Episod 149 : Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

“Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, yaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyadarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan).” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar’ pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain’ itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu’ itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.


PUAS BERSABAR

“Selama ini aku dah puas bersabar dengan kau!”, luahan seorang rakan terhadap rakannya yang menyakitkan itu.

Saya memberikan 2 situasi di sini.

Yang pertama, orang yang berkata dia ‘bersabar’ itu sebenarnya masih belum lagi cukup sabarnya. Orang yang sabar tidak akan berkata dia bersabar. Orang yang bersabar tidak meluahkan rasa hatinya yang panas itu. Hanya orang yang berdendam melepaskan segala kemarahannya.

Dalam situasi seperti ini, ia adalah lebih menakutkan daripada kesilapan asal orang yang menyakitkan. Memang pada asalnya ibarat ada sebab yang menjadikan gunung berapi  emosi itu meletup, sehingga segala-gala laharnya dimuntahkan sepuas-puasnya. Tetapi yang keluar adalah api.

Api yang menghangus semangat dan membakar rasa.

Mungkin yang disakiti sanggup melakukan demikian kerana yang menyakiti patut menerimanya sedang selama ini dia tidak pernah-pernah sedar. Tetapi sebaliknya, melakukan luahan sedemikian bukanlah tindakan yang bijak. Kenapa tidak ditegur sejak awal, berbanding compile kesalahan semua dan diluahkan dalam satu saat?

Batu itu kalau setitis demi setitis air jatuh ke atasnya pasti akan lekuk, biarlah ambil masa yang lama sekalipun. Tetapi air yang bergelen-gelen disimbah ke batu dalam masa sesaat, sudah tentulah batu itu tidak terkesan apa-apa, melainkan mengalihkan keadaannya ketempat lain. Begitulah keadaannya seperti manusia yang ingin ditegur.

Saya teringat ketika sewaktu saya berada di zaman persekolahan memegang tampuk kepimpinan. Ketika itu seluruh jawatankuasa dikumpulkan untuk sesi post mortem. Post mortem itu bertujuan untuk mengubah dan memperbaiki. Tetapi cara memperbaikinya adalah dengan menyebut segala kesalahan dan kelemahan setiap dari kami.

Semua menunduk.

Malam itu, semua berubah suhu. Ada yang bertukar watak terus, malah ada yang patah semangat untuk meneruskan kepimpinannya.

Ini bukan cerita mereka tak kuat dan tak larat.

Ini adalah soal sebab dan akibat.

Ada yang mula berminta maaf dari bilik ke bilik. Ada juga yang saya bertegur sapa, tak mahu sebut lagi soal kepimpinan. Yang saya nasihati, ada yang menangis kerana tak sanggup menahannya.

Sedangkan mereka semua pada asalnya orang yang semangat.

Begitulah keadaannya, menyimpan yang meluahkan bukanlah tindakan yang bijak. Melakukan sedemikian adalah orang cara orang yang berlagak.

Berlagak seolah-olah yang tindakannya cukup betul, dan apa yang dikatanya cukup betul.

Sebab, ketika itu yang difokus kesalahan adalah orang lain. Ia takkan berlaku satu situasi yang mana kedua-dua menyalahi antara satu sama lain, melainkan itu satu pergaduhan.

Situasi yang kedua, orang yang memang bersalah, tidak sedar-sedar bahawa dia bersalah. Dalam hal ini, katakan dia tak tahu bahawa dia tak tahu. Ketika anda mula memberitahu, barulah dia akan tahu.

Bagaimana jika anda menghukum tahunya dalam keadaan dia seperti itu?

Memang secara logiknya dia wajar menerima kemarahan dan luahan lahar gunung berapi itu. Bukankah lebih baik membimbingnya mengenal kesilapannya sendiri?

Lainlah jika beberapa kali diberitahu, tidak mahu, maka kaedah yang lain perlu mengetuk si ‘paku’ ini.

CARA MENEGUR

Saya teringat dalam sirah, seorang Badwi yang kencing di kawasan Masjid. Ketika itu ada sahabat yang tak tahan melihat ingin memukul lelaki itu kerana mencemarkan masjid.

Rasulullah melarang.

Nabi s.a.w membiarkan arab badwi tersebut menyelesaikan urusannya. Setelah itu nabi menyuruh sahabat untuk membersihkan kawasan itu dengan air kemudian memanggil badwi itu ketepi. Nabi memberitahu bahawa itu bukanlah tempat untuk membuang air.

Subhanallah.

Pendekatan Nabi itu memberikan satu impak sangat besar. Arab Badwi itu akhirnya memeluk Islam.

Nak dikatakan di sini bahawa walaupun jelas kesilapan itu di mata sahabat dan nabi, pada arab badwi itu tidak salah, sedang dia tidak tahu. Bukan sekadar dia diberitahu, dia kemudiannya merasa mahu, kepada Islam akhirnya dia tuju.

Adalah lebih baik kita menegur dengan pendekatan yang baik. Setiap orang buat kesilapan, dan setiap orang dilatih untuk menjauhi kesilapannya. Ingatlah, jika seseorang itu tidak buat silap, bererti dia tidak buat apa-apa.

Kita dihantar ke sekolah untuk belajar, belajar untuk menambahkan ilmu juga belajar untuk mengurangkan kesilapan. Begitu juga kita yang berada di sekolah kehidupan ini, kita perlu menambahkan amal yang baik dan kurangkan kesilapan.

Jika ada orang lain buat salah silap, mungkin menyakitkan hati kita, jika mampu kita betulkan. Jika tidak abaikan atau lupakan semua yang mungkin menjadikan kita sangsi terhadapnya.

Adakalanya memperbaiki kehidupan di dunia ini dengan hanya kesilapan dan kesalahan sendiri tidak cukup, kadang-kadang dengan adanya orang lain membuat silap cukup mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Raikanlah mereka. Bukankah mereka juga banyak melakukan kebaikan?

MENGAPA PERLU MEMBENCI?

Saya pernah tertanya-tanya, dalam keadaan kita bersosial dan berkomunikasi ini, mengapa jika 5-6 tahun rapat dan baik, tetapi kerana satu kesilapan kata dan kesalahan menghancurkan apa yang dibina begitu lama dalam masa sesaat. Begitu juga, dalam sebuah perniagaan, jika kita mempercayai mereka sekian lama, setelah satu saat ditipu, selama-lamanya kita menjauhkan diri dari bermuamalah darinya.

Mengapa?

Akhirnya saya menemukan jawapannya bahawa sebenarnya hidup kita didominasi dengan sifat kepercayaan yang sangat tinggi. Membina kepercayaan itu mengambil masa yang agak lama, tetapi meruntuhkannya begitu mudah.

Sebab itulah dari Islam saya menemukan kaedah yang terbaik mengubat hakikat ini. Itulah bersangka baik.

Buat apa susah-susah kita memikirkan buruk orang lain, sedangkan kita ada pilihan untuk berbaik sangka?

Teringat saya isu Ustaz Akil Hayy. Beliau merupakan seorang pendakwah yang sangat menarik perhatian masyarakat dari semua umur. Bayangkan bakatnya memikatnya manusia bertahun-tahun ke jalan Islam itu dijatuhkan hanya satu kesilapan yang dimediakan?

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.

(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah Al Hujurat : 12)

KITA HAKIKATNYA MANUSIA INI

Ambil dua helai kertas. Satu kertas tuliskan segala kelebihan dan kebaikan anda. Satu lagi kertas tuliskan keburukan dan kelemahan anda. Tulis sejujur-jujurnya.

Pastinya anda akan mendapati bahawa sebenarnya anda boleh menulis kebaikan dan kelebihan itu cukup sebahagian kertas itu. Tentu sekali yang buruk dan lemah dalam diri anda tidak akan cukup dengan satu kertas. Mungkin jika ditambah satu helai lagi pun masih tidak cukup.

Kita memang penuh dengan lemah, itulah hakikat kehidupan kita. Meskipun sejauh mana kita menuju kebaikan dan pembaikian diri.

Itu yang berlaku di sekeliling kita.

Manusia yang penuh dengan kelemahan.

Jika kita membenci mereka, sesaudara kita yang melakukan kesilapan dengan cara yang mudah, bererti sendiri yang tidak menyukai diri kita, atau lebih patut dikatakan lupa diri. Ingatlah, kita beruntung menjadi hamba yang berbuat silap, sebab itulah Allah maha pengampun.

13 Responses to Episod 149 : Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

  1. arrazzi alhafiz berkata:

    Benar, Akmal.

    Kata orang tua-tua, bumi mana yang tidak disimbah hujan. Lautan mana yang tidak bergelora.

    Kata Rasulullah saw, setiap anak Adam itu melakukan kesilapan. Almaklumlah, namapun manusia. Lupa sana, lupa sini. Salah itu silap ini.

    Walaubagaimanapun, terima kasih banyak-banyak atas artikel yang mengetuk akal budi ini.

    Jazakallah ya akhi al-kiram.

  2. Akmal Hakim berkata:

    Sama-sama @ arrazi alhafiz,

    Salah satu sebab saya jarang sekali menggunakan peribahasa dulu-dulu kerana saya begitu jarang didedahkan, apatah lagi untuk memahaminya.

    Hehe.

    Saya kurang ingat huraian peribahasa yang indah itu, kalau boleh dikongsi..

    Betul juga, salah satu sebab banyak kesilapan itu berpunca dari kelupaan kita. Banyak lupa, banyaklah silapnya. Kita terabai banyak perkara, atau kita terlepas pandang.

    Sebab itu kaedah John C Maxwell memberikan jawapan yang sangat baik tentang hal ini :

    “Seek first to understand then to be understood”

  3. amin.mh berkata:

    jika tulus berniat untuk mendidik dn membina manusia sekeliling..
    segala tindakan secara automatik akan membina dgn berhikmah..
    kerana kita manusia sama fitrah.

  4. wardahbiru berkata:

    Saya pegang kata-kata ini.
    “Ingatlah, jika seseorang itu tidak buat silap, bererti dia tidak buat apa-apa.”..

    Manusia memang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Tiada manusia yang sesempurna Rasulullah S.A.W.

    Teringat saya lirik lagu nasyid kumpulan Hijjaz
    ” perkara kecil dibesarkan, yang besar apatah lagi”.
    Kiranya kesalahan kecil seseorang itu dibesarkan, bayangkan kesalahan yang besar??

    Moga kita semua sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri masing-masing.

  5. pakcikli00 berkata:

    “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

  6. iman berkata:

    salam alayk.
    saya sangat tertarik dengan post ini.

    mmg benar.bersikap suuzon hanya menambah titik hitam dalam hati dan sekadar mencambahkan virus-virus ukhuwah semata.

    terima kasih kerana sudi berkongsi.
    saya sangat suka hasil penulisan2 saudara.

    keep up the good work.

  7. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ amin.mh

    Betul tu. Kadang-kadang kena juga kita belajar dengan hidup berkomuniti ni. Kita yang selalu beranggapan kita berhikmah, pada orang lain tak tahu lagi adakah kita boleh sampai tahap qudwah.

    Apapun, kenalah berusaha dengan baik. Saling mengingatkan~

    Salam @ wardah biru,

    Kadang-kadang memang biasa sebaya dengan kita ini tidak tahu bertindak balas dengan baik apabila berhadapan dengan kesilapan. Kadang-kadang, masing-masing sibuk menyalahkan.

    Jadi jika perkara sedemikian berlaku, kita sendiri kena cepat cool. Segera cuba berbaik-baik. Betul? Barulah perkara besar boleh jadi perkara kecil, manalah tahu.

    Salam @ iman

    Terima kasih kerana sudi melanggani blog yang tak seberapa ini. Menulis tentang seni kehidupan sahaja. Ibarat kehidupan yang baik itu memang telah sedia ada, tetapi yang kelihatan kurang baik, kita buka seni kehidupan yang lebih baik..

    Kurangkan berprasangka, tingkatkan waspada~

  8. farid berkata:

    btul2 tu dah lepas kluar sekolah baru kita sedar banyak kesilapan yg kita dah buat…

  9. tintataghyir berkata:

    Kemaafan itu biarpun berat tetapi adalah dendam yang terindah dalam keleraian di ufuk warna kehidupan kita sebagai insan yang hidup bersahabat,bersaudara dan saling memerlukan.

  10. fakulito berkata:

    salam. minta izin diletak dalam web ISMA A ye. tQ

  11. Akmal Hakim berkata:

    wsalam. Silakan.

  12. Luphaa berkata:

    aslm akmal!!!
    emmm byk pljaran yang w dapat dari baca blog awk!!!
    Nice BLOg!!!

  13. Akmal Hakim berkata:

    Wslm @ Luphaa,

    Terima kasih kerana sudi melawat~ Dari indonesia ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: