Episod 183 : Ketika Aku-Kau Mengkritik

“Apa pasal kau punya lukisan macam tak siap je?”, kata Ahmad kepada Ismail.

Your painting is very messy! I don’t think you are good enough to be an artist. Go take some other courses that fits you”, kata seorang pensyarah kepada pelajarnya.

“Waaah, cantiknya lukisan anak mak. Mana Nurul belajar melukis ni?” Kata seorang ibu dengan penuh bangga.

Adakalanya berada di dalam sistem pembelajaran dunia seni bina ini, persekitaran ini (study environment) saya penuh dengan kritikan. Samada dari peringkat pensyarah, rakan-rakan, senior, junior isu mengkritik hampir-hampir setiap hari. Kadang-kadang kritikan yang datang berbentuk membina (constructive), dan ada juga bersifat menjatuhkan (destructive). Sebab inilah saya terasa penting untuk menulis, ketika kita mengkritik, apa yang berlaku, untuk apa, kesan, dan kepentingannya.

“Semua orang adalah pengkritik – kerana semuanya mempunyai pandangan tersendiri. “

Apabila seseorang itu mengkritik, atau menegur seseorang, tentang kelakuannya dan caranya, sudah tentu pengkritik itu mahukan perubahan yang baik.

Tetapi, bezanya adalah dari bahasanya.

Cuba letakkan diri, anda ingin bekerja separuh masa. Anda minta pendapat daripada rakan anda, dan ini pandangannya :

1)      “Tak payahlah bekerja, fokus belajar dulu, dah selesai nak kerja apa, kerjalah”

2)      “Eh, kenapa nak bekerja? Sabarlah dulu, habiskan belajar dulu ye?”

3)      “Hahaha. Nak bekerja konon, belajar tak pandai, siapa nak terima kau?”

4)      “Kerja?? Tak payahlah. Jangan nak mengada!”

Seperti yang saya tulis diatas, isi yang digunakan oleh pengkritik adalah sama maksudnya. Tetapi dari segi adab bahasanya membawa maksud yang lain. Kadang-kadang boleh menyakitkan. Kadang-kadang membuatkan kita berfikir dua-tiga kali. Boleh juga kritikan itu berbaur personal, akhirnya perhubungan akan rosak serta-merta.

KRITIKAN MEMBINA

Ada diantara kita, menegur secara halus dan ada juga sangat direct mungkin ada yang suka menyindir. Meskipun cara kita menegur berbeza-beza, mungkin kebanyakan dari kita mempunyai satu persamaan : kita masih belum cukup baik dalam menegur!

Contohnya, pernahkah anda rasa setiap kali memandang ‘sesuatu’ anda hanya katakan “aku suka!”, sedangkan dalam hati anda rasa lain atau tidak suka? Atau pernahkah anda cuba mengkritik rakan, akhirnya ke gelanggang “gaduh mulut”? Memang suatu perkara yang biasa kita akan katakan emosi kita berkata dahulu sebelum logik.

Sebab itulah beberapa ketika, mengkritik itu boleh ke tahap “maut”.

Ketika pengkritik itu katakan semuanya yang “tidak baik yang perlu diperbetulkan”, dan mendiamkan apa kelebihan dan kebaikan yang ada, di sisi pendengar pasti mendengarnya SEMUA TIDAK BAIK.

“Kenapa beli buku banyak-banyak, nanti tak terbaca”, “Beli buku novel..novel…novel.. Buku rujukan tak baca, apa nak jadi?”

Kalau saya orang yang dikritik, saya akan terasa, minat saya dalam membaca dipandang sinis. Adalah mustahil juga kalau saya tidak membaca langsung buku rujukan, kerana buku yang saya beli adalah buku yang saya hanya baca ketika waktu lapang, salahkah?

Sebab itu dalam mengkritik ada cara hemahnya,

“Amboi, banyaknya beli buku, boleh baca ke?”

Pastinya tindak balas juga positif, atau disahut sebagai cabaran yang membina.

“Banyaknya buku novel, nak menulis novel juga ye? Baca, baca juga jangan lupa baca Fizik tau”

TIDAK BIAS

Seperti yang saya maksudkan, kita perlu berada di pihak orang yang dikritik, apa yang mereka akan rasa jika kita katakan “ini-itu”.

Mungkin pandangan kita pada awalnya nampak TIDAK BAIK, bukan bererti kita sediakan semangkuk TIDAK BAIK untuk dia makan.

“Cantik, kemas, awak sangat berbakat dalam design”..

“CUMA”..

“Mungkin kalau awak rajin lebih sedikit, buat rendering bahagian ini dan ini, kemudian awak tambah details bahagian ini, pasti design awak akan PERFECT”

Bukan untuk dipuji lebih-lebih, bukan untuk berbohong, tetapi kita punyai hati, mudah terasa, sensitif. Selain itu, memberi kritikan yang konstruktif juga sebenarnya untuk memberi pendengar akan dapat mesej secara jelas dan difahami. Seorang yang terasa jatuh memandang dirinya ‘tiada harapan’, terkebelakang dan tidak mampu, bukan memandang pada kekurangan dari apa yang dilakukannya.

Ingatlah, mengkritik itu sudah cukup menjadikan keadaan itu tegang, sebab itu jangan menambahkan ketegangannya.

Katakan kita ingin kritik pihak yang kita bayar untuk tujuan tertentu untuk keperluan yang kita mahukan tidak cukup, beritahu cadangan penambahan-penambahan yang perlu dilakukan, apa yang tidak perlu, dan apa yang perlu dikekalkan. Sekiranya anda kerap mengatakan “aku tak suka yang itu-ini”, anda hanya berakhir dengan ketegangan atau lebih teruk bergaduh!

“Poster yang awak design ni agak huduhlah. Mana sesuai tulisan guling-guling dengan tema kita. Boleh tukar tak tulisan tu?”

Adalah begitu berbeza dengan..

“Mungkin kalau tulisan yang bulat-bulat ni kita tukar dengan tulisan Myriad Pro, nampak classy sikit tak?”

Kanak-kanak, kita memberi mereka ransangan agar mereka mampu nampak KEKUATAN mereka. Begitu juga orang dewasa, kita juga ingin dihargai kekuatan kita, disamping kita dapat kenali kelemahan kita – yang boleh diperbaiki.

Bersederhanalah dalam mengkritik.

3 Responses to Episod 183 : Ketika Aku-Kau Mengkritik

  1. MFS berkata:

    Oke saya admit saya dibenci ramai kerana kritikan saya. ==’

  2. Akmal Hakim berkata:

    Haha, kau mengkritik jugak ke?

    Pasni boleh tukar cara kritik😛

  3. Muhammad Abdullah berkata:

    thanx for the input.. Boleh diamalkan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: