Episod 179 : Sebahagian Besar ‘Prasyarat Kematianku’

Ogos 3, 2011

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sesekali apabila saya membelek-belek nota diri ‘Prasyarat Kematianku”, saya merenung akan tulisan saya akan tanggungjawab yang perlu saya pikul ke atas keluarga saya.

Hati sebak.

Kalau difikirkan, saya tidak pernah merasa bagaimana susahnya seperti mak abah. Hampir-hampir senantiasa mak abah pastikan apa yang saya ingini terlaksana.

Baca baki entri ini »


Episod 178 : Luka Nusaku

Julai 24, 2011

Ini duka,
Angkara sumbing bibir menoda,
Kau adalah kau,
Aku adalah aku

Ini nusa,
Rasai api perjuanganmu,
Kalah jadi arang ,
Menang jadi abu.

Akmal Hakim Allazi
Seremban, 24 Julai 2011


Episod 177 : Pengalaman Multimedia + Program

Julai 23, 2011

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

“Abang memang ambil fotografi eh?”, tanya seorang peserta.

“Assalamualaikum abang Windows 7!”, sapa seorang lagi peserta ke profil facebook saya.

Saya tersengih apabila mendengar komentar adik-adik ini terhadap saya. Segalanya tercerita apabila kembara dalam hutan saya bersama mereka dan berkongsi pengalaman sambil meneruskan perjalanan.

Baca baki entri ini »


Episod 176 : Manifesto Sebuah Perubahan

Julai 18, 2011

Sekiranya kita ingin merangka sebuah perubahan, maka yang demikian harus kita tanyakan dahulu.

‎1)Mengetahui atas dasar apa yang kita inginkan perubahan

2)Mengapa perubahan itu perlu dilakukan (daripada dibiarkan)

3)Berapa banyak pilihan untuk kita laksanakan perubahan

4)Bagaimana sejarah mengajar cara perubahan (gagal atau berjaya)

5)Betul-betul yakin dengan cara yang dilakukan untuk perubahan (akibatnya)

6)Berapa ramai yang perlu digunakan (atau korban) untuk perubahan itu

7)Bagaimana agaknya kemungkinan-kemungkinan pihak yang mengekalkan

8)Apakah kesan jangka panjang perubahan itu jika berjaya

9)Bagaimana mengekalkan perubahan yang difikirkan


Episod 175 : Mersik Sabar

Julai 16, 2011

Jikalau akal dipanggang isu,
Maka bersiagalah kau akan
kematian, mengakui kebenaran dan kebatilan,
Kerana rentungmu diluar,
Mentahmu di dalam,

Akhirnya dibiarkan lapar nafsumu,
Salahkan api yang menipu,
Salahkan daging yang tak laku,
Hakikatnya kau yang merapu.

Kebenaran itu tidak akan kautemui tanpa sabar, saudaraku.

Akmal Hakim Allazi, Seremban
16 Julai 2011


Episod 173 : Pisau Bukan Hiasan

Jun 27, 2011

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” [Saidina Ali bin Abi Talib]

PISAU BUKAN HIASAN

Masih ingat lagi ketika kecil, mak sering menceritakan tentang anak-anak rakan sekerja yang sudah pandai membaca. 5 tahun sudah pandai baca surat khabar. 2 tahun sudah pandai mengeja.

Pernah saya bertanyakan signifikannya.

Mengapa ia menjadi kebanggaan ibu bapa?

Kemudian saya menyoal kembali keberadaan saya hari ini andai tidak reti membaca. Apatah lagi mampu menulis entri ini.

Soalan ini menyebabkan saya terfikir sejenak, saya telah benar-benar merugikan diri sendiri kerana terlalu banyak saya boleh belajar dengan membaca. Software membaca telah diinstall  sejak lama tetapi jarang digunakan, itu merugikan.

Ibarat pisau, namanya sahaja pisau, tetapi tidak memotong?

Pernah dicatatkan oleh satu statistik purata pembacaan dalam setahun dengan hanya 2 buah buku (2007) oleh rakyat Malaysia, kini meningkat 12 buah buku dalam setahun. Bayangkan, andai anda yang tidak pernah membaca sebuah buku pun,  dicatat dalam purata, menghabiskan 12 buah buku dalam setahun. Seolah-olah kita menghabiskan sebuah buku sebulan.

Bermakna, begitu ramai sekali pembaca.

Namun, harapnya majoriti ini adalah dalam kalangan umat Melayu Islam kita di Malaysia. Masih segar lagi khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Shah UIAM, “Like for engineering students, I don’t ask how many engineering books have you read. But how many books you read other than engineering books?”

Keperluan dalam membaca ini adalah harapan umat hari ini, insya-Allah mampu menyelesaikan situasi dan masalah hari ini. Bahkan mampu menulis untuk menyelamatkan umat ini. Tetapi yang menjadi masalahnya terlalu banyak perkara lain yang mendahului pembacaan dan waktu lapangnya untuk ini. Baca baki entri ini »


Episod 172 : Kaedah Mendapatkan Impian Yang ‘Terbang’ (Tips Lepasan SPM)

Mei 31, 2011

” Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka – sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan {keperluannya}….”[Surah Ath Thalaaq : 2-3]

Mak ada berkongsi cerita dengan saya akan kisah sebuah keluarga yang asalnya hidup berpendapatan rendah. Keluarga ini bukanlah dari yang berpelajaran. Tetapi usahanya untuk mendapatkan hidup yang bahagia, tekun, dan berusaha untuk yang terbaik, akhirnya menjadi.

Satu perkara yang menarik adalah, isteri kepada peniaga itu, akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di universiti. Bukan umur 25, atau 30. Tetapi umur 58 tahun!

Dan perkara ini menimbulkan tanda tanya, mengapa sebenarnya seseorang itu boleh menggali dengan dalam sekali mengekalkan impiannya, sedangkan ada sebahagian yang melepaskan impiannya begitu sahaja di udara?

Begitulah ceritanya, kebanyakan pelajar-pelajar lepasan SPM hari ini.

Baca baki entri ini »