Episod 167 : Berhutang Rindu

Satu keajaiban Allah adalah Dia mencipta satu organ yang sangat menakjubkan. Kita tidak rasa, kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi ia bekerja untuk kita, mendapatkan maklumat, menyimpan data, memberi tugasan, dan sudah tentu ‘brainstorm’ diri ini untuk menulis di sini.

Kadang-kadang kita tertanya, bagaimana kita rasa teringat terhadap orang-orang yang pernah kita mengenalinya satu masa dahulu. Rasa rindu, teringin nak bertemu.

Itulah hebatnya ‘design otak’.

Dalam kajian neurologi, sesuatu yang berkait rapat dengan emosi, samada sedih, gembira, marah dsb, kita mampu ingat lebih daripada kita cuba mengingati dengan usaha. Adalah mustahil kita tidak mampu mengingati kisah sedih, gembira, malang, yang pernah menimpa kita suatu ketika dahulu. (Kecuali kita pernah mengalami amnesia, Hyperthymesia, atau Alzheimer)

Mungkin kisah anda menangis-nangis nak beli patung permainan Ultraman ketika kecil dahulu? (heh, itu saya)

Allah jadikan prefrontal cortex atau frontal lobe otak sebagai penyimpan maklumat terulung, dan amygdala sebagai expresi emosi kita ketikamana kita bertembung dengan suatu situasi. Ketika kita mengenali rakan-rakan kita, sedih, tawa, semua itu tersimpan dalam memori. Diikat ketat-ketat dalam memori.

Akhirnya kita memanggilnya sebagai rindu.

TERINGAT

Baru-baru ini saya baru sahaja selesai Kem Jambori Remaja Muslim (JIRIM) yang diadakan di Ulu Yam. Saya diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi kumpulan 16.

Ketika saya melihat kumpulan 3 daripada fasilitator Bilal makan aiskrim membelanja peserta grupnya, saya turut membeli untuk adik-adik kumpulan saya.

Tetapi malangnya, peserta sebenarnya tidak dibenarkan membeli makanan-makanan luar.

Perkara tersebut kami fasilitator berlaku miscommunication dengan pihak kem komandan, apatah lagi adik-adik terus menikmati aiskrim yang dibelanja. Kami tidak tahu!

“Abang Akmal, bukan ke aiskrim dilarang beli waktu kem?” Kata Faris, tapi masih selamba menyuapkan aiskrim ke dalam mulut.

Apa yang berlaku?

“Yang makan aiskrim tunggu disitu!”, kata kem komandan sambil mengumpul peserta-peserta lain.

Saya dan Bilal tersenyum. Habislah~

Denda itu (bridging), peserta-peserta kena. Saya dan Bilal join bersama.

“Ok, bertahan!”, saya turun mengenyitkan mata kepada ahli kumpulan. Mereka semua tersenyum dan rasa enjoy pula didenda.

Mana tidaknya, kerana aiskrim itulah menjadi memori kami.

“Apa lagi, yang mengajak kemungkaran pun kena buat sekali lah kan? :P”, kata Bilal

Heh. Sekarang dah berjangkit rindu pada mereka rasanya.

"Kami skuad aiskrim!" kata mereka

RINDU ITU MAGNET

Baru sahaja sebentar tadi, kerana rindu berbahasa, rakan-rakan lama yang jauh sanggup datang. Antara kami, memang lama sungguh tidak berjumpa. Ada peluang, tiba-tiba ada pula yang malang. Nak berfacebook, YM, tidak senikmat pertemuan mata bertemu mata, berbual-bual lama.

Kerana memori telah ditulis dengan sedih tawa riang ketawa, berjuang bersama untuk kejayaan dunia dan akhirat itu adalah punca mengapa kami jauh di mata dekat hati. Tapi mahu tak mahu, rasa ingin dekat di mata adalah mesti.

Rindu itu sebenarnya adalah rasa untuk kita ingin kembali, bertemu, rasa mengenali siapa kita yang dahulu. Dan siapa kamu yang sekarang.

“Rindu itu anugerah Allah, pengikat hati tanda sayang..”

[Terima kasih Afnan, Firdaus dan Aidil yang melepas rindu :P]

RINDU ITU FITRAH

Mak selalu pesan kepada saya untuk sentiasa menelefon atuk, bertanya khabar. Mana tidaknya, kadang-kadang saya ni bukan main sibuk, mesti lupa. Sikap atuk, dia ni selalu ingat akan cucu-cucunya. Alhamdulillah, keluarga belah mak, cucu-cucu atuk ni selalu sahaja berkongsi bual dengan atuk & wan kesayangan kami.

Atuk seolah-olah rasa sangat dihargai bila dihubungi. Kami pula rasa suka, terutamanya atuk selalu bagi doa-doa hafalan untuk kami amalkan, setiap masa, sesuatu keadaan.

Saya teringat satu kata pujangga mat salleh, what goes around comes around. Hari ini kita mengingati orang tua kita, esok lusa, insyaAllah kita juga akan diingati.

Bagi orang tua, inilah rasa penghargaan. Mereka di kampung bukannya ada apa, tetapi di hati mereka penuh dengan rindu-rindu anak cucu yang sibuk di seluruh pelusuk dunia.

RINDU ITU PERENCAH CINTA

Kata orang yang berpengalaman, adakalanya buat suami isteri itu mesti ada tempoh mereka berpisah buat sementara. Kadang-kadang asyik bertemu orang yang sama, membuatkan ‘rasa biasa’. Rasa berjauhan itu mewujudkan rasa rindu, itulah ketika rasa cinta berbunga kembali.

“Apa yang dia buat di sana ye?”

“Lama dah tak rasa masakan isteri di rumah…”

Walaupun tak dinafikan zaman moden sekarang YM, Facebook, Friendster, semua itu boleh jadi pengubat rindu. Sesetengah orang katanya laman sosial itu penghapus rindu.

Tetapi yang paling penting, rasa berjauhan atau kehilangan sementara sebenarnya membuatkan seseorang itu rasa ingin menghargainya kembali. Rasa ingin bersama.

Maka kadang-kadang, ada baiknya kita ‘cipta rindu’.

Amboi.

RINDU?

Mungkin di atas saya banyak menyebutkan kisah-kisah tentang rindu. Kita akan ingat perkara-perkara yang kita nampak, yang kita merasainya. Tetapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya.

Masakan kita mampu rasa rindu jika kita tidak nampak, tidak pernah jumpa, tidak pernah bertemu?

Soalan itu adalah berkenaan KITA dan TUHAN. KITA dan NABI.

Bahawa yang sebenarnya kita tidak sedar yang kita rindu terhadap Allah itu sebenarnya sentiasa wujud dalam diri kita. Kita sentiasa inginkan pertolongan-Nya, sentiasa inginkan kekuatan dari-Nya.

Kerana apa? Berikut ada sebuah hadis mengapa:

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadis qudsi Allah berfirman. “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

HUTANG RINDU PADA TUHANMU

Kadang-kadang kita perlu bertanya, mengapa kita masih belum mampu mewujudkan rasa rindu kepada tuhan yang memberi rindu itu.  Dari situ kita mula menyedari, di manakah ibadah kita merasakan kewujudannya sebagai pengharapan kita,  bagaimanakah kita melaksanakan ibadah-ibadah itu. Sedangkan kita ini hamba, dan akan kembali kepada-Nya.

Bukankah indah andai kita kembali kepada-Nya dalam keadaan kita merinduinya? Ibarat sang perindu bertemu yang dicintainya?


Di dalam sebuah buku tulisan Dr. Majdi Al-Hilali, ‘Aku Rindu Pada Allah’ ada dituliskan 3 cara merindui dan mencintai Allah.

Pertama

Kita harus dekat dengan Al-Quran dan wujudkan komitmen di dalam diri untuk melaksanakan perintah Allah seperti yang terkandung di dalam kitab suci itu. Kita harus sedar apabila kita membacanya adalah dengan tujuan cuba memahami apa yang dibaca dan bersungguh-sungguh membaca dengan tartil serta cuba untuk menangis ketika membacanya.

Kita renung sedikit hadis ini,

“Siapa yang merasa senang dapat mencintai Allah dan RasulNya, maka hendaklah dia membaca al-Quran” (Hasan – Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim , Al-Baihaqi)

Allah menggunakan kaedah pengulangan dalam memberi pemahaman kepada kita dengan cara penyampaian yang berbeza di dalam kitab sucinya. Kaedah ini cenderung untuk memberi keyakinan kepada akal dan mempengaruhi perasaan.

Mari kita bersama-sama menjadikan Al-Quran sebagai aktiviti prioriti di dalam setiap hari-hari kehidupan kita. Jangan biarkan hari berlalu tanpa membaca Al-Quran dan maknanya. Biar satu ayat sahaja dibaca, tetapi jikalau kita konsisten, maka itu sudah cukup bermakna. Janganlah kita menjadi manusia yang membaca buku keduniaan bertimbun-timbun, tetapi Al-Quran sekali sekala sahaja dijenguk. Selain itu, kita juga harus membiasakan diri membaca hadis-hadis Rasulullah saw.

Saya petik lagi kata-kata Ibnu Rajab yang diperolehi melalui buku ini iaitu :

Mendengarkan Al-Quran itu sama sahaja dengan menumbuhkan Al-Quran dalam hati, sebagaimana air mampu menumbuhkan sayur-sayuran

Kedua

Anda boleh baca secara detail pada halaman 239. Secara kasarnya, kaedah kedua ialah kaedah yang cuba mengajak kita berfikir balik tentang alam dan seluruh kehidupan kita. Dari situ kita akan nampak bukti-bukti keagungan Allah.

“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? Dan kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)” (Surah Qaf – 6-8)

Ketiga

Melakukan perbuatan-perbuatan soleh. Boleh dibaca pada halaman 248. Di sini, saya suma ringkaskan sahaja. Melalui buku Aku Rindu Pada Allah, penulis memberi 6 contoh perbuatan soleh itu. Berikut ringkasannya :

Kita harus belajar mengingati nikmat-nikmat Allah. Kata penulis, kita terlalu sibuk menimbun nikmat-nikmat sahaja tanpa kita sempat memperhatikan pemberi nikmat-nikmat itu. Apabila kita suka berfikir tentang nikmat Allah, maka secara tidak langsung akan membantu kita sentiasa bersyukur. Ajaklah orang lain untuk berfikir-fikir tentang perkara sama. Wujudkan diskusi dan sembang-sembanglah sesama kawan-kawan yang bertemakan tentang nikmat-nikmat Allah.

Ambillah pelajaran daripada setiap apa yang berlaku di seluruh kehidupan kita. Kejadian yang terjadi pada diri kita sendiri juga harus dilihat sebagai pengajaran dan bukti-bukti cinta kasih Allah kepada kita. Setiap orang ada jalan kehidupannya yang tersendiri. Ada kehidupan yang susah dan ada kehidupan yang senang. Semuanya itu mengandungi makna yang bukan sia-sia dan memerlukan mata hati kita untuk memerhatinya betul-betul, bukanlah semata-mata untuk menjadi alasan kepada kita berburuk sangka kepada Allah.

Katanya juga, banyakkanlah mengunjungi orang sakit, orang miskin, anak yatim, penjara, kawasan peperangan, orang kurang paya dan sebagainya. Apabila kita melihat mereka, secara tidak langsung akan mewujudkan rasa syukur di dalam diri.

Susah mana pun kita, ada lagi orang yang susah.

Ramai sahaja orang merasa bahawa dia diberi kesusahan, tapi ramai lagi orang yang lupa bahawa Allah telah memberi nikmat yang lain yang jauh berlipatkaliganda.

Berbaik sangkalah terhadap-Nya. Redha setiap pemberian-Nya.

Banyakkanlah ucapan Alhamdulillah. Jangan sombong.

Yang paling penting, ajarilah orang lain untuk turut sama, merindui-Nya.

P/s : Jom rindu merindui!

10 Responses to Episod 167 : Berhutang Rindu

  1. afnan berkata:

    aslm akmal… ak bc entri ko ni ms tgh dgr lagu sentimental… pergh!!! mmg terasa…anyway, apa yg ak harap…ukhwah ni akn kekal…hatta smpi d akhirat… dan 1 lg, ak doakn semoga kita… menjadi antara org yg bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah sprtmana hadis nabi tu…wish u gud luck akmal =)….

    Akmal Hakim : eceh :)) selamat berjaya kepada anda juga. KEMM kita jumpa lagi eh?

  2. Sarah Maimun Aqsha berkata:

    like this post! n like the book too!

    These, area simple steps that could miraculously bridge our differences, but often than not, most difficult to do. Why?

    communicate
    be compassionate,
    articulate,
    appreciate,

    last but not least,

    supplicate (to Allah – All Mighty)

    Akmal Hakim : Tulisan Dr. Majdi Al-Hilali sangat baik. Cuba baca buku2nya yang lain..

  3. zahir berkata:

    best artikel..
    syukran, atas kongsian pengalaman..
    banyak ibra yang ana dpt..

    Akmal Hakim : jzk akh. sama2 berkongsi.

  4. firdausmuhammad berkata:

    speechless =)

    aku rase first tyme nama aku kat blog ko.. rasenyela..

    rindu saat kite sume bertemu,
    aku yakin, saat itu pasti tiba lagi, tapi mungkin bukan di UIA, tapi di UTP.. =)

    Akmal Hakim : Hah, kenapa kat UTP plak? Kalau tak mo macam mana?

  5. Azam Husni® berkata:

    Rasa macam nak dengar lagu Bingkisan Rindu-FarEast pula.. =)

  6. sina berkata:

    salam.

    seronok baca entry2 kat sini. semoga istiqamah mmenyumbang fikrah🙂

    Akmal Hakim : syukran. semoga mendapat hikmah~

  7. bilal_j berkata:

    Saya tak bersalah. ^_^

    Actually, ana serba salah bila tengok depa kena denda. Anyway, lepas tu Komandan Aizat datang dan minta maaf kerana denda Fasi. Komandan Aizat tak perlu minta maaf, sebab memang kami salah.

    Kalau komandan Aizat baca komen ni, ana ucapkan, “Anda mmg yang terbaik! Terima kasih kerana menyedarkan saya dan Akmal”. ^_^

    Akmal Hakim : Betul!

  8. Akmal Hakim berkata:

    Saudara Azam Ahmed berkata, “sebab tu hikmahnya kawin 4, rindu sana, rindu sini”😛

  9. faris berkata:

    wah…teruja saya. Terkenang pulak skuad aiskrim bilamana membaca tulisan abang ni. Thanks sebab abang punya idea telah membuatkan saya sentiasa terkenang waktu kena denda dulu..

  10. yusrar_azira berkata:

    Syukran..suke baca artikel kat cni..mgkn sdare akmal bleh kmbangkan bkat mnulis dan idea dgn bkongsi idea di blog ustaz pahrol..,gentarasa.com..cara beliau mnulis mmg superb!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: