Episod 161 : Kerana Gaya Kita Berfikir Ini..

“Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah” [HR. Al-Baihaqi]

Kita memang rasa puas jika dalam hidup ini kurang gangguan, tiada apa yang menghalang. Mungkin juga kita rasa tak selesa jika ada waktu yang menyebabkan kita diganggu, terganggu atau terpaksa menerima masalah yang bukan kita mulakan. Ketika itu mulalah rasa kecewa, marah, malah ada yang ingin memuaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Andaikan di satu pagi Isnin, anda perlu mengambil peperiksaan pada pukul 8.00 pagi. Malangnya pagi itu pula air tiada.

Mungkin ketika itu, anda memilih untuk kecewa. Anda memaki hamun pihak universiti kerana tidak bertanggungjawab. Anda mengatakan mereka tidak cukup duit untuk bayar bil air.

Pagi anda ketika itu dalam keadaan yang panas. Sakit hati. Anda beritahu rakan-rakan anda keburukan universiti itu. Anda tangguh untuk mandi, hanya mencari air untuk berwudhuk di pagi Subuh itu.

Seusai sahaja waktu Subuh, anda melengahkan diri daripada mandi dengan mengulangkaji sedikit, kerana anda fikir ramai lagi yang beratur untuk mandi. 20 minit sebelum mula periksa, barulah anda terhegeh-hegeh untuk mencari air.

Dalam keadaan yang tergesa, anda sendiri tidak puas mandi, berkejar pula kebilik untuk menyiapkan diri. Rakan-rakan anda yang lain semua sudah siap sedia pakai kasut untuk ke dewan peperiksaan.

Ketika itu anda mula panik.

Pakaian tidak kemas, baju tidak gosok, peralatan tidak tersedia. Hari itu anda merasa hari yang malang. Semuanya tetap lagi salah universiti.

Jam tepat pukul 8.00 pagi, anda masih belum pakai stoking dan kasut. Anda bekejar itu ini, malangnya anda tertinggal kalkulator! Terpaksa patah balik untuk dapatkan kalkulator dan kembali ke dewan peperiksaan.

Anda memulakan peperiksaan dengan hari yang penuh bencana, penuh masalah. Ketika itu anda hilang konsentrasi dalam menjawab peperiksaan. Minda anda terganggu.

Akhirnya anda dapat keputusan yang mengecewakan. Hanya kerana tindakan anda yang satu itu!

Seorang cendiakawan barat ada menyatakan situasi ini seperti ini :

“Hanya 10 peratus yang berlaku dalam dunia ini perkara yang kita tidak boleh kawal. 90 peratus lagi adalah bergantung pada apa tindakan kita sendiri”

Bermakna, sebenarnya apa yang berlaku di sekeliling kita ini, hanya 10% kita memang tidak dapat untuk menyalahinya. Itu memang di luar kuasa kita.

Selebihnya adalah berbeza. Ia ditentukan berdasarkan tindakan kita, apa yang kita pilih ketika hal itu berlaku.

Analoginya, kita tidak dapat mengawal lampu isyarat merah (masalah 10%), tetapi kita mampu mengawal tindakan kita. Merah tanda berhenti, tetapi ada yang masih melaju. Kerana laju itu penyebab kemalangan, sedangkan jika berhenti, kita memilih jalan selamat.

Berbalik kepada hal persediaan anda tentang peperiksaan tadi, siapakah salahnya?

a) Salah air?
b) Salah universiti?
c) Salah orang lain?
d) Salah diri sendiri?

Tidak ada jawapan yang lebih logik kalau bukan salah diri sendiri. Kerana tindakan anda yang seminit itulah merosakkan hari anda.

Sepatutnya begini yang berlaku :

Bekalan air ketika itu tidak ada. Anda mengejutkan rakan-rakan yang lain untuk bersedia mencari air. Mungkin ada rakan-rakan anda yang kecewa, tetapi anda meyakinkan mereka “ini mungkin ujian sebelum ujian”. Pagi itu anda dilimpahi berkat.

Dalam tempoh yang sejam, anda membaca ma’thurat untuk dapatkan ketenangan. Anda kemudian menyediakan barang-barang perkakas untuk peperiksaan. Selebihnya anda sempat berdiskusi dengan rakan-rakan tentang pemahaman subjek peperiksaan.

10 minit sebelum peperiksaan, anda dan rakan-rakan telah berada di hadapan dewan, mula bersedia. Anda sempat berdoa untuk melapangkan dada, dan melangkah masuk dengan kaki kanan.

Hari itu lapang, anda mampu menjawab dengan tenang. Hanya kerana anda memilih tindakan yang bijak.

Lihatlah perbezaannya.

Dua senario yang berbeza. Kedua-duanya mula dengan perkara yang sama. Kedua-duanya berakhir dengan pengakhiran yang berbeza.

Mengapa?

Kerana tindakan kita yang satu itu.

10% yang berlaku di sekeliling kita, kita tidak dapat mengawalnya. Selebihnya, 90% itulah yang menentukan berdasar apa yang kita bertindak.

Prinsip 10/90 ini adalah satu kesan yang sangat menakjubkan jika kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ramai orang di sekeliling kita mengalami stres dan kemurungan dalam kehidupanya. Ramai juga yang menghadapi masalah kehidupannya, sedangkan mereka tidak sedar-sedar semua itu berpunca hanya daripada tindakan kecil mereka yang silap.

Ubahlah gaya berfikir, bertindaklah dengan tepat!

5 Responses to Episod 161 : Kerana Gaya Kita Berfikir Ini..

  1. aireensamirah berkata:

    Welcome back Akmal.
    feeling good to read something for u again.

    i believe in this theory too, that we have the major power to control the situation even sometimes fate decide the beginning.
    how we face it, that’s the important thing🙂

    i wrote about this theory too once in my blog.
    “Teori Kopi Tumpah”. The same theory, but differ in the example i used.

  2. Ramai orang yang gagal dalam hidup ini bukan kerana nasib tidak menyebelahi mereka bahkan mereka sendirilah yang tidak menyebelahi diri sendiri.

    Lapang dada dan bersangka baik bukan sahaja mengeluarkan kita dari ribut masalah, lebih dari itu ia memberikan kesempatan kepada kita untuk melihat persekitaran sewajarnya.

  3. farah sakinah berkata:

    salam..welcome back~
    Agak lama blog tidak diupdate.. blog saya juga..

    Entri yang benar-benar mendidik diri ini utk lebih bersabar dan belajar mengawal keadaan..
    Syukran..

    Walaupun banyak halangan yang menimpa, segalanya terletak di akal dan iman kita untuk menilai dan membuat keputusan yang terbaik..

    “do the first thing right at the first time”
    dan
    “utamakan yang lebih utama”

    so, all the best and keep on writing..
    wasalam..

  4. khairulorama berkata:

    berubah gaya pemikiran permulaan sebuah perubahan bangsa..

  5. Akmal Hakim berkata:

    Itulah pasal. Ramai orang lebih suka ber’model’kan diri sendiri daripada menilai cara orang lain. One-sided.

    Bagi saya, kesilapan yang paling besar adalah tidak bertanya apa yang kita silap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: