Dedikasi Buat Akhi Amir Farid

Kali pertama bertemu di Kem Lepasan SPM 2007, Shah Alam. Program itu adalah program yang mengumpulkan ikhwah-ikhwah dari Australia yang sedang cuti summer. Saya mencari-cari, kalau-kalau ada ikhwah dalam jurusan Seni Bina.

Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan akhi Amir Farid. Orangnya bersahaja dan agak unik. Kamera DSLR Olympus sentiasa bersama. Fokus saya untuk bertanya-tanya tentang Australia. Sejak program itu kami mula mengenal dengan lebih rapat selepas proses demi proses pertanyaan ditujukan.

Saya berasa gembira dalam masa yang agak lama berhubung, akhi Amir Farid sentiasa menjawab dengan sepenuh detail, kadang-kadang beserta diagram ketika saya bertanya melalui emel. Peribadinya yang sangat berbeza dengan rakan-rakan architecture yang saya kenali menyebabkan saya juga ingin mencontohinya🙂.

Akhi Amir Farid telah selesai program masternya di Deakin University, Australia, kini telah bekerja. Menariknya, selama saya mengenalnya, rupa-rupaya akhi Amir Farid ini seorang lagenda Deakin yang pernah mendapat award! (menyusul selepas ini, hehe)

Terima kasih buat akhi Amir kerana terlalu banyak membantu saya dalam proses ke sana. Begitu juga, terima kasih kerana memberi impak kepada pemikiran saya ke dunia seni bina dan fotografi. Saya budak baru belajar~

Apa-pun ini adalah satu dedikasi buat akhi Amir Farid yang baru sahaja bernikah beberapa hari yang lepas, tahniah saya ucapkan pada akhi Amir Farid dan ukhti Khadijah atas perkahwinan kalian berdua.

Barakallahu lak, wa baraka alaik, wa jama’a bainakuma fi khair.

Link : http://ceritalabu.wordpress.com/

7 Responses to Dedikasi Buat Akhi Amir Farid

  1. zuwairiaiman berkata:

    selamat pengantin baru semoga panjang umur murah rezki, dan betimbun2 hari yang bahagia… amin

  2. Afiq berkata:

    nta pegi rmit la. Jadi lagenda RMIT pulak. Jgn kacau rekod akh amir kat situ. hehe.

    pegi semai mesra x nanti?

  3. Akmal Hakim berkata:

    @ Afiq

    Eheh~

    Nanti kalau saya pergi RMIT, saya kacau record lagenda RMIT plak.. En. Afiq..

    Hehe…

    Insya Allah, pergi.. Bila nak balik Malaysia?

  4. ceritalabu berkata:

    jzkk akh~!

  5. Akmal Hakim berkata:

    😉

  6. realitihidupku berkata:

    selamat pengantin baru..

  7. Afiq berkata:

    Balik 27hb iA. Jumpa nnt di Semai Mesra 2010!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: