Episod 140 : Kita Kena Belajar Dan Mengajar Erti Menghargai 2

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). [Hadis Riwayat Muslim]

Hidup menjadi indah ketika kita dihargai.

Jika saya menyatakan yang sebaliknya juga betul;

Hidup akan kehilangan indahnya ketika kita tidak dihargai.

Selalunya ramai orang hendakkan diri dihargai ketika melakukan sesuatu perkara yang baik-baik. Penghargaan itu ibarat air sejuk yang menghilangkan dahaga keletihan dalam sesuatu usaha. Itulah hebatnya penghargaan.

Tetapi bagaimana jika seseorang mulai tidak dihargai tatkala kelemahannya tersingkap?

Hal ini mengingatkan rakan satu studio saya, perbincangan antara kami tentang satu tajuk menjadikan saya benar-benar terkesan. Amir menceritakan dalam sesebuah organisasi yang mempunyai orang-orang bawahan yang mantap, dan kesannya terhadap organisasi, hanya hal sekecil penghargaan.

“Bayangkan ada seorang yang bertahun-tahun lama berkhidmat dalam satu organisasi. Dia memang ikut apa yang boss dia cakap. Tapi sampai satu saat dia buat silap habis kena marah, agak-agak apa rasa orang tu?”

“Tak dihargai”, jawab saya mudah. Menunggu kupasan sahabat saya yang seorang ini.

“Haa..”,

“Seorang pekerja tu kadang-kadang memanglah dia ikut kerja yang diarahkan. Tapi kadang-kadang orang tak tahu dia buat lebih dari tu. Bayangkan, betapa selama ni mungkin dia beria-ia nak bangunkan syarikat tu, tapi senang-senang orang atas marah dia buat silap yang sikit..”

“Betul juga tu, syarikat yang hebat didirikan kadang-kadang banyaknya usaha dari orang bawah. Tapi mereka sedikit pun tak kisah kalau nama mereka tak terkenal”, celah saya.

Perbualan singkat ini banyak membuatkan saya terfikir sejenak. Betapa banyaknya perkara ini berlaku di sekeliling kita. Ini bukan hal pendidikan, bahkan ini telah menjadi satu kebiasaan dan ikutan. Bos di atas yang perlu didengari, yang di bawah perlu menuruti. Sedangkan bangunnya sesebuah organisasi hanya menggunakan idea 20% ketua, 80% pekerja!

Bagaimana semudah itu dipijak andai mereka yang selama ini berperanan menaiktarafkan sesebuah syarikat itu?

Begitu juga dalam mana-mana organisasi, adakalanya kesilapan kecil itu tak disengajakan. Tetapi alangkah dangkalnya kita betapa banyak yang ia telah sumbangkan, DILUPAKAN. Bagaimanakah mampu ketua itu membawa orang bawahnya mudah mengikutinya?

Usah fikirkan tentang kelemahan yang sekali-sekala mereka lakukan. Belajarlah menghargai usaha.

MENGHARGAI USAHA

“Kenapa muram aja anak ayah ni?..”, tegur seorang ayah di halaman rumah.

Amina senyap. Mata anak kecil ini bertakung, seolah-olah ada yang tersimpan tetapi tak mahu diluahkan.

“Amina sayang.. beritahulah ayah, kenapa?”, ayahnya datang menghampiri, mengusap manja Amina yang baru menginjak usia 9 tahun.

Amina hanya mampu mengeleng. Matanya tertunduk berat.

“Amina gaduh dengan kawan-kawan ke?”, soalan ayahnya dibalas geleng sekali lagi.

“Habis tu kenapa? Pasal exam ke?”,

“Em..”, Amina mengangguk perlahan.

“Amina tak dapat score macam sebelum ni ayah..”, matanya terkedip-kedip tunduk.

“Biasanya tiap-tiap bulan Amina dapat result baik ayah tak pernah tak kasi hadiah.. Ummi pun gembira. Amina risau bila nak cerita result Amina yang jatuh kali ni”, sambungnya lagi.

Ayahnya mendakap sayang, sambil berbisik,

“Sayang, ayah sentiasa bersedia belikan hadiah untuk Amina.. Ayah tak pernah kisah Amina dapat berapa-berapa pun..”

Air mata terharu membasahi pipi mendengar kalimah semangat ayahnya.

“Kenapa ayah kasi Amina hadiah?”, Amina sebak menyusun kalimah.

“Sebaaab… Amina dah beri hadiah ayah dan ummi dengan usaha Amina kan? Ayah dan ummi rasa gembira sangat bila lihat Amina belajar sungguh-sungguh, barulah adilkan?”

“Ayah ni.. hm.. maknanya..”, Amina menduga.

“Ya, ayah dah sedia awal-awal belikan hadiah untuk anak ayah dah pun :)”

Usah fikirkan tentang kelemahan yang sekali-sekala mereka lakukan. Belajarlah menghargai usaha.

MEMBUAH CINTA DARI KELEMAHAN

“Abang, Shifa minta maaf..”,

“Aik, kenapa tiba-tiba..”, Si suami yang sedang membaca surat khabar terhenti sebentar.

“Tak ada.. Shifa rasa macam ada banyak benda yang tak kena.. Rasa macam banyak kelemahan Shifa ni dekat abang..”, Shifa melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan suaminya.

“Shifa, kelemahan bukan kekurangan. Biasalah tu sikit-sikit buat silap, abang tak kisah sangat”, kata si suami.

“Bukan apa, Shifa ni kan cuai. Pegang je barang mesti ada yang jatuh, pecahlah, rosaklah. Kesian abang dengan isteri macam ni kan..”

Si suami tersenyum. Ada idea yang muncul di benaknya.

“Ok, macam ni, abang nak buat satu modul boleh? Hehe..” Si suami meminta isterinya menyediakan dua helai kertas.

Si isteri kebingungan dengan idea ‘pelik tapi romantik’ suaminya. Entah apa-apalah kali ini.

“Tuliskan semua kelemahan yang Shifa rasa sebagai seorang isteri. Abang pun akan tulis sama ok?”

“Hm..baik bos!”, tanpa tertunggu-tunggu, terus Shifa menulis.

Terjadilah agenda tulis menulis sambil kedua-dua mempelai ini. Adakalanya mencuri pandang antara satu sama lain. Bergurau sesekali.

Selesai sudah, mereka bertukaran kertas antara satu sama lain seperti yang diarahkan si ketua keluarga itu.

Masing-masing tersenyum membaca kertas pasangannya.

Sambil mendakap kertas itu ke dadanya si suami berkata,

“Baik, mulai hari ini abang akan terima semua kelemahan isteri abang yang solehah ni dengan penuh cinta dan keredhaan :)”, kata si suami sambil mengenyitkan matanya.

Shifa terkesima. Kagum dan terharu.

“Shifa pun sama, kita akan terima antara satu sama lain :D”

Sebenarnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan sebagai satu pasangan suami isteri bukanlah hanya kerana ‘ingin disayangi dan menyayangi’, atau kerana ‘persamaan dan perbezaan’. Namun terbangunnya sebuah baitul muslim kerana antara kedua-duanya saling lengkap-melengkapi.

Usah fikirkan tentang kelemahan yang sekali-sekala mereka lakukan. Belajarlah menghargai usaha.

KONKLUSI

Apa yang ingin saya bawakan di sini adalah dalam setiap situasi kita bersama dengan komuniti, pastinya akan berlaku kesilapan dan kelemahan individu tertentu. Saya tidak bermaksud kita mengabai atau menafikan kelemahan yang dilakukan. Tetapi adakalanya kita terpaksa mengenepikan kelemahannya sementara atas alasan untuk menghargainya.

Seseorang itu bukan tidak boleh ubah dengan kelemahannya, tetapi berilah peluang kepada mereka. Kita tidak mampu mendorong seseorang dengan mengherdik dan memarahinya semberono atas kesilapan yang mereka lakukan. Tapi kita mampu membimbing seseorang mengenal kesilapannya sendiri ketika kita mula menghargainya.

Ingatlah peristiwa yang berlaku ketika Rasulullah sibuk melayan pembesar Quraisy, datang Ibnu Ummi Maktum yang buta ingin bertanya kepada Rasulullah. Rasulullah berpaling dan bermasam muka dan merasakan terganggu atas kehadiran Ibnu Ummi Maktum, meskipun Ibnu Ummi Maktum tidak nampak hal yang demikian.

Atas sebab ini Allah telah memberi teguran pada Rasulullah khusus dalam surah ‘Abasa. Hal ini Allah telah menggambarkan dua hal, yakni pembesar Quraisy yang enggan mengikuti Rasulullah, dan orang buta yang lemah tetapi ingin membersihkan diri. Tetapi Rasulullah ketika itu memilih untuk menyelesaikan pembesar Quraisy dahulu.

Sedang nabi sendiri tersilap, inikan kita.

Dalam situasi kita memahami keadaan ini, selalunya kita mengutamakan hal-hal yang besar tetapi meremehkan hal-hal kecil. Walhal mungkin yang kecil itulah mampu memberikan sumbangan besar terhadap apa yang kita citakan. Sebab itulah penghargaan itu tidak susah, cuma ia menjadi begitu susah ketika kita ingin melaksanakan.

Usah susah-susah. Carilah orang di sekeliling untuk kita hargai mereka sebolehnya. Jangan sampai ketika kehilangan barulah mula kita menghargai, sedang awal-awalnya kita sanggup bertindak melupai.

3 Responses to Episod 140 : Kita Kena Belajar Dan Mengajar Erti Menghargai 2

  1. Akmal Hakim berkata:

    Salam semua..

    lecehnya..

    Daripada tadi nak letak di dalam draft sahaja tapi pelbagai masalah timbul. Jadi tak sempat nak edit..

    Penulisan ini ditulis ditengah-tengah pagi ketika menyiapkan projek architecture..

    Apa-apa wording yang kurang sesuai beritahulah. Saya ni bukan orang sastera~🙂

    silakan membaca entri yang sebelum ini atas genre yang sama;

    Episod 131 : Kita Kena Belajar dan Mengajar Erti Menghargai

  2. naseemussobah berkata:

    Maaf lawat banyak kali. Daripada luangkan break dengan tengok tv, baik baca bahan bermanfaat. Tak gitu? ^_^

    Respon tentang menghargai ni, saya lebih suka ketengahkan kisah adik beradik. Kadang-kadang kakak atau abang memang suka bersikap ‘bossy’ dan pernah memperlekehkan adik-adik kan… [hadith pada episod 131 dan 140 sangat bermakna]

    Hm, dan frasa, “membimbing seseorang mengenal kesilapan dirinya..” juga membuktikan bahawa tak semestinya semua orang akan berubah selepas di marah dan tak semua orang yang dimarah faham kenapa mereka dimarah. Kita yang saling melaksanakan amar maaruf nahi mungkar pula kena ingat, kita tak boleh berfikiran ‘solution-oriented’. Seperti dalam post di atas, bawa mereka ke pagar sahaja sudah memadai~

    Ok sedikit perkongsian dan maaf tak boleh tutup mulut daripada meninggalkan komentar pada post-post yang telah dibaca. Salam.

  3. realitihidupku berkata:

    Try to appreciate all the things that allah gives us….
    InsyaAllah!

    *cmne ngan citer galeri ilmu tu??
    *tulih ar post pasal tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: