan. Ini bergantung juga pada kreativiti video maker dan juga penganjur program

Walaubagaimanapun, semua ini pasti tidak dapat dilaksanakan dengan baik kalau tanpa teamwork yang baik.

Sekian pengalaman yang sedikit dari saya.

One Response to Episod 177 : Pengalaman Multimedia + Program

  1. Muhammad Abdullah berkata:

    thanx ajar aku banyak benda..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: