Episod 139 : ‘RENEW’ Erti Korban


Sepanjang peralihan tarikh di kalendar Islam, pelbagai sambutan yang umat Islam seluruh dunia akan sambut . Begitu seninya Allah menjadikan masa, dan setiap masa yang berputar dan berulang itu ada checkpointnya.

Mungkin di bulan Ramadhan kita lebih fokus tentang erti sabar. Hari Raya Aidilfitri pula kita mencari-cari erti kemaafan. Tatkala masuknya zon Hari Raya Aidiladha, seluruh dunia mengalami mental shift tentang pengorbanan. Khutbah, tazkirah, radio, drama semuanya berelemen pengorbanan ketika ini. Justeru, tidakkah di situ kita melihat ada seni yang sangat indah dalam Islam ini?

Sesetengah orang sibuknya pada kerja. Ada yang sibuk dengan berbisnes, investment dan ada pula yang sibuk hal-hal rumahtangganya. Jarang-jarang yang sibuknya pada kerja-kerja masyarakat, melainkan sebahagian kecil.

Tetapi itu tidak pada Aidil Adha.

Di situ wujud signifikan erti KORBAN. Atau menurut bahasanya, hampir atau rapat.

Ketika itu sebilangan orang mula sibuk memikirkan bahagian-bahagian lembu dan kambing yang akan diinvest.Kemudian setelah sedia dan cukup bahagian, lembu dan kambing dibeli dan siap sedia untuk dikorbankan.

Di kawasan kejiranan rumah saya, kaum lelaki melangkah ‘menumpaskan’ lembu dan kambing perkasa, kaum wanita pula membuat persiapan untuk memasak sebagai jamuan selepas daging-daging diagihkan.

Yang bandar pun jadi kampung. Yang muda pun jadi tua. Semuanya berperanan dan saling bantu-membantu.

Itulah rasanya korban di Aidil adha ini. Ini bukan sekadar membeli haiwan ternakan dan lepaskannya untuk dikorbankan. Kalau demikian, hari-hari lain boleh buat yang demikian. Tetapi ini adalah bayar dan ‘turun padang’ (sebaik-baiknya). Ketika ini, kita akan melihat segenap masyarakat bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan korban,  yang mungkin di waktu lain jarang-jarang kita melihatnya.

Biarpun hanya sementara, bantuan sesama umat Islam menjadi simbolik bahawa kita semua sama. Sekaya mana sekalipun samada doktor, jurutera, arkitek dan peguam, semuanya berkorban untuk mengagungkan ibadah ini. Semuanya makan makanan yang sama, tidak ada yang lebih hebat formulanya hingga menjadi kaya atau sebaliknya menjadi miskin.

Inilah hikmahnya. Bukan daging-daging itu yang menjadi buruan kita di Aidiladha ini. Tetapi kita mencari keredhaan Allah di samping redha sesama manusia. Hablu minallah, hablu minannas.

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya..” [Surah Al-Haj : 37]

Mari renew erti pengorbanan~

“Jika kamu golongan yang berada, berilah kekayaan. Jika anda kekurangan, berikanlah hatimu” [pepatah arab]

2 Responses to Episod 139 : ‘RENEW’ Erti Korban

  1. naseemussobah berkata:

    Khutbah selepas sembahyang raya pun banyak jelas kepada kita tentang erti korban. Alhamdulillah hari ini hari ketiga kita sambut. P/s: akhirnya update juga. Syukran. Salam.

  2. Akmal Hakim berkata:

    Dah update kerana laptop ada di sisi. Tapi, keesokan harinya, rosak balik.. (punyalah lama tak dapat laptop ini juga hasilnya) Terus tak boleh buka..

    Nampaknya ucapkan ‘bye-bye’ kepada laptop Acer~

    Nasib baik spend RM15 sebab tak boleh nak baiki.

    Jadi terpaksa menunggu laptop yang baru~ harap tercapailah, Apple MacBook Pro, khusus nak buat kerja-kerja grafik nanti untuk archi.. ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: