Episod 145 : Hari Ini

Hari ini mungkin aku bingung kerana hujan..
Atau aku bersyukur alam ini disirami secara percuma,

Hari ini mungkin aku sedih kerana kekurangan wang..
Atau aku mungkin berbangga dengan sebab kewangan ini menyebabkan aku mengurus kewangan dan berjimat-cermat,

Hari ini mungkin aku mengeluh kerana kurang sihat..
Atau mungkin ini mendidik aku untuk menghargai nyawaku,

Hari ini mungkin aku sakit kerana bunga mawar itu berduri..
Atau mungkin aku meraikan bahawa duri itu mempunyai bunga yang indah,

Hari ini aku mungkin kecewa kerana kekurangan rakan..
Atau aku merasa gembira kerana aku mempunyai ruang yang luas untuk aku mencari teman baru,

Hari ini mungkin aku tertekan kerana terlalu sibuk..
Atau aku berasa tenang kerana aku mempunyai kerja untuk dilakukan,

Hari ini aku mungkin mengomel kerana terlalu banyak perkara perlu belajar..
Atau aku bersikap terbuka untuk bersedia mengutip mutiara-mutiara ilmu,

Hari ini menunggu apa yang akan aku lakukan.
Apa yang aku ingin hari ini, bergantung pada diriku..

Seni kehidupan~

10 Responses to Episod 145 : Hari Ini

  1. along berkata:

    salam akmal..bagus blog akmal..teruskan..minda mcm kamu cukup penting sebagai aset negara…

  2. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ along,

    Aset negara? Masya Allah, tinggi sangat tu. Tiada apa-apa yang membezakan saya dengan yang lain, cuma mungkin pengalaman dan perjalanan sedikit sahaja..

    Kan semua ni ilham dari-Nya?🙂

  3. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Kehidupan lebh mudah setelah boleh ianya berfikir sendiri, ngak di pikir pikir.

  4. Akmal Hakim berkata:

    Waalaikumsalam..

    Hehe.. pakcikli00, lama tak kelihatan ^_^

  5. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Dari segi moralnya Pakcik perlu memberi sokongan kepada weblog blogger muda yang berpotensi seperti Akmal, tapi Pakcik takut komentar pakcik menjadi jambatan orang seperti nurazah fathirah yang baik baik ni melayari weblog Dukun Asmara, nanti selepas ini Pakcik beri komentar menggunakan weblog yang lain.
    Klik http://sehatmasayu.wordpress.com/

    Terima kaseh salam hormat.

    ;

  6. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ pakcikli00,

    Err… level saya masih tak sampai lagi rasanya. Jadi maaflah kalau saya tak berkunjung ke sana, untuk menjaga diri..🙂

    Apa pun terima kasih kerana memberi sokongan😀

    @nurazah fathirah,

    Harap mengambil isi, tiada nilai sastera langsung (tak pandai).

  7. realitihidupku berkata:

    nice work bro…

  8. eyes berkata:

    Hari ini mungkin aku sakit kerana bunga mawar itu berduri..
    Atau mungkin aku meraikan bahawa duri itu mempunyai bunga yang indah,
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: