Episod 169 : Mesir, Amru Al As Pernah Berkata..

Hari ini, perkara yang berlaku di Mesir adalah benar apa yang dikatakan oleh si pembebas Mesir itu. Mengingatkan situasi yang bergolak di Mesir, saya benar-benar terharu mengulangi kata-kata sahabat nabi ini.

Beliaulah Amru bin Al-As, si pembebas Mesir dari jajahan Rom.

Ini kata-katanya kepada pemuka-pemuka golongan Nasrani dan Pendeta-pendeta besar di Mesir;

“Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus Muhammad s.a.w membawa kebenaran dan untuk menyampaikan kebenaran itu. Dan sesungguhnya Baginda s.a.w  telah menunaikan tugas risalahnya kemudian berpulang setelah meninggalkan kami di jalan lurus terang benderang.

Di antara perintah-perintah yang disampaikan kepada kami adalah memberikan kemudahan bagi manusia. Maka kami menyeru kalian kepada Islam.

Barangsiapa yang memenuhi seruan kami, maka ia termasuk golongan kami, mendapat hak sepertimana hak-hak kami dan memikul kewajipan sepertimana kewajipan-kewajipan kami..

Dan barangsiapa yang tidak memenuhi seruan kami itu, kami tawarkan membayar pajak, dan kami berikan kepadanya keamanan serta perlindungan. Dan sesunggunya Nabi s.a.w kami telah memberitakan bahawa Mesir akan menjadi tanggungjawab kami untuk membebaskanna dari penjajah, dan diwasiatkan kepada kami agar berlaku baik terhadap penduduknya

Sabdanya

“Sepeninggalanku nanti, Mesir adalah menjadi kewajipan kalian untuk membebaskannya, maka perlakukanlah penduduknya dengan baik, kerana mereka masih mempunyai ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan kita!”

Maka jika kalian memenuhi seruan kami ini, hubungan kita semakin kuat dan bertambah rapat!”

‘Amr bin ‘Ash r.a menyudahi ucapannya.

dan sebahagian Pendeta mengatakan;

“Sesungguhnya hubungan silaturrahim yang diwasiatkan Nabimu itu adalah satu pendekatan dengan pandangan jauh, yang tak mungkin disuruh menghubungkan kecuali oleh Nabi..!”

Revolusi yang berlaku di Mesir hari ini disertai oleh rakyat biasa, syeikh-syeikh, peguam, ketua-ketua kristian koptik, malah ada Polis yang cabut bajunya dan sertai demonstrasi itu.

Apa yang dituntut adalah apa yang telah tercatat oleh sejarah, dan Hadis.

Pergilah kau Hosni Mubarak!

 

4 Responses to Episod 169 : Mesir, Amru Al As Pernah Berkata..

  1. realitihidupku berkata:

    wah, tak sangke peristiwa ni sperti dah diramalkan..
    masyaAllah..

  2. shazwanimansor berkata:

    salam akhi akmal….

    ana shazwani, jgk student UIAM, stdnt QS…salam perkenalan yer…:-))
    ana tertarik dgn cerita bumi yang sedang bergolak ni, Mesir…tambah2 lak skrg mmg ana sdg mengikuti perkembangan dr semasa ke semasa ttg situasi di Mesir sana. alhamdulillah, hampir keseluruhan pelajar kita di Mesir berjaya di bawa keluar blk ke Malaysi, w’pun msh ade lg yg msh stay disana di sebbkan faktor pelajaran & peperiksaan…

    sehubungan itu, bleh ye jika saya nk mintk izin dr akhi untk mengcopy artikel akhi ini (or mgkn article2 len jgk), untuk diselitkan ke dlm blog ana…insyaAllah….

  3. Akmal Hakim berkata:

    Wslm ukhti Shazwani.

    Heh, dipersilakan untuk dikongsi.

    Terima kasih atas perkongsian anda juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: