Episod 160 : Bayaran Sebuah Pendakian

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap Istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.” [Surah Ahqaf : 13]

Dahulu setiap kali saya melihat seseorang yang hebat-hebat, saya selalu percaya bahawa apa yang ada pada mereka adalah hanya daripada bakatnya semulajadinya sendiri.  Seorang yang pakar dalam selok-belok komputer, kerana bakatnya. Pelumba lari, kerana staminanya. Seorang yang bijak, kerana otaknya.

Rupa-rupanya itu tidak betul.

Tidak ada sesiapa yang boleh melangkah lebih maju kehadapan bersendirian. Tiada yang boleh menjadi juara kalau bukan dengan latihan yang bertubi-tubi. Itulah tapak(base) yang paling asas bagaimana seseorang itu boleh mendirikan bangunan bakatnya setinggi-tingginya.

Mereka yang berjaya di mata kita adalah mereka-mereka yang berulang kali menempuh kegagalan. Mereka yang belajar dari kegagalan bukan bererti belajar dari negatif. Tetapi belajar dari kesilapan  yang mempimpin dirinya untuk imun dari menjadikan punca kegagalan berulang.

Bagaimana mereka mencapai kejayaan itu?

BAYARAN SEBUAH PENDAKIAN

Seringkali saya peringatkan adik-adik kenalan saya bahawa dalam kehidupan ini memerlukan proses. Ibarat kita mendaki sebuah gunung yang sangat tinggi. Puncaknya itu matlamat kita. Apa yang perlu dilakukan hanyalah tahu bahawa kita perlu terus melangkah.

Jika letih berhenti, kemudian teruskan kembali. Usaha itu berbaloi sepenuhnya setelah seseorang itu enggan berhenti.

Tiada sebab untuk kita terkejar-kejar.

Sudah tentu tiada sebab juga kita perlu berpatah balik.

Kenapa apabila kita telah meletakkan matlamat, membayar usahanya, melakar pelannya tetapi menarik diri kemudiannya? Ibarat seseorang yang ingin menyediakan sesebuah masakan, membeli segala resipi, tetapi gagal memasaknya. Bukankah itu satu yang merugikan?

MENDAKI KE GUNUNG YANG SALAH

Di dalam artikel ‘membayar zakat sebuah bakat’, saya ada menyatakan tentang bakat yang mendapat tempat. Seseorang itu boleh berusaha untuk mendapatkan tempat bakatnya dengan berusaha sedikit demi sedikit. Namun, kali ini saya belajar bahawa tidak semestinya seseorang itu mudah mendapatkan tempat pada bakatnya.

Seseorang itu berkemungkinan juga tidak berjaya memberi tempat kepada bakatnya sendiri.

Meskipun minat, usaha, tetap tidak berbaloi.

Saya menemui beberapa orang yang memberitahu bahawa dia tidak mampu mengubah keputusan pelajarannya. Keputusan yang melibatkan ‘orang ketiga’ yang mempengaruhinya. Lalu dia terpaksa meneruskan apa yang telah ditentukan.

Dalam hal ini, saya tidak menafikan ada yang mampu berjaya dengan lebih baik. Namun ada yang terkecuali terutamanya bakatnya dan minatnya disekat, kerana dia dipaksa memilih gunung yang lain!

Katakan anda boleh mendaki gunung yang tebal, anda juga mungkin boleh mendaki gunung yang berbatu-batu. Tetapi belum tentu anda boleh mendaki gunung yang bersalji, kerana badan anda berkemungkinan tidak tahan sejuk.

Hal seringkali saya jumpa khususnya dalam  bidang yang sama dengan saya. Ada sesetengah yang memang tidak boleh melukis, tidak boleh mewarna tetapi dia terpaksa menerima jurusan seni bina. Mungkin semangatnya dalam belajar membuatkan dia meneruskan apa yang ada.

Saya pernah dikongsi oleh seorang rakan yang kecewa dengan keadaan ini. Masakan tidak, seseorang yang selalu skor ketika di sekolah tetapi kerap mendapat markah yang rendah lantaran projek-projek yang melibatkan kemahiran, tentu sekali sangat mengecewakan!

Walaupun kes ini sebahagian kecil, tetapi langkah kita perlu berjaga-jaga supaya tidak silap memilih gunung yang pasti kita daki hingga ke puncak.

Bagaimana?

Merancang. Bayarlah sebuah pendakian yang mantap dengan merancang, mengetahui ‘sense of purpose’ , dan bagaimana perjalanan kita terhadap gunung yang kita pilih itu.

PENDAKIAN SEBUAH KEHIDUPAN

Kalaulah perjalanan  kita menempuh kehidupan ini ibarat sebuah pendakian, bermakna kita ini sentiasa perlu menjadi lebih baik.

Dalam menuntut ilmu, kita mendaki

Dalam mempererat silaturrahim, kita mendaki

Dalam memperbaik amal dan pahala, kita mendaki

Justeru, sebenarnya kita sepatutnya memandang ke atas dan meneruskan pendakian, selangkah demi selangkah. Memang adakalanya kita terjatuh, tersungkur atau letih dalam pendakian itu, tetapi demikianlah yang menjadi batu-bata semangat supaya kita menjadi lebih kukuh meneruskan liku-liku kehidupan ini.

Ingatlah, kalau bukan kita mendaki, bermakna kita sedang menjatuhkan diri.

Kita membiarkan diri di tengah-tengah pendakian, membiarkan diri tersesat arah. Lalu di manakah arah kita ketika itu? Seolah-olah kita telah membazir waktu, bekerja separuh hari.

Mengapa tidak jika kita berada di sebuah gunung, kita meneruskan perjalanan itu, biarkan selangkah demi selangkah?

Masih teringat lagi satu ketika kami pelajar senibina asasi UIA, telah diarahkan untuk menyiapkan projek melukis potret rakan sebelah. Bagi saya untuk melukis potret ini bukanlah kerja yang mudah, apatah lagi tugasan ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Perjalanan saya bersama rakan saya, Anas ke Pasar Seni, telah memberikan saya satu motivasi. Sempat saya bertanya kepada salah seorang pelukis veteran dalam melukis potret . Saya telah ditanya dahulu;

“If you climb a mountain what should you do?”, dan kemudiannya dia menerangkan;

“Whereever you go, you ask people, even the succesful one, theres only one 1 secret of success in life. Just keep doing it

Itulah dia kita membayar sebuah pendakian itu dengan iltizam!

“]

Betapa jika kita ingin berjaya, tak kiralah mempunyai matlamat yang besar, resourse yang cukup, perancangan yang tepat, tetapi andai usaha tidak kemana, masakan kita sampai ke puncaknya?

Ini adalah entri, pesanan buat diri, sebelum orang lain.

11 Responses to Episod 160 : Bayaran Sebuah Pendakian

  1. Akmal Hakim berkata:

    Alhamdulillah😀.. Dalam proses berubat~

    Moga dijauhkan dari niat jahat~

  2. smart.citizen berkata:

    SubhanAllah… nice blogs… salam…

    regards
    http://www.ardypurnawansani.wordpress.com

  3. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ smart.citizen,

    Ya blognya memang nice~ Harap tuannya sekali~

    Segala ilmu, hikmah dan kelebihan adalah dari-Nya~🙂

  4. m.me berkata:

    nice…

  5. aireensamirah berkata:

    “Whereever you go, you ask people, even the succesful one, theres only one 1 secret of success in life. Just keep doing it”

    Love it. Simple yet powerful🙂

  6. durakhyar berkata:

    artikel yang menarik

  7. Akmal Hakim berkata:

    Perlu ingat, dalam hidup ini banyak perkara kita tak sedar bahawa kita memang sedang mendaki. Tetapi ramai yang cepat ‘give up’ kerana tak yakin.

    Cuba ingat, dulu kecil-kecil tulisan punyalah teruk~ Tapi bezakan dengan tulisan hari ini🙂 Dari situlah anda mendaki dan anda capai kemuncaknya.

    Begitu juga, kalau kita belajar English Language, kenapa belajar punyalah bertahun-tahun tapi masih tak dapat dikuasai? Mungkin alat-alat untuk kita mendaki atau kita masih kurang dapat mengadaptasi pendakian tu.

    Apa yang penting?

    Teruskan sahaja, InsyaAllah kita akan sampai tahap master tu!
    😉

  8. yusrar berkata:

    nothing i can say..
    i’m crying..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: