Episod 159 : Pilihan Yang Memeningkan

“Tidak kecewa orang yang istikharah (memohon pilihan yang lebih baik dari Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak akan melarat orang yang hidup hemat. [Hadis Riwayat At-Thabrani]”

Baru-baru ini, saya kerap kali dihubungi oleh pelajar lepasan SPM, bertanyakan pendapat tentang pemilihan kursus yang akan diceburi. Raya-rata masih ramai yang keliru dan tidak pasti dalam memilih. Pilihan sangat banyak, tawaran sangat banyak. Ada yang cuba memilih tetapi tak dapat. Ada pula yang dapat tawaran, tapi tak mahu.

Malah ada juga yang mengalami masalah kerana pilihannya dikekang oleh keluarga. Tersedak dari memilih.

Semuanya memang sangat memeningkan.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan life-decision-making ini?

Saya bukanlah seorang motivator atau pakar dalam menyelesaikan masalah.

Manusia semua memang diciptakan bersama masalah. Kerana manusia itu penyelesai masalah. Jadi mari kita lihat masalah dalam konteks ini ; membuat keputusan.

MEMBUAT KEPUTUSAN = KATA PUTUS

Membuat keputusan memang selalu mencabar, lebih-lebih lagi apabila keputusan itu melibatkan emosi dan nilai diri. Emosi memberi impak pada kebolehan kita untuk berfikir secara rasional dan mendengar intuisi diri. Tambah pula dalam situasi yang melibatkan life decision making. Sudah tentu emosi turut terlibat.

Ada yang datang memberi komen dalam blog saya menceritakan situasinya, minat seni bina sejak dulu, tetapi hampir dilupakan selepas SPM. Pemilihannya lebih kepada bidang kejuruteraan. Sehinggalah satu saat, termasuk dalam satu environment yang menceritakan tentang seni bina, kembali mengingatkannnya tentang dunia ini. Hah, apa lagi, tiba-tiba jadi keliru pula.

Dalam situasi ini saya sendiri pernah mengalaminya. Menjadi seorang arkitek memang cita-cita saya sejak kecil. Namun di pertengahan jalan mencari cita-cita itu, datang orang lain yang memberikan keyakinan untuk bidang yang lain, nampak lebih menarik. Saya mengambil keputusan mengkaji kembali sebab dan musabab pemilihan saya, masa depan dan kesinambungan semuanya. Akhirnya saya bertegas untuk setia bersama dunia seni bina.

Adapun di tengah-tengah jalan seni bina, dunia healthcare datang menyapa. Apatah lagi sewaktu sekolah menengah, subjek biologi adalah subjek yang paling saya suka. Seolah-olah ketika itu ingin ‘tuma’ninah’ dan cuba mengambil peluang untuk mendaftar ke Mesir bidang medik. Apa kes pula..

Semua ini datang biasanya kerana external factor yang mempengaruhi.

Itu memang biasa. Seperti datangnya seorang salesman yang memberikan keyakinan untuk membeli produknya, walaupun hakikatnya anda bertegas untuk tidak membeli barang itu. Sedikit demi sedikit si penjual mempengaruhi agar produknya dibeli.

Dalam situasi ini saya belajar setiap kali membuat keputusan yang berat saya akan;

1) Hilangkan emosi negatif dengan melakukan sesuatu yang menenangkan, mendengar intuisi dalam minda yang selesa. Perbanyakkan istikharah.

2) Tegaskan pendirian dalam hal menentukan masa depan apa yang akan dipilih, matlamat yang akan dituju dan kemana pengakhirannya sehingga ke akhir hayat

3) Bergantung pada yang lebih arif ketikamana kita tahu bahawa keputusan itu kita kurang pasti, dan kita perlu mendapatkan pandangan orang yang lebih berpengalaman.

Saya belajar bahawa sebenarnya yang paling penting tak perlu terlalu berfikir atau menganalisa sesuatu keputusan. Kita boleh meyakinkan diri dengan apa perkara jika datang sesuatu keadaan yang menjadikan kita keliru. Kalau rasa tak boleh nak ambil bidang sains hayat, usah fikir tentang itu. Malah, jangan memandai isi borang dalam bidang yang berkaitan dengan itu.

Yang penting, bebaskan diri dari belenggu kerisauan yang menyebabkan anda keliru menetapkan keputusan secara rasional.

Harap, ini menjawab kebanyakan soalan yang dilontarkan pada entri ‘keliru memilih masa depan

p/s : Elakkan terlalu berfikir tentang sesebuah keputusan. Ia menghala sebuah keputusan yang menyebabkan rasa menyesal.

One Response to Episod 159 : Pilihan Yang Memeningkan

  1. Nor Aizat berkata:

    salam alaik..

    wah, akmal, dah jadi macam doktor kerjaya plak..
    ehehe..bgus bgus..

    jadi nta mcm mana? dapt tunaikan PILIHAN nta atau akan masih di Malaysia ni?

    singgah2 la UIA lg..
    ana dah masuk UIA balik ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: