Episod 185 : Putusnya Ekor Si Cicak

Mei 23, 2015

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah : 286)

legendoflizardlicktugofwar

Dulu ketika saya kecil, saya teringat mempunyai sebuah buku kanak-kanak (saya lupa tajuknya). Kisahnya tentang seekor cicak kecil yang bermain dengan rakannya. Sedang dia berseronok main kejar-kejar di hutan, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Ekor si Cicak Kecil terputus. Baca baki entri ini »

Advertisements

Episod 179 : Sebahagian Besar ‘Prasyarat Kematianku’

Ogos 3, 2011

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sesekali apabila saya membelek-belek nota diri ‘Prasyarat Kematianku”, saya merenung akan tulisan saya akan tanggungjawab yang perlu saya pikul ke atas keluarga saya.

Hati sebak.

Kalau difikirkan, saya tidak pernah merasa bagaimana susahnya seperti mak abah. Hampir-hampir senantiasa mak abah pastikan apa yang saya ingini terlaksana.

Baca baki entri ini »


Episod 145 : Hari Ini

Disember 22, 2009

Hari ini mungkin aku bingung kerana hujan..
Atau aku bersyukur alam ini disirami secara percuma,

Hari ini mungkin aku sedih kerana kekurangan wang..
Atau aku mungkin berbangga dengan sebab kewangan ini menyebabkan aku mengurus kewangan dan berjimat-cermat,

Hari ini mungkin aku mengeluh kerana kurang sihat..
Atau mungkin ini mendidik aku untuk menghargai nyawaku,

Hari ini mungkin aku sakit kerana bunga mawar itu berduri..
Atau mungkin aku meraikan bahawa duri itu mempunyai bunga yang indah,

Hari ini aku mungkin kecewa kerana kekurangan rakan..
Atau aku merasa gembira kerana aku mempunyai ruang yang luas untuk aku mencari teman baru,

Hari ini mungkin aku tertekan kerana terlalu sibuk..
Atau aku berasa tenang kerana aku mempunyai kerja untuk dilakukan,

Hari ini aku mungkin mengomel kerana terlalu banyak perkara perlu belajar..
Atau aku bersikap terbuka untuk bersedia mengutip mutiara-mutiara ilmu,

Hari ini menunggu apa yang akan aku lakukan.
Apa yang aku ingin hari ini, bergantung pada diriku..

Seni kehidupan~


Meniup Habuk Yang Menebal

November 11, 2009

writing

Teringat lagi satu ketika dahulu, abah perkenalkan seorang akhi yang berjalan dari jauh hingga ke kawasan perumahan saya. Khabarnya ingin mencari rumah rakannya. Umurnya tak jauh jaraknya dengan saya (dahulu pernah bersekolah di sebuah sekolah SBP Negeri Sembilan).

Kebetulan berjumpa dengan abah yang sedang membersihkan kawasan surau, dia berhajat menghulurkan satu nilai wang untuk disedekahkan kepada surau melalui abah akhirnya amal itu telah mempertemukan ukhwah antara kami.

Rupa-rupanya akhi itu bekas matrikulasi UIA Petaling Jaya (ketika itu saya belum berhajat lagi ke UIA).

Perbualan antara kami sambil melompat-lompat dari satu isu ke satu isu. Ada satu perkara yang menarik yang telah akhi sampaikan kepada saya, tidak saya lupakan, yakni tentang mutabaah amal;

“Andaikata kita istiqamah dalam satu-satu amalan, satu ketika lebih 3 kali kita tertinggal, kita akan mula susah untuk membuat amal itu balik, atau mungkin kita akan tinggal terus”

Hal ini mengingatkan saya akan penulisan blog ini.

Baca baki entri ini »


Episod 137 : Kehilangan

Oktober 20, 2009

Satu peringatan buat saya :

“Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim” [Imam Hassan Al-Banna]

document

“Repair ye.. Jangan format..”, kata saya.

“Abang tolong jangan format ye..”, saya mengulangi sekali lagi.

Jari-jemari ini semakin lemah tak bersemangat menyaksikan satu kesedihan yang berat ditanggung. Segala dokumen yang telah ditulis, tetap diformat.

Yang masih belum mengisi Seni Kehidupan, meskipun yang telah diisi, segalanya hilang sekelip mata. Ibarat menulis sebuah novel yang sangat panjang, dicompile, sebelum siap menghabiskannya akhirnya segalanya didelete sekelip mata. Baca baki entri ini »


Episod 123 : Tahniah Pimpinan BADAR Baru

Ogos 22, 2009

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh” (Surah As-Saff : 4)

1_421917442l

“Tak tahulah abang Akmal saya ni macam mana..”

“Saya rasa takut jugak ni..”, jelas adik bimbingan saya ketika dahulu, Amirrul Aizat.

Sudah naik menjadi ketua BADAR akhirnya. Sejuk sanubari ini.

“Tak apa Aizat, jadi saja diri sendiri”, saya nak mulakan cerita motivasi.

“Abang semalam pergi Mid Valley, sembahyang dekat surau. Ramai yang sembahyang tapi bertabur-taburan. Lepas tu ada seorang budak pergi depan jadi imam, saf jadi teratur selepas tu”, pesan saya.

Saya memaksudkan kepimpinan itu membentuk satu yang lebih tersusun dan indah. Baca baki entri ini »


Episod 114 : “Debaran Semakin Terasa”

Julai 17, 2009

“An architect is the drawer of dreams” [Grace McGarvie]

architect-image

Debaran ini semakin terasa.

Dalam keadaan bagaimana sekalipun, saya mesti teruskan. Untuk membukti, memberi dan menghargai.

Itulah matlamat hidup saya, setelah tersedar dari ‘kegelapan’. Tawaran biasiswa yang terbaru telah diupdate. Nilai kali ini semakin tinggi, persaingan di sini pula semakin kuat.

Sama ada peluang untuk belajar ke luar negara, atau biasiswa.

Baca baki entri ini »