Episod 142 : Soalan Tentang Professional Mukmin

salam..saya ali dari johor..saya dahulunya belajar di dalam bidang agama… saranan dari ayah saya yang berpikiran seperti saudara dia memberi cadangan kepada saya utk mendalami dalam bidang seni bina…saya berusaha dan mendapat temuduga di utm tetapi ditolak..atas dasar saya dari bidang agama…dikritik abes2an oleh pihak temuduga…mungkin ada sedikit sebanyak kesilapan sewaktu temuduga…tetapi disitu kita dapat lihat betapa tidak dibagi peluang terhadap org yang beraliran agama utk menceburi bidang yang laen…saya merasa agak terkilan dengan keadaan sedemikian..kita cuba utk mengeluarkan idea mungkin dari konsep yang berbeza..tetapi tidak dibagi peluang..saya akui tidak beberapa mahir dalam melukis..tetapi mengapa?..bagaimana kita hendak cuba membanu persepsi ini dimata sang penemuduga…tidak pandai melukis mungkin boleh dilatih…ilmu agama yang diperolehi oleh sang ditemuduga itu lebih bernilai atau ketidakmahirannya melukis itu yang dititik beratkan…apa pendapat saudara…

-Aligaban

Waalaikum salam w.b.t akhi Aligaban,

Sebelum saya menjawab persoalan saudara, saya memohon maaf atas keterlambatan dalam menjawab persoalan saudara dari sudut ini. Disebabkan projek seni bina yang bertambah-tambah, jadual menulis yang tak selari, ada sedikit kerumitan dalam menulis entri buat semester ini. Namun saya khabarkan pada saudara bahawa memang inilah kehidupan seorang pelajar jurusan arkitektur.

Terima kasih kerana sudi bertanya tentang persoalan ini, yang mengupas tentang PROFESSIONAL MUKMIN.

Tentang persoalan pertama, saudara aligaban ada menyatakan bahawa saudara dari pelajar aliran agama. Dalam masa yang sama, saudara telah dikritik ketika ditemuduga tentang hal ini. Saya juga pernah berpengalaman ditemuduga, tetapi dalam situasi itu bagaimana menjawabnya?

‘Anda seorang yang belajar aliran agama, tetapi kenapa mengambil jurusan lukisan?’

Soalan provokatif ini biasa digunakan kepada pelajar-pelajar aliran agama selain isu politik. Tetapi khusus untuk menjawab ini, adakalanya kita perlu meyakinkan mereka bahawa agama itu mendidik disiplin, dan satu perkara yang sangat perlu dalam jiwa seorang professional. Atas sebab itu, kita juga perlu yakinkan bahawa untuk mencapai professionalisme ini, kita perlu professional dari sudut dalaman.

Mungkin selepas itu, anda akan diprovokasi dengan isu kaum lain, tanpa agama dan sebagainya. Tetapi janganlah saudara terkilan kerana mereka tidak memberi peluang. Memang benar ada pandangan skeptik terhadap pelajar aliran agama, tetapi saudara boleh menggunakan kesempatan untuk counter soalan-soalan mereka. [ketika itu alhamdulillah saya berjaya mendapatkan kursus itu :engineer kapal terbang,  tetapi saya menolak kembali kerana agak lari dengan cita-cita asal. hehe]

Saya sebenarnya sangat gembira jika ada ikhwah apatah lagi aliran agama beria-ia untuk mendapatkan kursus professional seperti architecture ini. Tambah lagi dengan situasi betapa kurangnya ikhwah yang ingin memilih kursus ini. Kursus ini ujiannya sangat banyak, terutama dengan masa kita. Namun advantagenya saudara dapat menikmati malam projek saudara dengan solat malam, insyaAllah.

Seperti kursus-kursus yang lain, kita boleh melihat mereka membawa buku di mana-mana, menjawab kuiz yang banyak, ujian-ujian dan sebagainya. Kursus seni bina berbeza. Anda tak perlu susah-susah membawa buku yang besar-besar, tetapi cukuplah membawa pembaris T-square dan alatan melukis bersama🙂

Saudara,

Bagi saya, kita tidak mampu berbuat apa-apa dengan persepsi masyarakat hari ini. Saya juga dianggap pelik kerana sanggup mengambil jurusan ini, sedangkan keluarga dan rakan-rakan sedia maklum saya dari sekolah agama. Tetapi apa yang menjadi momentum di sana, kita perlu berusaha menghasilkan design yang terbaik [seni bina dinilai dengan lukisan dan designnya]

Menarik bukan, jika kita orang yang jaga solat, berpuasa, menjaga quran, sedang kita juga berada di depan dalam projek?

Itulah yang terbaik.

Lisanul hal, aqwa min lisanul maqol, tindakan itu lebih berkesan daripada kata-kata!

Corakkan environment atau biah kita sendiri dalam MEMBUKTI. InsyaAllah, adik-adik saudara yang sealiran dengan saudara itu akan mengikuti🙂

Yang terakhir dari saya, masakan saya ini tidak mahu mengambil jurusan agama. Malah lebih tinggi dari itu sebolehnya saya inginkan pengkhususan dalam sejarah. Namun, kita perlu mengakui bahawa minat manusia ini sering berubah-ubah.

Jadi, aspek dominan dalam kemahiran itu mengunci saya untuk mengambil jurusan seni bina. Bagi saya kejayaan ini adalah untuk ummah, dan saya berharap agar apa yang saya belajar ini, hatta melukis sekalipun menjadi ibadah.

Sebab itu saya percaya seolah-olah dalam dunia yang sementara buat kita ini, kita didesign untuk tujuan tertentu. Teruskan apa yang saudara mahir, dan mari sama-sama kita buktikan pada ummah!

InsyaAllah, kejayaan itu milik umat Islam. Allah sudah janji.

“Kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu” [Surah Muhammad : 7]

p/s: tiada sebab untuk mengangkat diri, semoga Allah menjauhkan kita dari sifat riya’..


6 Responses to Episod 142 : Soalan Tentang Professional Mukmin

  1. zwa_arch berkata:

    salam
    terpanggil utk memberi komen,

    pertama sekali ana ingin ucapkan tahniah kpd akhi aligaban sbb dipanggil utk ditemuduga, tak semua pemohon akan dipanggil utk ditemuduga.

    ana pelajar tahun akhir senibina UTM. insyaAllah akan grad tahun depan. doakan ana.

    menjadi kemestian jika hendak mendalami kursus senibina di utm perlu duduki 2 ujian iaitu ujian bertulis/melukis dan juga temuduga.

    ketika menjalani temuduga lazimnya penemuduga akan cuba memprovokasi pelajar dan akan ‘dibelasah’ secukupnya. ini kerana mereka ingin melihat kesungguhan calon utk mendalami senibina. jika mula2 ditemuduga dah tak tahan dikritik, mcm mana nak hadapi lagi 5 tahun yg penuh cabaran dgn kritikan panel2 ketika assesment. senibina xdpt lari dari kritikan. dan kritikan adlah salah satu proses pembelajaran dlm senibina.

    pengalaman ana sendiri ketika ditemuduga dulu dikritik abes2san,dikatanya ana tak sesuai mengambil senibina kerana contoh2 lukisan yg ana lukis lebih kpd fine art.jadi mereka menyuruh ana mengambil art n design dan melupakan senibina.dan lain2 provokasi..

    tapi Allah tahu apa yg terbaik buat hambaNya. Alhamdullilah rezeki ana dpt dalami senibina di UTM. banyak je coursemate ana yg lain beraliran agama join senibina.

    kepada akhi Aligaban jgnlah terasa hati dgn penemuduga2. ana kenal mereka2 tu. dan mereka bukanlah spt yg anta sangkakan. mereka hanya menjalankan amanah yg diamanahkan utk menemuduga calon..

    WA

  2. Akmal Hakim berkata:

    Hah, akhirnya tersingkap juga rahsia sebenar UTM🙂

  3. aligaban berkata:

    wasalam…terima kaseh saudara sekalian…mungkin ketika itu saya belum nampak apa sebenarnye sume tu…xdehal la…ooo ade student utm la yang komen…saya memang duduk area tmn u..kalu ade pape yang bole dikongsikan bole kontek…sekarg saya pon sudah berada di uitm perak dalam bidang bangunan…insyallah dalam usaha menyambung degree ke arkitek doa2kan la ye…doa kan saya selalu….

  4. haiyyyy berkata:

    assalamualaikum saudara,saya seorang pelajar lepasan spm tahun 2009,dan alhamdulillah saya telah dipanggil menghadiri temuduga dalam bidang seni bina pada sabtu ini.saya ingin bertanyakan tentang pengalaman saudara menghadapi saat temuduga,apakah perasaan gementar senang menguasai diri?dan,apakah soalan-soalan lazim yang selalu akan dilontarkan oleh penemuduga ketika ditemuduga.saya lansung tidak ada pengalaman dalam seni melukis ini kerana saya mengambil jurusan sains pertanian ketika sedang belajar di sekolah menengah dulu…jadi saya ingin meminta bantuan saudara menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saudara menghadapi saat temuduga.terima kasih..

  5. Hamba Hina berkata:

    Salam…
    So, mcm mana nk membalas n convincing diorang?
    Sy mmg xpandai bercakap. 1st intrvw sy mmg dah fail. Sy pun alami perkara yg sama dgn Aligbn. Diorg tnya “Kenapa tak jadi imam je? Huhu…I do my best to asnwer them, tp mmg xda rezki…xdpt pun. So sy nk try lg utk 2nd intake or myb next year. Apa yg patut sy prepare? Apa yg patut saya ckp klu diasak soalan yg sama? Sy masa intrviw xda ujian bertulis pun. Just sketching je. Slalu ujian bertulis ujian mengenai apa?

  6. sha berkata:

    salam semua..sy dapat pergi temuduga ahad mnggu depan di UTM..sy rasa gementar sgat nak menanti ahad mggu depan..sy xtaw nak wat ape skarang..sy xtaw nak jawab ape masa temuduga nanti.boleh sy tanye..mase temudga nanti.dia suruh lukis ape je slaen lukisan yang mereka minta bawa??saya harap ade di antra semua dapat membalas pertanyaan saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: