Episod 158 : Sedapnya Mulut

“Kebanyakan dosa anak Adam karena lidahnya” (Hadis Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)


Sebenarnya tidak ada masalah jika kita minat dalam bidang yang kita ingin ceburi. Kita juga tidak ada masalah andai kita mempunyai pendapat sendiri. Tetapi adakalanya kita perlu melihat apa yang kita sebut itu, berbaloi atau tidak. Satu lagi, ambil kira reaksi orang lain apabila mereka membaca apa yang kita kata.

“The wise speak when they have something to say. Fools – when they have to say something”

Saya pernah ditanya pendapat oleh rakan saya, bahawa ada seorang saudaranya obses politik. Katanya, saudara itu sehingga tergamak menyatakan begini;

“Lebih baik berkawan dengan orang kafir daripada orang Islam yang fasik”

Jika diikutkan, memanglah nampak biasa-biasa sahaja, hanya berbentuk provokatif. Tetapi cuba kalau kita terjemahkan secara mendalam, perkataan itu membawa erti..

“Lebih baik berkawan dengan orang yang derhaka kepada Allah dari orang Islam yang banyak dosa”

Kita sebenarnya mempertaruhkan akidah kita hanya dengan kata-kata yang sangat-sangat ‘tidak bijak’. Walaupun hanya untuk menyampaikan mesej benci pada orang yang kononnya fasik itu, jangan lupa bahawa dia masih dengan akidah Islam dan masih lagi mengucap kalimah ‘laa ilaha illallah’.

Yang kedua, hal yang ini berlaku banyak sekali dalam masyarakat kita. Orang itu fasik, orang itu munafik. Main sedap mulut sahaja mengkategorikan mereka golongan itu.

Katakan ahli politik itu ‘munafik’ menurut pendapat kita. Cuba kita meninjau bagaimana pula munafik seperti mana yang ada pada zaman Rasulullah. Paling mudah, Abdullah bin Ubay. Abdullah bin Ubay adalah seorang yang rapat dengan Rasulullah, tetapi dibelakang, dialah memusuhi ISLAM, dialah yang cuba memporakperandakan ISLAM.

Adakah insan yang dimaksudkan si munafik zaman sekarang ini cuba memusnahkan Islam atau menghancurkan Islam? Atau kerana kejahilan mereka yang mereka tidak sedari?

Usah susah-susah untuk mendeskripsikan munafik atau fasik seperti yang kita tahu.

Persoalkan diri, siapakah kita untuk menfasikkan orang lain dan siapakah kita untuk mengaku kita tidak fasik?

“Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik).”[Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad]

Jangan main sedap mulut mengatakan pemimpin itu fasik, pemimpin itu beriman. Jangan main sedap mulut untuk mengatakan mereka itu bodoh, tidak pandai, tidak ada otak, kerana anda juga sedang mengatakan bahawa andalah yang pandai, tahu serba serbi, dan cara anda sahajalah yang betul. Tiada unsur-unsur berat sebelah di sini, hanya umum.

4 Responses to Episod 158 : Sedapnya Mulut

  1. Nor Aizat berkata:

    salam alaik..
    akmal,bagus la tulisan ni..kene plak dgn contoh2nya..hee

  2. Akmal Hakim berkata:

    Ha ahlah Aizat. Apatah lagi hari tu kita sama bincang tentang hal ni.. hehe (point Abdullah Ubay tu)

    Tak tidur nampak?🙂

    Mesti meriahkan UIA tatkala habis exam~😀

  3. durakhyar berkata:

    suka dan setuju dengan statement penutup..
    ragam manusia mcam nie dapat dilihat di kebanyakn blog.muak membaca dan melihatnya.Kadang2 manusia tak suka mencari salah silap orang lain sebelum menuding jari pada diri sendiri..

    like this topic

  4. filsuf92 berkata:

    stuju2..
    kita sepatutnya kesian dgn org yg camtu…smuga diberi petunjuk..
    cukuplah kita jadikan perangai yg fasik tu sbg iktibar utk kita supaya x jadi seperti tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: