Episod 152 : Usah Menjadi Mangsa Minat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Hadis Riwayat Muslim]

saya merupakan seorg plajar ipts..skang sy amik dentistry di ipts tersebut…sy amik kos ni coz mak sy yg suruh n die byk bg kate2 smangat…tp masalahnye sy rs sy x bley bwa…
result sy ckup2 mkn 3.00…sy rs itu pun nasib…sy bagai terkapai2 di klas dan kuliah…sy dah cube tp x dpt…adakah ini faktor sebab sy x minat kos ni? sebab sy mmg xpernah terlintas nak amik kos nie… sy sgt keliru…tlg sy….patutkah sy truskan…sy takut sy akan kecundang…

oleh : Ila

Komen dipetik dari Episod 76 : Keliru Memilih Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ila, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Tahniah kerana mengambil satu kursus yang profesional, walaupun saudari mengambil risiko memilih kursus yang belum tentu saudari boleh bawa.

Kerana itu adalah pilihan mak saudari.

Namun setelah memilih kursus ini, mungkin baru tersedar seketika bahawa saudari menganggap saudari tidak boleh bawa.

Saya tidak pasti berapakah pointer minima untuk kursus dentistry, dan menurut soalan, saya tidak tahu samada pointer 3.00 itu adalah GPA atau CGPA saudari, asasi atau semester pertama ijazah. Jadi, menurut fahaman saya, cukuplah sekadar menganggap itu adalah pointer yang pertama untuk saudari meneruskan dentistry ini.

Untuk pengetahuan saudari, saya adalah pelajar jurusan seni bina. Namun dalam masa yang sama, saya adalah seorang yang sangat meminati subjek biologi. Boleh dikatakan saya suka menghafal anatomi, jenis penyakit, kaedah kesihatan dan sebagainya meskipun ditangan-tangan saya berupa pensel warna, watercolour dan bahan-bahan model untuk assignment architecture.

Lalu mengapakah saya terus memilih seni bina?

Kerana saya tahu bahawa dari mana tinggi langit kemahiran saya yang ada. Saya tahu arah tuju mana yang ingin saya pilih, meskipun minat dan kecenderungan saya pada perkara yang lain.

Oleh yang demikian, mudah untuk saya katakan, dalam hal ini, saya merasakan saudari tidak keliru memilih masa depan saudari. Saudari mungkin keliru dengan minat.

Pada saya minat itu berubah-ubah. Adakalanya hari ini kita suka makan aiskrim, mungkin tahun depan gigi sakit, sudah tak selesa pula. Berubahlah selera.

Begitu juga dengan minat.

Ramai yang kata kalau nak ambil kerja yang tak diminati, maka tak perlulah ambil kursus tersebut. Untuk kes itu, saya tak nafikan, tetapi kita juga perlu bertanya sampai bila kita mahu melayan minat kita? Untuk itu, saya ada cerita yang menarik untuk dikongsikan.

PELAJARAN SEBUAH KEHIDUPAN

Di sebuah tempat di Maghribi, ada seorang perempuan, anak seorang pemintal benang. Ayahnya selalu melibatkan diri dalam perdagangan ini di merata tempat. Anak perempuannya itu benar-benar menjadi kebanggaan dan kesayangannya. Lalu ayahnya berkata “nanti anakanda harus mengahwini seorang suami yang baik”.

Satu hari, dalam pelayaran mereka ke negara yang jauh, datang ribut petir yang akhirnya menyebabkan kapal mereka terkandas di pesisiran Mesir. Kemalangan tersebut menyebabkan ayahnya mati, meninggalkan anak perempuannya itu keseorangan di padang pasir.

Dalam keadaan yang lemah dan separuh sedar, perempuan tersebut sukar mengingati memori lamanya. Dalam perjalanannya di padang pasir yang kering itu, akhirnya dia menemui satu keluarga yang pandai membuat pakaian. Mereka mengambil perempuan itu sebagai anak angkat dan akhirnya perempuan itu sendiri menjadi pandai dalam membuat pakaian.

Selepas beberapa tahun, perempuan itu diculik dan dibawa ke Istanbul untuk dijual dijadikan hamba. Seorang pakar menghasilkan tiang kapal datang ke ‘pasar hamba’ untuk membeli hamba yang boleh membantunya kerja. Kasihan dengan perempuan itu, dia pun dibeli, dan menjadi pembantu yang sangat baik.

Setelah lama dia berkhidmat dengan keluarga pembuat tiang kapal itu, lelaki itu memberikannya kebebasan dan mencarikannya pasangan dengan memberikannya hasil untuk perempuan itu dan suaminya membuat bisnes.

Satu hari, lelaki itu meminta bantuan wanita itu ke China untuk mengimport barang-barang buatan kapalnya. Perempuan itu bersetuju. Malang sekali, kapal pembawa itu dilanda taufan dahsyat hingga menyebabkan sekali lagi terkandas. Sekali lagi di tepian pantai yang tiada berpenghuni, dia menangis kerana nasibnya, “mengapa semua keburukan ini ditimpakan kepadaku?”.

Ada lagenda di China mengatakan bahawa akan ada perempuan asing yang akan datang dan membuat khemah untuk penguasa. Oleh sebab tiada orang di China yang tahu membuat khemah, termasuklah generasi penguasa itu, mereka mulai memikirkan tentang cerita itu. Setiap setahun sekali, raja menghantar orang suruhannya ke kampung dan bandar-bandar untuk memanggil semua perempuan asing ke dewan raja.

Perempuan tadi ditanya tentang kebolehannya lalu dijawab, “Saya rasa saya boleh”.

Dia bertanya tentang tali, tetapi di orang cina tiada. Lalu dengan kemahirannya dalam memintal benang bersama ayahnya sebelum ini digunakan menghasilkan tali. Kemudian perempuan itu meminta kain yang tebal yang sesuai. Tiada juga. Lalu dengan kemahirannya sebelum ini bersama dengan keluarga yang menghasilkan kain, dia hasilkan. Akhirnya, dia meminta kayu yang boleh dijadikan tiang khemah, tiada di China. Kepakaran perempuan itu dalam menghasilkan tiang kapal menyebabkan dia mampu menghasilkan tiang khemah dengan mudah.

Setelah mempunyai semua bahan-bahan untuk dijadikan khemah, dia menghasilkan khemah itu dengan ingatannya dalam penciptaan khemah semampu yang boleh. Akhirnya terciptalah sebuah khemah yang sangat cantik, mengagumkan penguasa China itu.

Perempuan itu akhirnya berkahwin dengan seorang putera yang kacak, tinggal di China dengan kesudahan yang baik.

Tamat.

Walaupun saya bukan seorang sasterawan atau bijak bersastera, saya tahu bahawa ada sebab untuk saya menulis. Lalu saya meneruskannya.

Ops, maaf, tentang cerita tadi, kita dapat pengajaran bahawa kerumitan yang dialami perempuan itu ada kesudahan yang baik baginya. Lalu terjawablah persoalan kekeliruannya mengalami kerumitan itu

KITA DAN MASA DEPAN

Menyebut tentang masa depan, ia bukanlah perkara remeh dan boleh dibuat main-main. Oleh yang demikian ada panduan yang mudah untuk untuk saya kongsi, persoalan yang sering harus kita persoalkan.

DALAMAN KITA : Apakah yang kita ingini?

BELAKANG KITA :Bagaimanakah pengalaman yang lepas menjadi pengajaran untuk kita kejar apa yang kita ingini?

SEKELILING KITA : Apakah yang berlaku pada orang lain di sekeliling kita? (trend)

HADAPAN KITA : Apakah yang kita mahu capai dengan apa yang kita ingini?

ATAS KITA : Di manakah kita meletakkan Allah dalam kita mencapai impian ini?

TEPI KITA : Apakah sumber yang menjadikan kita mencapai keinginan kita?

BERSAMA KITA : Dengan siapakah akan bersama kita mencapai keinginan kita?

SOLUSINYA

Pada saya memang ada ketikanya kita akan merasa kita bagai telur di hujung tanduk. Mungkin akan rasa ketika itu terkapai-kapai dalam satu-satu hal. Selama saya pelajari dalam kehidupan ini, belum pernah saya melihat ada yang terkapai-kapai selama-lamanya. Alah bisa tegal biasa.

Bukankah ada peribahasa mudah yang memberi mesej indah, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan senang yang kita pinta, tetapi kesakitan itu adalah permulaan bagi sebuah kesenangan. InsyaAllah.

Saya juga menganggap, usah bertanya patutkah saudari meneruskan kursus pergigian itu. Tetapi bertanyalah, patutkah saudari patah ke belakang dan menghancurkan masa, tenaga dan harapan yang telah saudari usahakan selama ini?

Minat itu hanya sementara.

Jangan jadi mangsa minat!

17 Responses to Episod 152 : Usah Menjadi Mangsa Minat

  1. naeila berkata:

    salam , dtg cni untuk membace en3 kali nih..
    mmg la kebykn org ade masalah mcm nih.. masuk kos sbb org suruh.. kawan saya pon baru jek berpatah balik sbb die x minat kos yg dia amek.. sume ibunya yg suruh..
    kalo awal2 lg tolak ok. kalo dah akhir?? x ke susah..???

    erm, sy nak tye sal cerita di Mghribi tuh dapat dr mane??

    syukran..:)

  2. durakhyar berkata:

    Assalamualaikum.
    Entri yang menarik.Bagi saya yang yang tak minat jurusan seni bina saya amat memahami entri ini.Hati ini sentiasa dipujuk agar bersabar.Allah tentukan takdir saya pada jalan ini ada sebab dan hikmahnya.Dari satu sem ke sem lain..saya hanya berusaha yang terbaik.Seni satu subjek yang subjektif dengan biasnyer dan persaingan.kEPADA saudari Ila..tanpa minat kita boleh berjaya..jANgan cari alasan,move on dan buktikan anda mampu..kadang2 lemah ditengah jalan itu normal.Mengadu lah kat Allah.Allah tak menzalimi kaumnya.

  3. durakhyar berkata:

    tersilap bukan kaum..hambaNya..

  4. Nurazah Fathirah berkata:

    Jawapan lalu amat kebudak-budakan. Jawapan ini sangat ‘excellent’. Ok, sudah boleh naik satu tangga, menjadi arkitek yang pandai memberi motivasi =)

  5. aireensamirah berkata:

    salam.
    pada saya minat tu ada kepentingannya pada diri kita dalam memilih jurusan, kerana dari minat akan timbulnya kegembiraan dan kerelaan dalam membuat kerja.
    namun, minat mungkin bukan segalanya. banyak sebab untuk kita minat kepada sesuatu, dan kadang2 minat pula melebihi kemampuan diri.

    ada kala kita terjebak dalam keadaan yg tidak kita suka, tapi yg menentukan segalaNya adalah Allah yang maha mengetahui dan setiap ketentuannya pasti punya hikmah.

    minat boleh dipupuk kalau kita mahu, dan cuba lah cari hikmah disebalik suruhan ibu itu, pasti ada dan hikmah itu la yg akan menimbulkan kesenangan di hati🙂

  6. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ naeila,

    Kalau orang suruh, tak mengapa. Tapi kalau disuruh, diterima, maka kenalah terima consequencenya. Sebab itu kita kena bezakan decision dengan choice. Once we have decided, it’s end to choose anymore.

    Cerita maghribi tu, digubah dari cerita-cerita dongeng. Hehe.

    Waalaikum salam @ durakhyar,

    Betul, betul, betul

    Salam @ nurazah fathirah,

    Setiap orang mampu memberi motivasi. Saya pernah mendengar kata pakar psikologi, di dunia ini, setiap orang akan memberi kesan perubahan sekitar 1000 orang dan dia juga telah berubah kesan daripada 1000 orang.

    Wsalam @ aireensamirah,

    Tiada siapa yang menafikan minat itu ada pentingnya. Masakan The Wright Brothers mampu mencipta kapal terbang kalau bukan kerana minat mereka. Itu yang saya maksudkan kadang-kadang daripada minat ini, ia tumbuh menjadi kacamata.

    Bagaimana?

    Sehingga menjadikan setiap pandangan itu bias dengan apa yang diminatinya.

    Tetapi bagaimana dalam situasi kita hilang minat?

    Jauh-jauhkan!

    Lainlah kalau perkara yang belum kita timbul minat, ajak-ajakkan!

  7. jo berkata:

    sy amat tertarik dengan entri ni…tapi bagaimana kalu seseoarng itu minat, dan sedang blajar dlm kos yg dia minat itu, tapi tiba2 mempunyai masalah keewangan…klu ipta mgkin pnjaman dpt mmbantu…klu ipts? jika dpt pnjaman pn mgkn x mncukupi…

  8. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ jo,

    Saya tidak masyi bab-bab kewangan ini, jadi sekadar apa yang saya boleh bantu, belajarlah mengurus kewangan sebaiknya~

    Ramai sahaja orang yang mempunyai masalah kewangan, tetapi mereka cuba untuk mencari sumber kewangan yang boleh support.

    Pelik ya, pilih ipts tapi tahu bermasalah kewangan~

  9. Nanaqz berkata:

    saya adalah pelajar lepasan spm 2009… sye nak tanya apa beza antra asasi sains dan asasi sains hayat? 1 lgi, apakah peluang pekerjaan yang ada bagi asasi sains hayat? tq..

  10. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ Nanaqz,

    Sebolehnya untuk saya terangkan tentang asasi sains dan asasi sains hayat, lebih baik andai saudara@saudari jelaskan universiti yang mana satu, mungkin dari itu saya boleh jelas dengan lebih detail.

    Tetapi, sekadar apa yang saya agak dari saudara, lebih mudah dikatakan di sini adalah asasi sains adalah asasi yang cabangnya lebih luas kepada bidang-bidang sains. Bermakna selesai sahaja asasi sains, anda bebas untuk pergi ke mana-mana hala tuju yang ditawarkan di universiti (sains sahaja).

    Manakala, biasanya di matrikulasi menawarkan asasi sains hayat atau sains fizikal. Sains hayat adalah asasi yang cabangnya lebih kepada bidang perubatan. Allied health science, nursing, dentistry, pharmacy, medic dan lain-lain.

    Harap membantu.

  11. amirul hakim berkata:

    ooo…ubah cerita dongeng eh..haha..klaka..tp signifikan la …best..

  12. aisyah berkata:

    assalamualaikum..en3 kat sini sgt bagus la..*thumbs up^^..sy like analogy2 yang digunakan..

    um..alang2 nak mintak pendapat boleh tak..sy really2 confuse nak pilih bidang apa after this..tp sy dah plan sikit2 la..sy punya kelebihan mungkin dlm bidg math..n sy memg minat pun..awal2 dulu ade la jugak berangan2 nak jd akauntan sebab memg taw tu je kot..[lg pun sy lebih terdedah kpd sn sebab sy amek aliran sn]..tp bile ade tanya seseorg ni..dia kata, baik jgn pilih akaun sebab ramai sgt ..so..sush dpt kerja nanti..tros..rasa takut pulak nak menceburi bidang tu..n at the same time, sy nk menceburi bidang y mencabar sikit..[angan2 la ni]..

    so, sy berminat utk menceburi bidang farmasi..alang2 sy dah ambil aliran sn masa f4&f5 dulu kan..tapi sy ada masalah dlm penghafalan fakta2 ni… berdasarkan pengalaman sebelum ni la kan.. memg sukar utk sy skor bio n chemist dulu… tp sy andaikan kalau result sy nanti membenarkan sy utk menceburi bidang ni.. adakah sy boleh meneruskan hasrat ni.. n try hard lagi utk y akan dtg.. atau sebaliknya la..lupakan farmasi n memilih sesuatu y sy rasa mampu ..

    *terima kasih… (^.^)

  13. saya masih kabur dalam minat
    saya mndapat 2 offer matriks dan unisza dalm course HR
    sya xmrasakn sya btol2 mnat HR
    dan sya xtwu sma ada sya tdak mnyukai account di matriks atau pun tiada kyakinan dalm account.
    patot ke sya mncuba ssuatu yg blom sya pasti mnat atau tidak..
    ataupun ambl HR yg sya rse bknlah mnat sya.
    dan di mnakah lbih baek jika sya mahu beralih course

  14. parents sya nk sya ambk account di matriks
    n sya ada trbca satu blog pasal krjaya dalam unit trust..
    krjya yg brjmpa dngan org..sya suka.
    juz sya tkot xblh bwak acc
    kta org susah
    klu trsilap susah untuk kluar

    btol ker mnat akn brubah n btol ker parents kata plung krja dlm acc luas n sya ptot ambk

  15. Akmal Hakim berkata:

    @ Hazzlia,

    I’ll answer this as academic wise; correlated to what your passion is.

    Human resources deals with people. If you further your study in this particular area, you have advantage in knowing people better. Not necessarily that you will just learn about data, could be more than that. I suggest if you don’t know much about this field, google it, and learn what you can be after finishing this course.

    If you were asked to go for accounting, this too, has good advantage for you. In real life, skills are just necessary, certificate (bachelor), is more demanding. Let say if you are more into unit trust, by having accounting degree, your marketability to get into a good company have higher chance. Furthermore, accounting don’t only focus on mathematics, there are also certain courses that provide you the ideas getting into business. Don’t ask why, ask why not. As a passion-becoming-businesswoman, you know the basic rule is to take RISK.

    Yes, I do agree somehow passion changes in time. But I advise you to go for the one you love. Don’t waste time on something you don’t like.

    p/s : Saja nak tulis English🙂

  16. so..maybe i take acc at kpm.
    let say…if la…rse btol2 xboleh bwak…
    course apa yg blh saya tukar berbekalkn sbjek in accounting ni?
    bkn apa sbagai lgkah berjga2..
    btw thanks 4 d info..
    eally convince me
    need a lot of advice b4 go for accounting

  17. n people said it is easy to get job in accounting
    bt some said..quite hard bcoz nowadays so many stdnt take accounting..
    and..course yg blh dtukar wktu degree after take acc at matriks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: