Sambungan Cerita Kumbang Episod 22 & 23 : Inilah kata kuncinya

Ogos 5, 2008

“Duhai anakku, aku sebenarnya seekor perantau. Aku sentiasa tercari-cari kewujudan aku di dunia ini. Aku tidak suka bersama dengan kumbang-kumbang yang lain kerana mereka cukup berbeza denganku. Aku merasakan hidup bersendiri adalah lebih layak buatku.”

“Tahu tak anakku, hingga sekaranglah hakikatnya aku masih bersendiri?”

Aku bertanya, “habis tu kenapa pak cik terima kedatangan saya ini?”

“Kan aku dah kata, raut wajahmu aku kenal. Aku hanya menunggu masa untuk menemui ajalku. Jadi, tak salah untuk aku menunaikan sedikit tanggungjawabku untuk kumbang-kumbang yang lain agar tidak menjadi sepertiku”Jawab kumbang tua.

Kumbang tua menyambung dengan nada yang hiba,

“Sebagai seekor perantau, sudah tentu aku tahu matlamatku. Aku telah terbang merata tempat. Namun aku masih tak jumpa apa yang aku kehendaki. Sehingga satu saat, aku…”

Baca baki entri ini »


Episod 20 : Pudarnya pesona bahasa ibunda

Jun 22, 2008

 

Saidina ‘Ali as berkata:

 

“Orang yang menuntut ilmu adalah bagaikan seorang pejuang di jalan Allah.”(Bihar al-Anwar, jilid 1, hal. 179)

 

Sewaktu menunggu ceramah disciplinary briefing di UIA, saya ada berbual dengan seorang sahabat yang kebetulan dia ketika itu terlambat, mengambil tempat untuk duduk di sebelah saya.Dia merupakan pelajar jurusan dentistry, jarang-jarang untuk terjumpa dentistry student di UIA ni lebih-lebih lagi majoriti dalam bidang kejuruteraan. Sambil-sambil berkenal-kenal, kami berbual dan menyentuh isu bahasa dalam negara ini. Setelah lama berfikir, saya sudah bersedia untuk menulis hari ini!

 

Memang tidak dinafikan, bahasa Inggeris atau ramai memanggil sebagai Lingua Franca itu sangat penting lebih-lebih lagi bahasa ini digunakan dengan begitu meluas sekali. Tetapi pada pandangan saya sendiri, dengan meletakkan pembelajaran matematik dan sains dengan platform bahasa Inggeris membawa kesan yang negatif pada pelajar sendiri. Memang pada asalnya niat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa itu adalah begitu baik, namun kaedah yang dijalankan ini tidak betul dan boleh melenyapkan bahasa kita dari aspek istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa melayu. Suatu hari, kita akan lihat istilah-istilah ini akan hilang dari kamus bahasa Melayu, kerana bahasa kita telah dijajah. Benarlah kata sahabat saya dari Darul Quran jurusan pergigian itu, Malaysia tidak mempunyai identiti dalam bahasa.

  Baca baki entri ini »


Episod 18 : Perjalanan mengenal fitrah

Jun 7, 2008

Bot yang kami naiki sewaktu merantau ke Penang

 

 

 

“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Surah Al-Mulk : 15)

 

Setiap orang sentiasa memerlukan ketenangan dalam hati. Mencari ketenangan hati itu bukanlah sukar, kerana memang bagi setiap racun yang telah Allah jadikan pasti ada penawarnya. Bagi hati, diciptakan-Nya kesusahan, kesempitan dan kegelisahan. Subhanallah, ada hikmahnya dijadikan sedemikian andai kita berfikir. Kerana ini, manusia memulakan perjalanan fitrahnya!

  Baca baki entri ini »


Episod 1: Seni Kehidupan

Februari 27, 2008

“dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.”(An-Nahl:13)

Kulihat, koloni semut yang berbaris begitu tetap dengan barisan mereka, patuh dengan pemerintah mereka tanpa bantahan dalam mencari rezeki. kulihat si lebah bertungkus lumus di siang hari terbang beribu batu demi mendapatkan madu lebih seribu bunga sehari. Kulihat pokok menari-nari ditiup angin, ombak menghempas pantai, awan berarak melindungi daratan, bumi berputar mengikut paksi, planet berjalan menerusi orbit. Beginilah kesenian ciptaan Allah, sebagai tanda kebesaran-Nya, Dia menyuruh manusia untuk berfikir tentang alam ciptaan-Nya. Tidak ada sedikitpun kecacatan ciptaan yang maha dahsyat ini;

“Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (Al-Mulk: 3-4)

Kehidupan ini begitu indah, malah keindahan yang tiada tara ini tidak dapat dinilai daripada pandangan manusia yang hanya terbatas dengan ungkapan ‘begitu, amat, sangat, cantik’, apatah lagi keindahan alam di taman syurga yang dijanjikan terhadap orang yang beriman;

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman dan berbuat kebaikan bahawa mereka disediakan syurga yang mana mengalir air di dalamnya..(Al-Baqarah:25)

Saya amat bersyukur kerana telah Allah anugerahkan jiwaku selari dengan seni. Seni yang memerhati aliran dan sunnatullah yang berlaku di dunia ini. Pada tafsiranku, seni yang  saya faham hanyalah 3; seni lukisan, seni sastera, dan seni muzik. Maka saya menafikan seni-seni yang lain termasuklah seni kulinari(masakan), seni mempertahankan diri dan lain-lain. Tetapi aku telah disangkal oleh seniorku yang turut berjiwa seni, yang mengatakan seni ini adalah ‘syumul’, antaranya seni komunikasi, seni psikologi, seni grafik dan termasuklah yang kunafikan itu. Akan tetapi, yang paling menarik adalah.. ‘SENI DAKWAH’. Inilah teknik seseorang menggunakan kemahiran untuk mempengaruhi minda muslim sekarang yang terbuai-buat dengan arus dunia yang lalai kepada jalan yang sebenar.

Sebagai satu introduksi blog ‘Seni Kehidupan’ ini, saya menggunakan inisiatif multimedia untuk meluahkan pandangan saya akan dunia yang fana ini. Dunia yang telah diciptakan untuk manusia agar kita berfikir.

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali ‘Imran:191)