Episod 168 : Aku Arkitek Muslim [Part I]

“… senibina pun adalah anugerah Allah hasil kreativiti manusia ciptaan-Nya. Justeru, ia perlu saling diraikan antara satu sama lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat. Inilah keindahan Islam. Lagipun, ia adalah alat dakwah yang membawa makna yang cukup besar.” -Ust Ridhuan Tee

Dalam kita memahami senibina Islamik, perkara yang paling perlu kita fahami adalah terma islamik itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan islamik? Dan apa yang boleh dikaitkan dengan makna islamik itu ke dunia senibina?

Secara asas, kita sedia tahu bahawa Islam itu bererti agama, cara hidup, tetapi ‘islamik’ itu bergantung pada unsur-unsur yang kita fahami, berkaitrapat dengan tema islam dalam sesebuah aspek. Contohnya, program Islamik; satu acara yang dilaksanakan, menepati syariat, tiada unsur-unsur yang melalaikan, dan yang lebih penting, program islamik mempunyai objektif untuk menggalakkan orang ramai merasakan ‘zikrullah’.

Begitu juga kalau kita faham mengenai fesyen Islamik, temanya mungkin berbaur kecantikan. Tetapi Islamik itu dari perspektif islam, adalah cara pemakaian yang sopan, menutup aurat, menjaga maruah dan tidak berlebih-lebihan.

Manakala bagaimana pula yang boleh dikatakan sebagai seni bina Islam? Adakah cukup dengan kita membina satu bangunan yang mempunyai kubah, geometri, menghadap kiblat dsb dikatakan sebagai seni bina yang Islamik? Jika itu yang kita fikirkan, maka ini adalah pandangan yang silap.

Walaupun tidak salah untuk kita katakan masjid merupakan seni bina yang menggambarkan islamik yang penuh dengan ukiran-ukiran islamik, geometri dan kubahnya yang besar, tetapi, belum pernah lagi ada hadis yang menyatakan pembinaan yang berunsur demikian merupakan contoh yang islamik.

Ini dibuktikan bahawa sebenarnya ada pembinaan masjid sebenarnya yang tidak mempunyai unsur-unsur kubah, menara, kaligrafi tetapi fungsi utamanya tetap seperti masjid. Contohnya masjid Samarra di Iraq, bangunannya hanyalah spiral. Begitu juga beberapa masjid di China, contohnya masjid Huaisheng, Xi’an, Kowloon, yang masjidnya melambangkan seni bina Cina. Ada juga yang lebih futuristik masjidnya, seperti di Singapura. Semua ini tidak mengubah fungsi masjid, tempat utama umat Islam beribadah.

Yang menjadi salah faham di sini adalah ketika barat memandang pembinaan-pembinaan ini yang menjadi identiti umat Islam pada zaman kegemilangan Abbasiyah yang ketika itu urbanisasi turut berkembang. Andai kita berada pada zaman itu, kita juga pasti menganggap bahawa yang menjadi seni bina itu adalah manifestasi daripada pemahaman Islam adalah punca mengapa kita memandangnya sebagai ‘islamik’.

Ketika era gothik sedang berkembang dalam dunia seni binanya, kita dapat meninjau bahawa ada unsur peniruan pada seni bina mereka terhadap seni bina dari timur. Ramai yang menganggap bahawa unsur persamaan itu dicedok melalui ‘seni bina islam’ kerana tamadun Islam yang berkembang pesat. Walhal, itu hanyalah satu perkembangan teknologi daripada umat Islam.

Menyebut tentang identiti seni bina islam, kita boleh lihat pembinaan salah satu daripada 7 keajaiban dunia, yang salah satunya Taj Mahal. Taj Mahal merupakan satu seni bina yang sangat indah, dan gambaran seni bina ini seolah-olah seperti senibina masjid. Tetapi Taj Mahal hanya berfungsi sebagai tanda peringatan Sultan Shah Jehan terhadap isterinya. Sedangkan, dalam Islam, adalah satu perkara yang dilarang apabila kita membina sebuah bangunan di atas kubur.

Begitu juga pada satu zaman Umaiyah terdapat unsur-unsur  yang islamik di Istana Qusair al-Amra di Jordan, tetapi di dalamnya penuh dengan ukiran-ukiran manusia, yang mana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

Abu Talhah r.a berkata bahawa Rasul s.a.w bersabda, “Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar [Hadis riwayat Bukhari]

Maka sebenarnya kita sepatutnya tahu bahawa istilah senibina islamik sebenarnya bukan daripada figuratif, atau kelihatan Islamik, tetapi sebenarnya adalah pada nilai yang ada pada senibina itu.

Menurut pakar sejarah, senibina sebenarnya merupakan satu refleksi struktur sosial sesebuah tamadun itu. Seni bina itu terbentuk berdasarkan idea dan sosiobudaya sekitar, maka menjadilah itu sebagai sebuah identiti, yang akhirnya melahirkan tema moorish, islamik, gothik, renaissance dan moden.

Namun yang demikian, jika senibina islam itu adalah sebagai label yang membawa kebaikan, maka ada baiknya kita menggunakan istilah itu sebagai seni bina Islam. Yang demikian adalah kerana, orang ramai akan mula menganggap bahawa seni-seni yang berkaitrapat dengan geometri, teknologi kubah, dan seni penulisan khat datang daripada kebijaksanaan dan kerajinan umat Islam. Unsur-unsur inilah sebenarnya membawa impresi terhadap barat bahawa sebenarnya umat Islam ini jauh bertamadun dan bersistem. Lantas, sebagai ‘dakwah halus’ bahawa inilah addin kita.

Tidak lari juga, sebagai arkitek muslim, kita sewajarnya tidak boleh lari dari pemahaman kita tentang ilmu Islam, yang mana kita juga perlu mengutamakan unsur-unsur yang boleh membawa umat Islam terhadap mengingati-Nya. Kita juga tidak boleh membina sesuatu pembinaan yang membawa orang lain ke arah kelalaian. Adalah baik bagi arkitek muslim agar mengimplementasikan pemahaman islamnya kepada perancangannya, menggalakkan umat Islam untuk beribadah dengan lebih.

6 Responses to Episod 168 : Aku Arkitek Muslim [Part I]

  1. M. Faiz Syahmi berkata:

    dalam mempelajari senibina; pemikiran harus terbuka seluasnya atau masih dalam lingkungan islamik.?

  2. k yah berkata:

    saya setuju dgn huraian istilah ‘islamik’ tsb. bila ‘islamik’ digunakan, ia mengikat bkn semata-mata fizikalnya tetapi juga pada nilai seni yg ada padanya. mungkin ini boleh jadi teguran pada kita yang menggunakan istilah ini tanpa benar-benar faham maksudnya dgn menyeluruh.

  3. Akmal Hakim berkata:

    @ Faiz, sebagai seorang muslim, tidak dapat tidak kita mesti mempunyai built-in jiwa yang Islam. Kita seboleh-bolehnya nak menjaga agama, namun kita tidak mengetepikan membuka seluas-luasnya pemikiran kita dari memandang dan memahami lebih luas dunia seni bina.

    Ilmu dalam seni bina ini ibarat kita memakai satu spek mata arkitek, melihat seperti pandangan arkitek, menafsirnya tetap tidak melarikan jiwa kita dari sifat muslim yang sebenar.

    Seorang arkitek muslim perlu sentiasa mempunyai objektif dalam designnya dengan memelihara :

    Addin – Agama
    Annafsi – Kehidupan
    Al-‘aqal – Ilmu
    Zuriyat – Keturunan
    Mal – Harta

  4. Akmal Hakim berkata:

    @ k yah, benar!

    Islamic Fashion, bukanlah seperti yang kita lihat sepertimana gambaran di Eropah, yang mengenakan kain tudung tetapi ada belahan di kaki, pakaian yang menjolok mata dsb. Itu menjadikan terma Islamik itu sebagai satu BUDAYA bukan berAGAMA.

    Islamik itu adalah tentang unsur-unsur yang menjadikan sesuatu kita memandangnya sebagai ibadah, bukan setakat luaran.
    Pelihara!

  5. M. Faiz Syahmi berkata:

    jika begitu., saat belajar erti sebenar arkitek inilah kita harus terjah segala pelusuk dunia senibina tanpa dinding penghalang litup pemikiran kan.?

    haruslah.🙂

  6. Akmal Hakim berkata:

    Itu betul M. Faiz Syahmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: