Episod 143 : Bicara Tentang Alam Sekitar; Siapakah Yang TAHU, MAHU & MAMPU?

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” [Surah Ar-Ra’du :3]

Telah sampai saatnya saya mengakui kekecewaan yang saya belajar melalui sistem pendidikan kepada masyarakat kita hari ini. Betapa kita selama ini terlalu banyak fokus kepada isu-isu yang berat sebelah, tetapi kita sebenarnya telah banyak meminggirkan isu-isu lain yang kita semua patut juga dipertanggungjawabkan.

Dalam masa yang sama, mampukah kita mengakui kita mempunyai masyarakat yang berdikari, proaktif dan bukan ikut haluan ‘angin’ media?

Jauh sekali.

Saban hari kita akan membesar dan melahirkan generasi-generasi baru, tetapi bagaimana dalam situasi hari ini, malah masa depan kita yang berdepan dengan ekosistem yang sangat buruk? Sebanyak manakah kita menyediakan ruang untuk mereka menikmati udara yang segar?

Ini belum lagi sebut tentang tajuk ekosistem, biodiversiti, alam sekitar, flora dan fauna, atau yang berkenaan dengannya, berapa banyak yang sanggup membacanya, mahu memahami situasi bumi ini, sedang kita mengaku kita seorang khalifah?

Atau hanya menjadi bahan bacaan untuk tujuan peperiksaan, kemudian ilmu itu dibakulsampahkan?

BUMI YANG SEMAKIN PARAH

Bayangkan anda memiliki sebuah rumah. Hari ini rumah itu cantik. Tahun depan catnya tertanggal. Tahun berikutnya atapnya pula tercabut. Proses rosak dan rosak ini tidak berhenti-henti. Sehinggalah rumah itu seolah-olah bukan tempat yang sesuai untuk anda tinggal.

Bagaimana dari situasi itu kita bertindak? Jawapannya hanya ada dua; samada membaiki atau ‘berjimat’.

Itu nasib baik rumah, mungkin boleh beli rumah yang lain. Tapi mampukah kita mencari bumi yang lain? Atau berangan-angan untuk tinggal di planet Marikh dan bulan?

Mengarut.

Hal ini mengingatkan saya wayang Wall-e oleh Pixar Studio yang menonjolkan bumi yang menjadi pusat pengumpulan sampah. Manusia telah jauh terbang ke galaksi lain dengan tinggal di dalam satu kapal raksasa. Mereka tinggal di sana, lahir, belajar, dan mati di sana.

Satu yang menjadi saya tertarik di dalam cerita ini adalah, manusia yang gemuk-gemuk, tidak mampu berjalanan di atas kaki sendiri (menggunakan kerusi bergerak), hanya tahu : makan, tidur, sosial. Yang lain diuruskan oleh robot-robot termasuklah makan minum.

Lebih mengejutkan mereka tidak tahu sejarah asal usul mereka. Malah mereka pelik tatkala melihat ada tumbuhan yang ‘bernyawa’.

Saya menyetujui simbolik cerita ini yang menggambarkan manusia yang wujud ketika ini semakin pandai-pandai, tetapi hakikatnya menjadikan mereka pemalas, lupa daratan dan tidak ambil tahu.

Nah, diwujudkan cerita robot pemungut sampah yang berperasaan!

Maka di sini kita perlu melihat bahawa sebenarnya keadaan bumi yang semakin parah ini harus dipegang oleh setiap orang. Apatah lagi sebagai umat Islam, memakmurkan muka bumi ini adalah tanggungjawab prioriti kita sebagai khalifah.

Di manakah isu itu kita boleh wujudkan di media-media kita?

Ramai yang akan kata ada. Saya tak nafikan, tetapi yang banyaknya tentang isu petroleum yang akan kehabisan. Ia berlegar sekitar persoalan alternatif, jimat, efisien, dan sebagainya.

Lihatlah petroleum itu dikira satu keperluan buat kita semua, dan ramai yang menjadi prihatin setelah dimaklumkan bahawa bumi akan kehabisan petrol 4-5 tahun akan datang. Tetapi apakah isu petrol ini wujud ketika kita tidak diberitahu?

Maknanya di sini, alangkah tingginya media memainkan peranan dalam mendidik masyarakat kita dalam keprihatinan dalam memahami sesebuah isu. Maka sahlah kita tidak cukup mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga alam.

Melainkan itu adalah undang-undang.

Maka yang mengetahuinya sekitar orang yang bakal mendirikan bisnes atau industri yang menyentuh soal alam sekitar.

Yang lain, lalu lalang di shopping complex nampak ‘reusable bag’, ecofriendly, atau mendengar tentang green building, semuanya garu kepala.

Segala aktiviti dan program berhubung alam sekitar akan menjadi tidak praktikal jika berdepan dengan ‘masyarakat tak tahu’ ini.

Ini bukan perli, ini hakikat.

UMAT ISLAM BERHUBUNG ISU ALAM SEKITAR

Di dalam Al-Quran, lelaki dan perempuan diamanahkan sebagai khalifah. Allah telah mencipta alam dengan seimbang dan menjadi satu tanggungjawab manusia untuk mengekalkan keseimbangan itu samada dengan penglibatan masyarakat mahupun individu.

Al-Quran turut menyatakan mukmin di surah Furqan : 63 sebagai “..mereka yang berjalan di muka bumi ini dengan sopan santun..” yang mana ulamak telah mentafsirkan ayat ini bahawa orang Islam adalah untuk menjaga alam dengan segala nikmat yang telah diberikan daripada Allah. Penjagaan alam ini dikira  satu ibadah. – ini adalah satu perintah dari Allah.

Bayangkan, lebih 700 ayat Al-Quran adalah merupakan pendidikan Al-Quran tentang alam.

Di mana kita umat Islam bertindakbalas? Isu alam ini telah tercatat 1400 tahun dahulu!

SOALNYA BAGAIMANA?

Dalam sejarah Islam, Empayar Uthmaniyah memberi kita satu contoh betapa Umat Islam secara budayanya mempunyai kewajipan tentang penjagaan alam sekitar. Pegawai-pegawai dan menteri sendiri telah mencadangkan perlaksanaan polisi ketat tentang isu ini yang mana ia mempunyai potensi memudaratkan generasi seterusnya.

Kita mempunyai sejarah dalam mempraktikkan penjagaan alam ini. Kenapa tidak hari ini?

Saya tertarik dengan satu badan NGO di United Kingdom, Islamic Foundation for Ecology and Environmental Science (IFEES) yang bergiat kuat memperjuangkan ekologi dunia. Mereka adalah badan berpengaruh bertaraf dunia dalam mengupas isu-isu alam sekitar.

Di California juga ada satu aktivis dinamakan greendeen yang turut memperjuangkan alam sekitar atas nama Islam. Mereka memberi pengetahuan tentang isu alam sekitar, dan praktikalnya mereka mengadakan aktiviti membersihkan dan mencantikkan alam sekitar secara sukarela.

Jiran negara kita sendiri, Singapura juga mempunyai satu pertubuhan yang dinamakan Young Association of Muslim Professionals (Young AMP) yang dibawahnya mempunyai satu cabang, iaitu Project ME : Muslim and Environment. Mereka adalah kumpulan yang bersemangat dalam mempraktikkan perjuangan islam melalui usaha alam sekitar mereka.

Bukankah itu dikira jihad?

Persoalan yang bermain di benak saya, negara mereka sudah cukup signifikan dari aspek kebersihan, alam sekitar yang cantik dan serba serbi lengkap. Tetapi mereka masih gah memperjuangkan alam sekitar sebagai satu syiar Islam. Maka sekali lagi saya bertanya soalan tipikal, bagaimana dengan kita?

Adakah kita tidak ada badan yang turut memperjuangkan alam sekitar?

Zalimlah andai saya mengatakan tiada.

Ada, tapi soal ini lagi satu menimbulkan tanda tanya. Siapa?

Yang ada, isu-isu sebegini selalunya diambil alih oleh Persatuan Pengguna Penang (CAP). Setakat ini tiada pertubuhan alam sekitar yang khusus oleh badan-badan Islam, melainkan badan amal yang turun untuk membantu mangsa bencana alam.

Meskipun setakat ini kita tiada badan-badan sepertimana yang ada di negara luar,  sekurang-kurangnya kita mengambil berat tentang isu ini dan mula bertindak secara lebih giat. Bukankah ini juga adalah satu jalan dakwah yang halus dan hikmah?

Saya pernah cuba memerhati dan bertanya sesuai dengan kursus saya, bagaimanakah perkembangan sustainable architecture di Malaysia. Namun sekadar apa maklumat yang saya peroleh, Malaysia masih tidak giat lagi dalam hal sustainable features. Saya doakan agar suatu hari ia berkembang luas, kerana ini berkaitrapat dengan generasi masa hadapan ummah di Malaysia.

Kesan pencemaran dan kerosakan di geografi Malaysia ini, mungkin peringkat awal kita tidak menyedari, tetapi sedikit demi sedikit mungkin akan menganggu kesihatan kita. Apatah lagi masyarakat kita tidak banyak pengetahuan tentang penjagaan kesihatan.

Maka, saya di sini menyeru kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian, ingatlah sesungguhnya usaha untuk menyelamatkan bumi ini perlu kita TAHU, agar sedikit sebanyak ia membuahkan MAHU.

Betapa besarnya usaha pemeliharaan ini, hingga disebut oleh Rasulullah;

“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

p/s: InsyaAllah selepas ini akan diadakan ruangan ‘Alam Sekitar’

8 Responses to Episod 143 : Bicara Tentang Alam Sekitar; Siapakah Yang TAHU, MAHU & MAMPU?

  1. Akmal Hakim berkata:

    Selamat menjawab kepada rakan-rakan archi untuk paper Intro. to Environmental Science, khamis ini!🙂

  2. dealova berkata:

    ” Maka sekali lagi saya bertanya soalan tipikal, bagaimana dengan kita? ”

    sebab- kie x cakna dengan keadaan sekeliling. sifat nafsi2 masih membelenggu diri..

    kt sini, x yah cakap la keadaannye cmne..sampah merata2 itu pandangan biasa..=p

    lama sudah tidak ku kirim sepatah 2 kata disini, oh~

  3. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ dealova

    Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan..

    Harapnya bukan kitalah sampai hilang rasa bertanggungjawab~

  4. soulihya' berkata:

    nice blog…byk ilmu y dapat dituai…

  5. dur berkata:

    belajar ies mmg best…
    semoga kita bakal jd architect yg betul2 jaga alam sekitar..insyaAllah

  6. pah ain berkata:

    kalau pihak UIA sediakan lebih banyak tong sampah, maka akan bertambah ‘rajin’lah pelajar2nya membuang sampah.😀

  7. cik mus'ab berkata:

    salam, nice ! bleh terus mengkaji dan wat posting agi. leh share dengan dah2 Environmental Healt ( EH)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: