Episod 155 : Analisa Kematian Syafiah Humairah

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak” [Riwayat Bukhari]


Adalah menjadi satu kerisauan pada saya berhubung dengan kes penderaan dan kematian Syafiah Humairah kerana ia sebenarnya lebih dari sebuah isu kekeluargaan. Bahkan bukan juga setakat isu masyarakat, tetapi ini adalah masalah identiti umat.

Yang menjadi responsif bahagian ini tentulah kita umat Islam. Isu ini jauh membabitkan pengetahuan agama, hubungan sosial dan juga penilaian kemanusian.

Mungkin saya tidak perlu mengulas tentang kes kematian Syafiah Humairah lantaran perkara ini sendiri telah giat dibentang oleh ramai orang. Yang menjadi penanda ketika isu ini diperluaskan, adalah bagaimana respons sebilangan dari kita dalam hal ini.

INDIVIDU

Dalam pada kita menerima isu ini berlegar di media, memang tidak dinafikan mana tidak sakitnya hati mendengar anak kecil diseksa dengan kejam. Secara pasti, setiap orang mempunyai respon tersendiri berhubung dengan isu ini

Namun, ketika saya membuka facebook, saya lebih terkejut membaca respons beberapa orang menghina isu lebih zalim dari hakikat cerita pembunuhan itu.

“Kalau aku ada dekat situ, dah lama aku bunuh dia”

“Bodoh punya manusia. Simbah asid baru tahu orang tu”

Meskipun kata-kata sedemikian tidak memungkinkan perbuatan itu sezalim kata-kata mereka, ini cukup menunjukkan hati-hati yang ‘busuk’ sendiri mula mengeluarkan tanduknya. Malah lebih teruk, ada yang bermain dengan carut-marut memaki si pelaku jenayah ini.

Adapun dari aspek buah fikiran, ramai yang mengulang “dah nak kiamat dah dunia ni” atau “tak tahulah nak jadi apa dengan dunia ini”.

10 tahun yang lepas juga pernah saya dengar “hari nak kiamat” apabila sesuatu isu timbul. Bahkan mungkin 10, 20, 30 tahun yang akan datang (andai masih belum kiamat) juga turut menjawab “hari  dah nak kiamat”. Memang tiada masalah dari aspek begini, tetapi adakalanya kita perlu mengubah gaya berfikir singkat dengan mencari makna peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tempoh kita akui ini akhir zaman. Kita berhubung dengan isu umat, dan kiamat tidak akan mengingkari tarikhnya.

Begitu juga dengan apa yang terjadi di dunia ini, itu luar dari pengetahuan dan kekuasaan kita. Mungkin selepas ini lebih dahsyat akan berlaku, dan kita MESTI tahu apa yang jadi pada dunia ini.

Dari situasi ini kita boleh memberikan hipotesis bahawa banyak lagi perkara yang dahsyat berlaku di luar pengetahuan kita, cuma isu allahyarham Syafiah Humairah menjadi ‘King Of The Hill’ dalam media kali ini.

KELUARGA

Sebelum kita melihat respons dari hal keluarga, mari kita lihat latar keluarga allahyarham Syafiah ini.

Ibunya berusia 25 tahun (2010), suaminya merengkok di penjara sejak tahun 2006, Syafiah berusia 3 tahun,  ibunya turut mempunyai anak 1 tahun setengah. Itu adalah latar belakang keluarganya menurut media, dan saya menjauhkan diri daripada memberi kenyataan apa-apa tentang ibunya andai ia boleh menjurus kepada fitnah.

Kebanyakannya dalam banyak-banyak berita dan blog, ramai ibu-ibu yang ‘turun padang’ dan meninjau isu ini dari pelbagai penjuru. Mungkin peristiwa ini  menjadi kamus gelap buat para ibu yang sedang membesarkan anak-anak mereka. Pada saya, adalah menjadi lebih baik jika para ibu bapa juga selain mencari solusi mengapa institusi keluarga membarah hingga boleh membunuh, dengan mencari langkah untuk memperbaiki dan menambah baik dalam hubungan kekeluargaan.

Antara respons yang saya baca dari para ibu, “peristiwa ini membuktikan betapa longgarnya institusi kekeluargaan dalam kalangan kita”. Tidak dinafikan, tetapi kita perlu melihat kelonggaran institusi ini berapa lama dengan menilai isu kematian Syafiah telah menjadi amplitud dalam hal keluarga hari ini. Bermakna, kemungkinan didikan yang terlalu kurang dalam masyarakat kita selama ini membawa ‘bahasa baru’ bahawa tindakan yang luar jangkaan kita boleh berlaku seperti ini.

Atau dalam erti kata lain, kita hanya tahu satu isu kali ini, dan di celah tempat yang lain, kita masih belum tahu kotor atau bersih mana institusi kekeluargaan domestik.

MASYARAKAT

Ada pula di sebalik cerita yang lain, tentang masyarakat kita, apabila peristiwa ini terpapar di seluruh media, sebilangan besar kita menggunakan senjata biasa kita, menuding jari.

Kenyataan ini dibuktikan apabila salah seorang wanita daripada Kampung Batu 30, Ulu Yam, meluahkan hati menyatakan mereka seringkali dipersalahkan kerana tidak bertanggungjawab dalam kes ini. Adapun yang menyatakan mereka hanya melihat dari jauh Syafiah Humairah dibantai. Sedangkan yang melihat peristiwa itu dari kalangan remaja berusia 10-15 tahun. Menuduh tanpa fakta yang tepat adalah jelas sebuah fitnah, dan fitnah itu bukan perkara yang kecil.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al- Hujurat :6]

Meskipun ada yang berkata, kalau mereka berada di tempat itu mereka akan membunuh lelaki ‘kurang siuman’ itu, perkara demikian tidak berlaku pada remaja-remaja yang berada di sana. Bererti ada kemungkinan mereka panik, ada juga kemungkinan mereka tidak tahu nak buat apa, apatah lagi masa berlalu begitu pantas.

Menurut saya, kita bukanlah perlu menjadi pasif dan tidak buat apa-apa. Justeru dalam hal ini kita perlu bertindak dengan bijak, meninjau permasalahan ini dengan jelas tanpa berlagak menjadi hero yang kononnya boleh menyelamatkan keadaan. Peristiwa yang berlaku ini mungkin dapat diatasi daripada berlaku selepas ini jika akar masalah itu diubati, dan pandangan saya kaitan besarnya adalah tentang sikap kita.

Dari manakah agenda mendidik sikap meresap dalam tubuh masyarakat kita?

Sibuk menyalahkan sikap orang lain, walhal kita sebenarnya satu identiti. Sikap adalah lantaran budaya yang sering kita amalkan.

POLITIK

Dari hal politik, saya tidak nampak ada unsur negatif yang berlaku berhubung dengan peristiwa ini. Tidak kelihatan juga isu ini dipolitikkan. Sekadar urusan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam respons hal ini.

Namun, masih juga berlaku hal yang sama baru-baru ini, seorang kanak-kanak 18 bulan mati dipijak sedangkan peristiwa kematian Humairah baru sahaja berlaku. Kelihatan masalah-masalah sosial seringkali melanda dalam dada-dada akhbar kita tidak henti-henti. Hari ini ada statistik menyatakan 2500 anak luar nikah lahir setiap bulan. Esok mungkin lebih teruk lagi.

Saya akui mungkin dalam hal ini, telah lama ada tinjauan dan analisa yang lebih lama dilaksanakan oleh pihak tertentu. Tetapi saya berpandangan bahawa jika hal masalah institusi kekeluargaan berlaku, berulang-ulang, maka ada perkara yang tidak kena di situ. Kita memang tidak pernah menafikan semua itu adalah lantaran tanggungjawab ibu dan bapa, begitu juga peranan individu. Namun, ada skru longgar yang perlu kita perketatkan.

Bukan undang-undang, bukan tindakan.

Tetapi pengetahuan.

Pengetahuan yang pertama, tidak lain kalau bukan pengetahuan agama. Lebih spesifik, dalam Islam telah diajar tentang pengetahuan hal-hal akhlak, dan kerana akhlaklah kita terselamat dari masalah-masalah sosial. Kita telah menjadi bangsa yang beralih terus kepada pembangunan ilmu sains dan teknologi, ekonomi tetapi kelihatan jelas pembangunan akhlak diketepikan. Sedangkan kita boleh mengagak masa lampau orang-orang kita bab beradab adalah hal yang utama sepanjang masa.

Ibnul Mubarak berkata;

“Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun, dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (ulamak) mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu”

Islam menggariskan dengan sangat holistik perkara pendidikan akhlak, bagaimana hubungan kita dengan manusia, muamalat, membimbing anak-anak, dan sebagainya. Hari ini kita tidak menafikan status sosial masyarakat kita makin bersifat akademik, tetapi dalam hal akhlak, kita masih terkebelakang.

Pengetahuan yang kedua, pengetahuan keluarga. Juga memang benar, setiap orang akan merasai perasaan keibubapaan setelah mempunyai anak. Mereka akan tahu cara mendidik, mengawal dan membesarkannya.

Akan tetapi, saya melihat transformasi perubahan mentaliti masyarakat generasi demi generasi begitu cepat sekali berubah. Cara orang-orang dahulu mendidik anak, mudah dengar kata. Tetapi cara sekarang nak atau tak nak, anak-anak yang dididik seolah-olah perlu dengar kata mereka dahulu.

Bermaksud, peralihan zaman hari ini adalah suasana-suasana yang baru perlu kita tahu agar benar-benar apa yang kita ingini terhadap generasi itu sampai. Pengalaman tidak semestinya guru terbaik, kerana mungkin pengalaman yang lama itu tidak sesuai digunakan dengan situasi masyarakat hari ini.

Zaman dahulu anak-anak mendengar hiburan dengan hanya mendengar radio. Hari ini kerosakan dan kemusnahan, identiti buruk semuanya direalitikan dalam televisyen. Sudah tentulah apa yang ‘preoccupied’ oleh anak-anak hari ini berbeza dengan yang dahulu.

Secara ringkas, ini telah menjadi jawapan bahawa sebenarnya setiap yang berlaku hari ini lantaran kurangnya common sense value, dan pengetahuan-pengetahuan yang perlu kita terapkan. Setiap dari kita perlu mengambil iktibar atas kejadian Syafiah Humairah, bahawa yang berlaku itu, bukan sebarang kes, tetapi ia adalah bahasa sebenar, siapakah kita hari ini.

4 Responses to Episod 155 : Analisa Kematian Syafiah Humairah

  1. jalanakhirat berkata:

    dah nak tiba ajalnya.

  2. elfinaa berkata:

    saya seorang ibu.tapi saya tak salahkan pakwe ibu dia sangat.memanglah lelaki tu yang dera,tapi!sebelum2 tu takkan dia tak perasan badan anak dia lebam2,dia tak mandikan anak dia ke?apa fungsi mak syafiah yea?alih2 je dia pun buat2 terkejut anak dia dah mati kena dera?u all tak pelik ke?bukan mati eksiden,tapi kena dera…pikirlah.mana letaknya tjwb ibu?wanita itu tidak layak dipanggil ibu.kerana tuntutan nafsu sanggup tak amik kisah hal anak.

  3. Akmal Hakim berkata:

    Menurut pemerhatian saya melalui banyak artikel dan bahan bacaan yang lain-lain, si ibu tersebut membuat pengakuan bahawa anaknya tiada kesan dera sebelum ini dan lelaki yang memukul itu, sebelum ini melayan syafiah humairah dengan baik. Kata si ibu, dia pun tidak menyangka keadaan itu boleh berlaku.

    Setakat ini tiada laporan atau bukti forensik yang mengatakan deraan atau kesan lebam berlaku dalam tempoh-tempoh sebelumnya.

    Wallahu a’lam kita tak tahu hakikat sebenar. Kata-kata hanyalah perolehan fakta sekunder.

    Pada saya sendiri, secara logik, perkara deraan yang sehingga maut di padang adalah mustahil boleh berlaku, kalau bukan dia pernah membiasakan mendera anak itu. MELAINKAN ada faktor psikologi yang menyerang lelaki itu, kerana logiknya deraan sebegitu tidak akan dilakukan depan orang lain, malah di tempat awam sekali.

  4. dealova berkata:

    herm..saya sgt2 stju dgn-

    cari langkah untuk memperbaiki dan menambah baik dalam hubungan kekeluargaan.

    salam YB hakim.
    [kene bg salam oh sudah lame tidakku jejak disini t_t]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: