Episod 150 : Al-Hubb Itu Cinta~

“Kadang-kadang aku tengok orang yang ‘kuat’ sikit dengan Islam ni, mesti nak consider pasal nikah ni benda yang pentingkan?”, kata seorang rakan sebilik saya sambil melihat preview filem Ketika Cinta Bertasbih.

Saya menguntum senyum.

Soal ini ada benarnya kerana antara kami berbeza latar belakang dan kesedaran saya juga agak berbeza tentang hal ini.

Lantas saya menjawab sekadar mampu.

Untuk menghuraikan soal cinta, ceritanya bagi umat Islam adalah menjurus kepada sebuah pernikahan. Namun untuk menguraikan erti cinta dan nikah, saya tidak mampu menghurainya dengan tepat lantaran begitu banyaknya pemahaman cinta yang telah diungkapkan. Bagi saya persoalan cinta dalam diri adalah jawapan bagi definisi cinta itu.

Justeru, lebih mudah untuk saya terangkan di sini, dalam dunia yang semakin meningkat dari segenap segi ini, ujian bagi seorang muslim juga bukan mudah khususnya para remaja kini. Papan tanda, produk, iklan, tv, internet, filem hampir keseluruhannya menjurus kepada erti cinta dan percintaan. Lantas bagaimana mahu mengelaknya?

Sebab itu, kalau bagi seorang muslim yang jiwanya mula terkesan dengan momentum cinta, mahu menyayangi dan ingin disayangi, tentu mencari jalan untuk mengerti definisi dirinya tentang cinta. Untuk menurut hati, ada yang terjerat dengan penafsiran yang silap, lantas menghinakan diri dengan percintaan yang salah. Yang mengerti, sudah tentu mengidamnya atas menginginkan keredaan-Nya dengan satu cara sahaja : nikah!

MENCARI CINTA ATAS LANDASAN ILAHI

Jauh jika dibandingkan dengan apa yang telah ditayangkan di media massa, anda telah melihat betapa mudahnya harga sekuntum cinta di petik dengan mudah. Kadang-kadang menjadi pelik cinta yang dijumpai itu bermula dengan bertemu di bar-bar kafe, bergaduh, tepi jalan, terlanggar malah ada juga cerita cinta yang bermula di hadapan tandas(cerita Melayu)!

Dengan plot-plot yang pelbagai ragam dan beraneka macam ini, anda akan melihatnya berakhir dengan satu unsur tipikal : mati, bercerai, atau happily ever after.

Berhenti di sana.

Happily ever after?

Mungkin. But not necessarily at hereafter!

Itu apa yang telah kita selami stereotipikal cinta dalam media. Tapi tahukah anda, ada satu cerita cinta yang lebih pelik, aneh, tetapi sangat menakjubkan?

Anda akan melihat beberapa orang yang hidupnya seolah-olah hidupnya tidak mahu bercinta. Jika bertemunya ia seolah-olah sombong, menundukkan pandangan, menjaga tutur bicaranya. Dia tidak mahu pertemuannya dengan yang bukan muhrim semudah-mudahnya. Adakah dia benar-benar tidak normal tidak mahukan cinta atau gila?

Mungkin ada yang berfikir sedemikian.

Syadid atau tegasnya seseorang itu pada pendiriannya sebenarnya adalah lebih dari cinta. Seseorang itu tidak akan mahu menjadi orang yang terpelihara andai bukan kerana cinta. Malah tidak juga ia ingin melakukan demikan melainkan kerana kesilapan dan kelalaian mungkin akan merosakkan cintanya.

Cinta itulah cinta yang mendalam terhadap Allah dan Rasulnya.

Masih tidak cukup!

Juga cinta terhadap seseorang selepas Allah dan Rasul, yang akan menjaganya jiwa dan raga, hidupnya dan masa depannya, tetapi dia masih tidak tahu siapakah gerangannya insan itu!

Lantas dia masih bersikap demikian untuk menjaga cintanya. Sebab itu jangan terperanjat andai saya menyatakan cinta yang seperti ini jauh lebih romantik dari Romeo & Juliet, lebih bahagia dari Cinderella, lebih senang dari orang yang mempunyai kekayaan seluruh harta bumi.

Kerana cintanya dipaksikan dengan landasan akhirat.

Belum ada lagi dunia menceritakan cinta seperti ini melainkan adanya pada orang-orang mukmin.

Pengorbanannya luar biasa, kesabarannya luar biasa, keindahannya luar biasa, sudah tentu nikmat-nikmat ini dia peroleh kerana CINTA ALLAH dan CINTA RASUL menjadi panduan utama.

Nah, masih mahu lagi menodai erti cintamu dengan valentine’s day?

Rasailah ketenteraman, kasih sayang, yang sangat besar buat isteri/suami yang akan hadir dari jenismu sendiri.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Surah Ar-Rum : 21)

Berusahalah mencari yang terbaik dengan menjadi dan memberi.

Pesanan cinta tulus buat diriku~


14 Responses to Episod 150 : Al-Hubb Itu Cinta~

  1. farid berkata:

    btol2…

  2. NA_SR berkata:

    Allahu Allah.. cantik bana ni…
    Ilahi antal Maksudi, wa Ridhoka matlubi, a’tini mahabbataka wa ma’rifataka, Ya Rabbi….

  3. Akmal Hakim berkata:

    For you that I always Love,

    I’m so happy today, for what I’ve raised myself, into what I’ve planned for ourselves. What about you? How are you doing there?

    You lived your life. You prostrated to Allah at the end of the day. You prayed in the morning, full of hope. You filled your heart with His grace. You observed His creations, you praised Him. You tried to follow the Sunnah, and your heart swelled with love for Muhammad. You kept in touch with your friends. You stayed connected with your family. You love them very much. Call and text. You did everything as best as you could. You dreamed of becoming a Muslim that will help Islam.

    After all that you had, still in your heart you feel there’s an empty space. God intentionally emptied the space for a special person. For him, your husband and soul mate. Your heart longingly missing him~

    My dear, although I DON’T KNOW YOU YET. You may be someone I know. Or maybe not. I know you are pursuing the best of your life as a muslimah, as well as your best being a wife.

    Could you wait for me?

    My dear,

    I just want to say, I love you and I miss you so much. Lillah. Be a good servant of Him, be a good daughter. Just wait, when the time arrives, I will find who you are, taking you being a partner of my life~

    Take care..

  4. munajat_hamba berkata:

    assalamualaikum..

    sy pun mengakui,masih ramai yang mempunyai idea seperti roommate enta 2.. sy pn,sblm ini,beranggapan spt beliau..tetapi,setelah mengenali,cara Islam memberi garis panduan mengenai tautan dua hati,baru sy menyedari yang cara Islam lagi ‘sweet’,malah lagi sweet dari propaganda ‘Happily Ever After’..

    tapi,malangnya,xramai sedar hakikat 2,esp remaja2 skang ni.. dan,sy tertanya2,kenapa masih byk talk2 yang di’organize’,menjurus ke arah isu couple.. bg saya,spt mencari resolusi baru utk menghalalkan pergaulan pula..Ust Hasrizal pn ader menulis mgenai perkara ni,dalam buku Aku Terima Nikahnya.. padahal,sudah terang lagi bersuluh,tidak akan ada hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram,melainkan selepas akad.. mungkin,talk seperti ini,mmpu memancing minat student utk hadir.. tapi,ntahla.. kalau talk mcm ni je yang ader,muak juge..

    insyaAllah,’littoyyibin,attoyyibat’ menjadi pegangan.. wallahu’alam..🙂

  5. aireensamirah berkata:

    salam…
    really nice post akmal..
    tersentuh kalbu ku ini..
    hehe..

    and ur comment up there,,
    really can ‘mencairkan’ hati mana2 perempuan yg baca wpun bukan ditujukan padanya..
    huu~

    and for me,
    love Allah first, then u will find ur true love..🙂

  6. semaimesra berkata:

    salam syeikh akmal..
    post yg baek..
    bwat ak trsedar lagi..
    ak ada dlm situasi mncemaskan skrg nie..
    ak xnak ni sume..tpi si setan trus myuluh..
    doakan ak yerk..

    kawan.Qs.

  7. Nor Aizat berkata:

    Assalamualaikum w.b.t.

    “Juga cinta terhadap seseorang selepas Allah dan Rasul,”

    huh, ayat ni mcm terpengaruh dgn buku Fatimah Syarha tu jerk..
    ehehe…
    ~selamat bercinta Akmal..

  8. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ Farid,

    Kita sentiasa saling memperingatkan dan sentiasa ‘ready’ untuk berubah. Post ni khas buat diri sendiri andai mungkin terlupa, juga buat sahabat yang lain, andai diri terleka.

    Sama-sama kita berdoa sesama muslim, berjaya~

    Bila bertolak ke Melbourne?😀

    Salam @ Nor Aizat,

    Hehe, terpengaruh? Belajar mengikuti apa yang baik~

    Oh tidak!

    Selamat bercinta?

    terlalu umum dan sangat menakutkan bunyinya!😀

  9. aireensamirah berkata:

    farid inti ke tu?

  10. mohd berkata:

    hmm akhi ana nk mntak izin klu ade bnde2 menarik ana amik n copy utk digunakan..insyallah ana akan tulis maklumat yg ana dpt tu ana copy….salam..

  11. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ mohd,

    Silakan. Saya tidak ada masalah bab copy paste ni.

  12. ummuumar90 berkata:

    Salam’alaik..mabruk alaik ya akhi..!!

    Entry yg sgt bek..s’oleh2 terasa akan ada Habiburrahman El-Shirazy keluaran Malaysia^_^..keep it up!..

    JIka kite cari cinta manusia,pasti kekecewaan yg akan kite temui..
    Namun bile kite cari cinta Allah..
    Yakinlah..Allah pasti akan pertemukan hati kite dgn pemilik yg t’baik..

    wallahu’alam..

  13. zaza berkata:

    Salam. Moga mendapat cinta sejati. Bila nak wat buku? Teruskan usaha yang murni ini…..

  14. mujaddeeda berkata:

    Slm, akmal..lama tak menjenguk blog adik…
    personally, tulisan adik ni sangat menyentuh hati akak..
    isu inilah yg pernah akak bahaskan sesama sahabat2 akak semasa zaman remaja di kampus dulu..
    dan prinsip ini insya Allah kita kekalkan hingga akhirnya..
    kadang2 sesetengah mu’min akan lebih diuji bila usianya semakin meningkat tnpa blum ada jawapan jodoh untuknya..

    SLm mujahadah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: