Episod 83 : Mangsa BOSAN?

Mac 28, 2009

“Ada dua kenikmatan yang membuat banyak orang terpedaya yakni nikmat sihat dan waktu lapang” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Bosan ‘gila’ tak buat apa-apa”, terlakar kata-kata ini di sebuah blog adik lepasan SPM.

Jika anda sedar anda sedang bosan, maka sebenarnya anda normal sebagai seorang manusia. Anda sedar bahawa anda tidak berbuat apa-apa. Tetapi masalahnya anda keliru. Tapi anda sendiri pun tak tahu kenapa anda keliru.

Sekeh sekali kepala tu.

Tak adalah. Saya bergurau.

Tanya kenapa anda bosan. Dua sebab kenapa bosan, atau istilah orang putihnya ‘boring’ kerana anda hanya duduk tidak buat apa, ataupun anda buat kerja yang sama berulang kali.

p5260450

Mencuba Aktiviti Baru

Setiap hari main badminton.

Setiap hari masak maggi.

Setiap hari duduk tak buat apa.

Jiwa anda memberontak sebenarnya. Sedarkan diri, mulakan mencari!

Baca baki entri ini »