Meniup Habuk Yang Menebal

writing

Teringat lagi satu ketika dahulu, abah perkenalkan seorang akhi yang berjalan dari jauh hingga ke kawasan perumahan saya. Khabarnya ingin mencari rumah rakannya. Umurnya tak jauh jaraknya dengan saya (dahulu pernah bersekolah di sebuah sekolah SBP Negeri Sembilan).

Kebetulan berjumpa dengan abah yang sedang membersihkan kawasan surau, dia berhajat menghulurkan satu nilai wang untuk disedekahkan kepada surau melalui abah akhirnya amal itu telah mempertemukan ukhwah antara kami.

Rupa-rupanya akhi itu bekas matrikulasi UIA Petaling Jaya (ketika itu saya belum berhajat lagi ke UIA).

Perbualan antara kami sambil melompat-lompat dari satu isu ke satu isu. Ada satu perkara yang menarik yang telah akhi sampaikan kepada saya, tidak saya lupakan, yakni tentang mutabaah amal;

“Andaikata kita istiqamah dalam satu-satu amalan, satu ketika lebih 3 kali kita tertinggal, kita akan mula susah untuk membuat amal itu balik, atau mungkin kita akan tinggal terus”

Hal ini mengingatkan saya akan penulisan blog ini.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya seminggu 1 kali saya akan lewat blog dan update isi. Tetapi sekarang sudah lebih 2 minggu, dan bermakna hampir 3 kali kuorum rutin saya. Bermakna saya menghampiri satu tahap yang memungkinkan untuk saya ‘hilang daya’ untuk menulis lagi.

Tentunya keadaan seperti ini bersulamkan alasan, selain sibuk, laptop yang telah lama menjadi medium saya menulis telah sampai ke peringkat ‘tua’nya, dan rosaknya hingga ke mainboard.

Chipset yang tertanam di mainboard telah gagal berfungsi menyebabkan kegagalan display pada laptop. Mungkin kerana internal hardware terlalu panas tambah lagi saya menggunakan processor AMD. Sekarang makin bertambah lagi projek seni bina yang menyebabkan saya tiada langsung ruang untuk meminjam laptop rakan lain, apatah lagi mengakses internet.

Namun saya bersyukur kerana sempat saya menyelit waktu meniup habuk yang mula bersawang di Seni Kehidupan ini. Tak tahu lagi, bilakah saya akan sambung menulis episod baru.

Jika diizinkan, ingin sahaja saya meminta untuk dipendekkan waktu tidur. Terbayang juga manusia juga ada mainboardnya (otak), bermakna ada limitasinya. Silap-silap, kalau tak jaga, timbul pula masalah atau penyakit.

Tanggungjawab begitu banyak, apatah lagi sebagai manusia keinginan juga pun banyak. Tak mampu untuk memenuhi, berasa cukuplah sebahagiannya. Itulah bayaran sebuah kehidupan.

“Kewajipan itu lebih banyak dari masa”, itulah kata hikmah yang tajam dikeluarkan oleh Imam Hassan Al-Banna.

Akhirnya cukuplah saya memberi sebuah konklusi, tiada istilah ‘pengurusan masa’, tetapi yang sebenarnya ia adalah tentang ‘pengurusan diri’.

Kita dan masa ibarat insan-insan yang memegang sebuah beg yang sama saiz, sama jenama. Yang membezakannya hanyalah isi yang ada di dalam beg tersebut.

Demikianlah coretan pendek ini buat sementara waktu ini menyinggah ke Seni Kehidupan.

9 Responses to Meniup Habuk Yang Menebal

  1. dayahadzman berkata:

    salam akhi…

    teringt sy ketika di pitt-progrm intensif timur tengah..
    ada seorg ustz tu cakp..
    sebenarnya masa kita ni cukup saja dalam seharian iaitu sebanyak 24 jam…
    cuma terpulg kepada manusia itu sendiri nak mengendalikannya…
    jadi beliau berkata…
    cara terbaik untuk memastikan masa kita sentiasa cukup..
    ialah dengan menjaga masa kita dengan ALLAH iaitu dengan solat di awl waktu…
    selepas itu insyaALLAH secara automatiknya masa kita seharian akan terpelihara…
    insyaALLAH…
    sekadar untuk berkongsi..
    waallahu’alam

  2. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ dayahadzman;

    24 jam itu adalah waktu universal dan waktu sunnatullah. Masakan kita nak bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan-Nya, tak gitu?

    Namun tanggungjawab itu tak ternilai banyaknya. Baru sebut tentang tanggungjawab sebagai muslim, kita juga tak terlepas dari tanggungjawab belajar. Ia akan sentiasa bertambah dan bercambah.

    Takkanlah mahu mengelak.

    Jadi dalam keadaan ini, perlu kita pertimbangkan balik diri, amal, kerja, dan tingkah laku kita seharian, bagaimanakah kita menyatukan kedua-duanya TANGGUNGJAWAB untuk MASA yang telah diperuntukkan.

    Beruntunglah andai kita menghayati surah Al-Asr.

  3. k0ala berkata:

    ‘Mungkin kerana internal hardware terlalu panas tambah lagi saya menggunakan processor AMD.’

    Salam. Ape kaitannye ye? Sekadar ingin tahu😉

  4. freakerz berkata:

    kegagalan display pd laptop??

    graphic card ko rosak kot..

    AMD memg high performance + power consuming..

  5. arrazzi alhafiz berkata:

    Ana rindukan tulisan-tulisan Akmal yang santai dan lembut menyentuh hati-hati pembaca dengan lenggok bahasa yang mudah dan indah.

    Moga Allah memberi kekuatan kepada anta untuk terus, terus dan terus menulis.

  6. Akmal Hakim berkata:

    @ koala,

    hardware tu dah memang internal, jadi kita tak sebut ‘internal hardware’. AMD adalah processor yang laju, biasanya ramai pengguna memilih AMD kerana kelajuan dan ketahanan untuk menampung hal-hal grafik. Jadi, biasanya agak lebih panas sedikit berbanding intel, apatah lagi apabila disatukan dengan graphic card NVIDIA. Jenama baru semua sudah tukar kepada ATI RADEON, jadi agak sejuk sedikit. Saya memilih AMD bukan sekadar laju, tetapi juga memboikot INTEL😀

    @freakerz,
    bukan graphic card rosak. Bukan LCD. Tapi memang chipset. Jadi, dah tukar chipset pun tak jadi, maka salah sebenar adalah mainboard yang dah tahap nazak. Acer kalau ditukar mainboardnya RM800, akhirnya saya sekadar membeli skrin monitor 20′ dengan harga RM400, lagi berbaloi.. Tapi tak portable lah..

    @arrazi alhafiz,
    syukran kerana sudi melawat blog ini. Setakat ini saya masih tak dapat post apa-apa, sekadar mampu melawat sekejap-sekejap. Namun penulisan masih berjalan ketika offline.. inshaAllah.. doakan..

  7. khairi berkata:

    salam.hebat jugak adik ttg ict ni ye??bagus2 teruskan.salam perkenalan.wassalam

  8. khairi berkata:

    pada adik yang budiman apa perbezaan AMD dengan intel.mana yang bagus dan terbaik??

  9. Akmal Hakim berkata:

    @khairi,

    wslm. Tak adalah hebat mana pun. Saya lebih khusus belajar dalam hal ‘creative multimedia’, melibatkan grafik atau produksi. Nak tak nak, seorang designer mesti kena tahu hal-hal lain yang berkaitan dengan apa yang dia tahu. Macam seorang pemancing, bukan setakat kena tahu umpan, tapi kena juga tahu keadaan lautnya sekali..

    Pada saya, sebenarnya dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. AMD memang cukup baik untuk hal-hal yang melibatkan grafik. Processornya agak laju dan sangat sesuai untuk tujuan itu, malangnya AMD agak panas dalamannya. Lambat laun, satu demi satu komponen dalam komputer ni hilang fungsi (iaitu side effect di motherboard) langkah yang baik adalah dengan membeli cooler. Kipas di laptop tidak cukup kuat untuk menahan panas. Barangkali boleh jadi angin yang disalurkan tersumbat menyebabkan heat transfer mengganggu komponen chipset yang lain sehingga rosak.

    Intel pula, saya tak berapa pasti sangat. Apa pun, setakat ni yang saya tahu ia taklah selaju AMD. Ramai yang tak recommend kalau kita guna Intel kalau banyak melibatkan perisian grafik. Oh ya, satu lagi Intel termasuk dalam list boikot, (barangan Amerika).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: