Episod 109 : Seni Berpendapat

Julai 1, 2009

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang olok-olokkan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik…” (Surah Al-Hujurat : 11)

DSC_0843

Semakin membesar seseorang, semakin matanglah dia membuat penilaian dan keputusan.

Begitu juga dengan kemahiran mengeluarkan pendapat.

Dunia ini sering dikelilingi pendapat-pendapat yang berbeza-beza. Tetapi adakah berbezanya pendapat itu bererti perlu mencetuskan perselisihan faham?

Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 98 : Seni Fotografi

Mei 21, 2009

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)..”

edited

“But, you have to know, photography is an expensive hobby..”, seorang lecturer sociology dari Nilai mengukir senyum, berkongsi sedikit ilmu fotografi.

Saya mengangguk tersenyum. Dalam hati remuk, tapi saya tak nafikan.

Banyak lagi perkara yang saya masih perlu belajar. Syukur, sepanjang berada di CFS ketika komiti berhempas pulas menyiapkan persiapan bagi ta’aruf week bagi kemasukan pelajar baru ke UIA tak lama lagi, ini tidak menghalang saya untuk terus belajar dan belajar ilmu dan hobi baru ini.

Baca baki entri ini »


Episod 85 : Yakin Untuk Bercakap

April 8, 2009

“Amal perbuatan yang paling disukai Allah sesudah yang fardhu (wajib) ialah memasukkan kesenangan ke dalam hati seorang muslim” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Hati menjadi tenang seketika setelah tugasan dan presentation selesai dengan baik. Saya bersyukur, latihan yang telah lama saya praktik sekian lama sejak sekolah dulu telah membuahkan hasil yang begitu baik. Pada saya itu dikira satu kejayaan.

new

Namun, terasa sangsi dan duka melihat seorang rakan sebilik berlatih siang malam untuk presentationnya esok pagi. Berbeza dengan saya yang telah biasa, saya tidak begitu banyak luangkan masa untuk preparation presentation ini.

Saya terngiang-ngiang lagi kata emak, “kalau kita berjaya, jangan biarkan kita berjaya seorang-seorang. Tolong orang lain berjaya”

Daus, selalu sahaja mengeluh inferior dalam bahasa Inggerisnya. Selalu minta pandangan dan idea saya dalam writingnya. Kini saya membantu untuk speaking presentationnya.

“Daus, kita turun bawah, ABC005. Sini agak distracting..”, saya bisik ke telinga Firdaus untuk mempelawanya ke kelas bawah mahallah. Keadaan di bilik sangat terganggu dengan riuh rendahnya.

Saya jadi coach untuk effective speaking!

Baca baki entri ini »


Episod 84 : Bahasa Inggeris – Antara OK dan KO

April 6, 2009

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka” (Hadis)

“I’m challenging you to speak in English after you leave this door, until 12 midnight”, cabar English Teacher saya, miss Marlina.

Satu kelas tergamam. Kami tidak dibenarkan langsung untuk bercakap bahasa Melayu!

“If you fail before 12 midnight, SMS me”,

Balik sahaja, terus kami bercakap. Bertatih-tatih mencari istilah-istilah yang jarang diguna pakai. Di UIA menjadi satu perkara biasa jika bercakap dalam English. Tiada istilah ‘poyo’ di sini, melainkan terlebih-lebih ‘speaking’.

“Hey, where is ‘Abraham’?”, Adib melawak mencari Ibrahim.

Saya hanya tersenyum enjoy aktiviti baru kami sebilik.

“Oh, don’t call me Adib, call me ‘Ad’!”, seloroh Adib Farhan lagi.

Bab masuk bahasa Inggeris ini, ketika saya melangkah ke Universiti Islam Antarabangsa, saya dah mulakan untuk memulas setinggi-tingginya meter proaktif untuk memperdalam bahasa Inggeris.

confident

Di beli Ahad lepas RM 67.90, added value!


Ini adalah langkah sinkronisasi ke arah fikiran multinasional.

Sebahagian menganggap bahasa Inggeris sebagai satu bebanan. Sebahagian yang lain menganggap inilah peluang. Peluang menerokai dunia yang telah banyak menciplak dari tokoh-tokoh Islam, kini menjadi Averroës, Avicenna, dan sebagainya.

Inilah masanya merampas kembali.

Baca baki entri ini »


Episod 80 : Resepi Seni Kehidupan

Mac 19, 2009

Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang hendaknya dia pergunakan pertama kali untuk dirinya dan keluarganya. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketika kecil-kecil dahulu, masih segar lagi dalam ingatan. Mudah sekali bertarung lidah, tak kiralah rakan-rakan, sepupu, atau anak orang yang tak kenal. Semua bias pada diri sendiri. Mengingatkan zaman kanak-kanak, ada satu ketika saya dan sepupu saya bergaduh hanya sebab memuji masakan mak masing-masing. Seorang kata masakan maknya sedap, seorang lagi kata maknya masak lagi sedap.

masakan


Saya pun pelik. Ada benarnya.

Apakah yang menyebabkan masakan itu sedap, tiada tandingan hingga merentas horizon cakerawala sekalipun, masakan maklah yang paling sedap. Setelah lama saya mendalami ilmu seni, barulah saya tahu jawapannya.

Sedapnya masakan itu bukan kerana resepi yang ada pada masakan itu. Tetapi ia adalah berserta dengan resepi emosi yang terdalam dalam jiwa ibu. Senang untuk saya katakan, ia adalah resepi cinta, resepi yang paling sedap daripada segala resepi aji-naik-motor. Baca baki entri ini »


Episod 77 : Kenapa Arkitek Menjadi Pilihan

Mac 14, 2009

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.” (Surah At-Taubah : 109)

masjid

Kadang-kadang saya agak cemburu dengan sahabat-sahabat yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang usuluddin, syariah, dirasat dan sebagainya. Dahulu, saya cuba mengalih cita-cita asal semata-mata kepingin nak mendalami bidang agama.

Sebolehnya, saya paksa diri saya untuk mengambil pengajian ini serentak dengan core course saya. Saya pernah meninjau-ninjau pengajian jarak jauh seperti di kolej UNITI. Tak dapat. Saya cuba mengambil program singkat, di UM, sama ada pengajian hadis atau usuluddin. Pengajian selama 12 bulan ini tak lah mahal, malah UM dekat sekali dengan kampus saya.Malangnya, keadaan dan situasi saya memang tidak mengizinkan.

Saya simpan keinginan ini terdalam di dalam hati.

Baca baki entri ini »


EPISOD KE LIMA PULUH

November 25, 2008

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Surah Alam Nasyrah :7-8)

type

Hari tu di kelas Listening & Speaking, bincang tentang satu topik dari silibus.

“Akmal Hakim”, madam panggil saya. Agak sedikit tersentak. Alamak..

“What’s your least favourite teacher?”, soalan ini diajukan berdasarkan satu bab daripada buku teks Mosaic 2. Berat nak jawab. Ada ke least favourite? Huh.

“Em, when I was in secondary school, my least favourite subject is Bahasa Melayu”, pancing saya tanpa menyebutkan ‘teacher’ tetapi ‘subject’.

“I hate it when it comes to writing. And the teacher always give us a lot of tasks.”

“Most of the tasks, I always took them for granted”, jawab saya. Tapi jauh di sudut hati, terasa rindu pula dengan cikgu saya. Tanpanya, belum tentu saya berjaya dapat A1 dalam subjek Bahasa Melayu, dan mampu menulis sehingga hari ini.

TAK PANDAI MENULIS

Suatu ketika dahulu saya merupakan orang yang sangat membenci menulis. Subjek Bahasa Melayulah yang paling saya tidak suka, paling saya bosan. Saya sangat lemah dalam bahasa sejak saya darjah 4 sehinggalah tingkatan 5. UPSR saya dapat 4A 1B, B pemahaman. Abah selalu cakap saya lemah dalam berbahasa. Cakap tak pernah faham-faham. Cikgu pula waktu saya di tingkatan 5 selalu tegur, karangan saya banyak kesalahan tatabahasa, cacamarba dan kurang matang.

Saya menanamkan bahawa subjek Bahasa Melayu adalah subjek terakhir saya akan belajar selepas di tingkatan 5. Saya tidak nampak saya boleh meneruskan impian bermotifkan menulis.

Nyata sekali saya sangat silap. Sangat-sangat silap.

Beruntung. Nasib baik saya kategori yang agak suka membaca. Tetapi membaca sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang intelektual. Saya terpaksa kerahkan diri untuk menulis. Sangat berat. Satu ketika, saya terbaca satu risalah, kewajipan al-akh muslim oleh imam Hassan Al-Banna;

Saudara seharusnya cekap membaca dan menulis. Saudara hendaklah membanyakkan membaca dan meneliti risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah lainnya .Hendaklah saudara menyediakan khutub-khutub khas untuk saudara sekalipun kecil. Saudara mestilah meluaskan ilmu dan mempertingkatkan pengkhususan saudara dalam satu-satu bidang. Saudara juga mestilah memahami masalah-masalah Islamiah secara umum dengan kefahaman dan membolehkan saudara menggambarkan permasalahan itu dan menentukan hukumnya sesuai dengan tuntutan fikrah kita.

Sambil saya garu-garu kepala saya bertanya empunya diri “boleh ke?”.

Dari episod 1 sehinggalah entri kali ini, barulah saya tahu. Rupa-rupanya tidak ada istilah kita TAK BOLEH tetapi sebenarnya kita belum sampai waktu lagi untuk BOLEH. Cuma, bilalah anda ingin mencetus MAHU tu.

Baca baki entri ini »