Episod 148 : Kata Nama Khusus Allah Yang Di’am’kan

“Sesungguhnya keberuntungan bagi orang yang menjauhi fitnah” – Rasulullah menyebutnya tiga kali [Hadis Riwayat : Abu Daud]


Sesetengah orang mengatakan isu kalimah Allah ini perlu dibantah kerana isu ini adalah isu akidah, bukan isu nama. Sebahagian yang lain membantah mengatakan ia tidak perlu difikirkan, kerana banyak isu lain yang lebih besar sepatutnya dipandang lagi..

Persoalannya di sini, ‘umat’ katolik meminta dengan hormat, persetujuan mahkamah untuk mendapatkan nama Allah. Ini bukan main letak nama Allah menggantikan nama ‘god’ di makalah mereka. Yang terjadinya ia diluluskan, bukan dielakkan. Jadi, itu bukan isu yang biasa-biasa!

Cuba anda bayangkan anda makan di satu gerai mamak, ada di situ menggunakan ayat Al-Quran, tetapi setelah diselidik, rupa-rupanya pemilik gerai itu bukan Islam. Adakah itu isu biasa?

Sudah tentu anda akan menyebutnya isu sensitiviti. Ini apatah lagi jika pemilik gerai itu berhujah, ayat Quran yang diletak itu telah ‘diluluskan’ oleh masyarakat.

Benar ada persamaan menggunakan nama Allah itu dari situasi masyarakat kafir Quraisy dahulu. Nabi tidak membantah masyarakat menggunakan mereka menggunakan nama Allah atas sebab potensi mereka untuk menerima Islam. Ketika itu isu Islam adalah dalam proses perkembangan dakwah.

Tetapi, bagaimana pula hari ini, kristianisasi dalam perkembangan ‘dakwah’ mereka? Tambah lagi dengan situasi masyarakat melayu hari ini yang dalam keadaan lemah ilmu tauhid? Bukan setakat itu, menjadi-jadi lagi dengan keadaan murtad ke kristian yang bertambah-tambah. Bagaimana jika hal ini menjadikan mereka beralasan nama ‘Allah’?

Sehingga hari ini kita berjaya pertahankan Islam di muka bumi Malaysia beratus tahun lamanya. Lihatlah ketika mulanya Melaka dibangunkan, datangnya pedagang Arab menyebabkan dakwah Islam sampai di Malaysia. Raja tertarik, masyarakat juga tertarik. Lantas kita dianugerahi nikmat Islam kerana itu. Setelah penaklukan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, walau sekuatmana mereka menyebarkan dakyah kristianisasi, Sultan dan rakyat tetap bertahan dengan Islam.

Adakah 2010 ini satu  sejarah baru kita mengizinkan dengan mudah ‘masyarakat’ kristian menyebarkan agama mereka dengan cara baru?

Bayangkan jika satu hari anak-anak membaca buku cerita, buku kanak-kanak, tetapi buku itu diselitkan cerita-cerita berunsur triniti bersulamkan nama Allah? Bagaimana dengan perkembangan mereka yang diajar tentang ilmu tauhid siapa Allah, tetapi di buku lain menceritakan Allah yang ‘lain’?

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? [Surah At-Taubah : 30]

Pemahaman kalimat Allah di sisi Yahudi adalah berlainan, begitu juga Nasrani. Ia tidak sama dengan pemahaman umat Islam. Sekali lagi, adakah hal ini boleh dipandang enteng?

Maka di sini menjadi satu yang pelik, bagaimanakah sehingga pihak kristian katolik yang meminta izin untuk mendapatkan nama Allah itu, kita gagal pertahankan, sedangkan isu itu sekadar keizinan. Jika mereka menggunakan kalimah Allah tanpa izin, itu lain cerita.

Bermakna di sini, ada cerita lain di sebalik keizinan itu.

KATA NAMA KHAS ALLAH YANG DI’AM’KAN

Sekarang kita menggunakan nama khusus Allah sebagai tuhan yang satu, tuhan umat Islam. Tetapi dalam masa yang sama kristian menggunakan nama Allah hanya menggantikan nama tuhan, dalam ertikata lain, Allah akan hanya menjadi nama tuhan.

Mampukah kita menerima di kamus-kamus kelak menyatakan Allah itu sekadar ‘tuhan’?

Kelak, difahami ‘lailaha illallah’, “tiada tuhan selain tuhan”?

Kenapa tidak mereka kristian menggunakan nama tuhan lain, seperti dewata, theos, deus dan sebagainya menggantikan ‘god’ mereka? Mereka memilih pula nama Allah.

Sekali lagi, bukankah ada cerita tersembunyi di sebalik pemilihan nama Allah itu?

Kelak anda akan melihat sebahagian masyarakat Malaysia (kristian) yang mengakui ‘Allah’ itu beranak. Mereka boleh biasa menyebut insyaAllah, alhamdulillah, masyaAllah, kerana mereka dilindungi akta. Adakah kita hanya menerima ini sebagai fakta?

Bermakna di sini kita tidak boleh duduk diam jika nama Allah digunakan oleh orang kristian di Malaysia. Berdoalah agar kebenaran menggunakan nama Allah dibatalkan untuk orang kristian.

Ingatlah pada nama Allah yang khusus itu adalah satu harga yang sangat tinggi bagi mukmin. Ia tidak sama dengan nama Allah-tuhan yang ada pada agama yang lain.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah” [Surah Anfal : 2]


15 Responses to Episod 148 : Kata Nama Khusus Allah Yang Di’am’kan

  1. aireensamirah berkata:

    salam,
    ulasan yang menarik..
    mesti ada agenda tersendiri di pihak Kristian,
    sebab kalau kita tengok dkt negara2 barat yang majoriti Kristian, tak ada pula mereka nak guna Allah menggantikan God..
    cuma di negara-negara yang majoriti Islam spt Malaysia, Mesir dan Indonesia je mereka nak guna perkataan Allah..
    pasti ada udang di sebalik mee..

    p/s: lama dah tak bagi komen dkt blog ni🙂

  2. Kipp berkata:

    Aku sokong tulisan anda… keep good work!

  3. Nor Aizat berkata:

    salam alaik..

    dan pihak kafir xkan berhenti setakat ini shj..
    namun apakah tindakan kita??

    ~org politik xsudah2 mempolitikkan isu ni..kecewa..

  4. che berkata:

    Sekarang jelas menunjukkan kepada kita bahwa orang-orang kuffar takkan berdiam diri selagi umat Islam tidak mengikuti agama mereka dan mereka akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan agama Islam.
    sebgaimana firman Allah dlm surah al-Baqarah ayat 120.

  5. M. Faiz Syahmi berkata:

    Apa yang kita akan lihat selepas ini?

    Free Mason akan bertapak di negara kita..!!

    Dakyah Yahudi Nasrani akan bertambah hebat kerana mendapat pertolongan luar..!! [cth dari Singapura Indonesia & negara Asia lain belum masuk bantuan US dan Israel lagi]

    Mereka tidak berdiam diri, dah pun bergerak langkah.

    Kita bila pula?

  6. firdaus muhammad berkata:

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..” [Surah Al-Baqarah : 120]

    Dakyah Kuffar ni takkan terhenti mal..
    mereka akan cube buat ape care sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.. Nauzubillah ..

    ~nice post~

  7. peaceout berkata:

    Kalimah Allah memang sudah lama digunakan di Bumi anbiya’ ini..mereka memang mempercayai kewujudan Allah, tetapi, mendustakan nabi Muhammad S.A.W..
    jadi, penggunaan InshaAllah, Alhamdulillah.. sudah memang menjadi kebiasaan masyarakat kristian di sini.
    Tapi situasi ini sama sekali berbeza dengan masyarakat Malaysia.Pengenalan penggunaan kalimah “Allah” secara rasmi oleh org kristian ini benar2 akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam Malaysia,seperti yang dikatakan oleh penulis.. akan menimbulkan masalah akidah..
    Kristian telah lama memulakan langkah mereka.. tetapi. umat Islam masih hanya memerhati dan merasa diri berada di zon selesa.. wallahu’alam..

  8. Akmal Hakim berkata:

    @aireensamirah,
    terima kasih kerana sudi memberi komen kembali. betul ke fakta di indonesia pun mereka cuba nak gunakan nama Allah juga?

    @Nor Aizat,
    orang politik mempolitikkan isu ini? tak taulah pulak (tak tahu isu, hehe) macam mana tu ye Aizat?

    @che,
    Bagi saya mereka dalam situasi negara kita dan kristian, bagi saya mereka bukan menjatuhkan Islam, tapi meramaikan umat kristian. Betul tak?

    Yang akan menjatuhkan umat Islam hanyalah daripada kalangan umat Islam sendiri, jika ramai diantara kita memilih demikian.

    Apa pun terima kasih atas pandangan tersebut~

    @M. Faiz Shahmi,
    Sebenarnya freemason tidak ada kena mengena dengan Nasrani (kristian). Pertapakan freemason memang dah ada di Malaysia tapi pergerakan mereka mengikut situasi Malaysia, agak slow-slow. Kita doakan agar Malaysia takkan dijatuhkan dari potensi pemikiran freemason, insyaAllah

    @firdaus muhammad,
    Sepatutnya kita pun berusaha untuk buat apa sekalipun untuk dapatkan kekuasaan Islam sepertimana yang telah mereka cuba usahakan. Jangan pasif, betul tak daus?

    @peaceout,🙂

  9. emir.abu.khalil berkata:

    tulisan yang baik. teruskan menulis.

  10. wardahbiru berkata:

    Orang kristian ada propaganda sendiri kenapa mereka memilih nama Allah. Mereka sedar dan tahu nama Allah amat suci dan terpuji. Jadi mereka mengambil kesempatan ini untuk “menumpang” supaya kerja memurtadkan orang islam menjadi lancar. WA..hanya pandangan saya tentang isu ini..

    Tugas anak-anak muda sekarang amat berat untuk menjamin masa depan islam yang cemerlang. Moga urusan kita dipermudahkanNya…Amin

  11. aireensamirah berkata:

    dkt indonesia mmg dah lama guna perkataan Allah utk agama Kristian. Terbaca fakta ni dkt satu laman web agama.

  12. hatimati berkata:

    kalo mereka menyalahgunakan kata nama Allah tu, maka kenakan tindakan sewajarnya. errr lagu negeri pahang ada gak nama Allah. errr.. budak kaum lain kena cakap apa ek?

  13. Akmal Hakim berkata:

    cakap je la Allah. apa kes.

  14. filsuf92 berkata:

    Bukan kah itu juga menunjukkan kelemahan orang kristian…diorang kan tak tetap dengan nama tuhan mereka jesus…kadang nak tergelak gak kpd orng kafir nik..tapi sian tak dapat hidayah..
    tapi marah sbnrnyya sbb nama Allah digunakan untuk sesatkan umat Islam….ape pun buat kerja sbg hamba Allah…Serulah manusia ke jalan Allah…hidayah milik Allah..

  15. Ikut hukum, tak salah guna. Ikut situasi, tak sanggup benarkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: