Episod 147 : Bual-Bual 2010

Ramai orang kata masuk tahun baru perlu mula azam baru. Bukan setakat ada azam baru, semua orang mula mengusik-ngusik bertanyakan azam baru orang lain.

Macam-macam.

Pada saya, saya sendiri pun tak tahu untuk menjawab soalan sebegini, lantas jawablah sekadar mana yang biasa. Saya sendiri tidak percaya pada azam tahun baru. Saya meletakkan prinsip setiap hari adalah ‘masterpiece’ dan azam baru saya bermula ketika saya bangun tidur.

Tidak ada dalam dunia ini mampu berubah sekelip mata dengan hanya memasang azam baru ketika masuk tahun baru. Kita bukan bajet 2010 yang sedia ada dengan kewangannya. Kita juga bukanlah mesin elektronik yang asyik bertukar ganti. Kita manusia yang memang sentiasa berubah. Berubah itu memerlukan proses.

Namun saya no offense kepada yang inginkan azam baru. Mengadakan azam baru bukanlah ‘aku kena’ atau ‘aku nak’ tetapi azam baru itu adalah ‘aku akan’ dalam buat satu-satu perkara. Jika kita menilai sesuatu perkara ‘aku kena’ atau ‘aku nak’ bermakna kita masih meletakkan pilihan samada nak atau tak. Jika ‘aku akan’ sebenarnya kita telah memberikan keputusan.

ANDA ADALAH APA YANG ANDA PILIH

Saya tidak percaya pada kenyataan you are what you think atau orang kata anda adalah apa yang anda fikirkan seperti dalam iklan MILO. Walaupun ada yang mengaitkan hal ini dengan ‘kuasa percaya’ itu, masih belum cukup kuat untuk kita tentukan keputusannya.

Sebab itulah saya mengatakan we are what we decide. Jika ingin pilih jalan yang baik, dapatlah jalan yang baik. Jika ingin pilih jalan yang buruk itu yang anda dapat. Jika kita tidak bijak ilmu memilih, kita akan tersungkur ke masa depan yang mungkin kita tidak mahu ingini.

Saya teringat tentang newsletter yang saya baca tadi, oleh penulis buku ‘The Confident Speaker’, Larina Kase. Katanya kadang-kadang kita selalu tersekat dengan membuat pilihan. Pilihan itu kadang-kadang bukan perkara yang kecil, tetapi perkara yang agak besar. Jadi ramai yang memilih untuk fikir, fikir dan fikir.

Malangnya segala pemikiran kita yang ‘bijaksana’ ini seringkali membawa kita lari dari pilihan yang sepatutnya. Terlalu berfikir ketika membuat keputusan ini sebenarnya mengganggu kita dalam membuat pilihan yang betul.

Namun, bagi saya sebenarnya dalam saat-saat kita berat untuk memikirkan membuat satu pilihan, yang terbaik adalah cukup untuk kita berfikir apa yang jadi pada diri kita akan datang. Ya, tubuh yang sedang anda ‘pakai’ itu.

Anda mungkin akan jadi orang yang penting, atau mungkin juga sebaliknya. Mungkin kerana kita memilih A dan lepaskan pilihan B adalah sebab A mempunyai kesan jangka masa panjang, namun B untuk tujuan seketika.

Fikirkan untuk kesan jangkamasa panjang.

Nah, tahun 2010, nak pilih jadi apa lagi?

MAKSIAT TAHUN BARU

Ada juga saya dengar ramai orang mengatakan masuk tahun baru mesti ada orang yang lakukan maksiat di tempat-tempat sambutan.

Walhal maksiat berlaku setiap hari.

Sebenarnya tahun baru inilah kita menilai sejauh mana maksiat yang ada di Malaysia ini. Sekiranya anda tidak suka maksiat, adakah anda akan datang ke tempat-tempat sambutan yang melalaikan dan berpotensi besar menggalakkan maksiat?

Dalam erti kata lain, tempat-tempat di situ akan berkumpul sebahagian besar orang yang lalai. Dari situ juga kita boleh melihat, orang-orang yang berkumpul itu bagaimana.

Ini bukan offense.

Ini perli.

SETAHUN SEKALI

Kata orang, nak sambut tahun baru ini sekali setahun. Bukan senang nak sambut.

Bagaimana pula dengan awal muharram yang juga tahun baru? Oh tidak, lebih dari itu, Ramadhan, yang satu hari itu terdapat lailatul qadar, 1 malam itu sama dengan beribadah selama 1000 bulan. Bulan itulah sepatutnya azam-azam baru diwujudkan, apatah lagi kita sebagai seorang muslim yang sepatutnya bermatlamatkan Allah sahaja!

Menariknya, kebetulan tarikh baru ini jatuh pada hari gerhana bulan. Ia jauh lebih menarik lagi daripada mercun yang dilepaskan ke langit.Melihat mercun tidak mampu membawa apa-apa pada hati melainkan kegembiraan yang sementara. Gerhana bulan adalah salah satu tanda keajaiban Allah, malah kita boleh beribadah malam itu untuk solat gerhana bulan, sekali setahun bukan?

TAHUN BARU DAN UMUR

Gembira dan tenang rasanya saat mula berdengung kalimah 2010. Bermakna masuk tahun baru ini, kita sudah naik satu ‘level’ umur kita. Kita telah meningkat satu tahun!

Aduhai, masa itu semakin nipis. Bukan nipis sebab masa, tetapi nipis sebab tubuh kita yang berkontrak dengan masa ini.

Akhirnya saya telah naik meningkat ke umur 20 tahun. Perancangan demi perancangan selesai dengan berjaya dan gagal. Di hadapan terbentang lagi perancangan yang banyak. Tak tahu setakat mana tubuh ini mampu bertahan.

3 tahun emas dari sekarang

Buat diri ini, buat diri ini.

Teringat post ini Remaja Bukan Sekali

4 Responses to Episod 147 : Bual-Bual 2010

  1. naseemussobah berkata:

    Confuse. ‘Aku kena’ bukan satu azam? Aku kena=aku mesti=aku akan

  2. M. Faiz Syahmi berkata:

    Masih tak rasa tahun sudah bertukar 2010.
    Masih tak rasa umur sudah bertukar 20.
    -.-”

    Akmal, tiga tahun emas tu akan cepat saja berlalu. =)

  3. akmal ahmed berkata:

    semoga usia yang bertambah membawa kita lebih matang dalam membuat pilihan…

    teringat kata seorang naqib, ‘life is a decision-making process, therefore, decide wisely’

  4. pakcikli00 berkata:

    Lafaz ijab

    Iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya seperti berikut :

    A Oleh wali perempuan sendiri
    “ Aku nikahkan dikau akan anak ku Bedah dengan mas
    kawinnya RM 101.00 tunai”

    B Oleh wakil wali
    “ Aku nikahkan dikau akan Bedah dengan berwakil wali, bapa
    nya kepada ku dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”

    Lafaz qabul

    Iaitu perkataan pihak suami bagi menjawab lafaz hijab tersebut seperti berikut :

    “ Aku terima akan nikahnya dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”.

    Hukum menyebut mas kawin ketika dilafazkan ijab qabul ada
    lah sunat, kerana Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan menyebutnya ketika baginda menikahkan orang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: