Episod 138 : Impian Multimedia, Sejenak Bersama SHAMS dan Pedas

_DSC1031

Berjumpa dengan adik-adik IMG ini kadangkala begitu mengiburkan. Mereka semua tenang, rileks dan selalunya sempoi. Sepertimana yang saya selalu peringatkan mereka, duduk dalam dunia multimedia ni kena selalu fleksibel, kita selalu berdepan dengan orang yang kuat mengkritik, virus yang ganas-ganas, file yang selalu hilang, pendrive yang sentiasa rosak dan hilang.

Bak kata dur dalam komennya,

“Itulah nasib orang yang bekerja dengan alatan”

Sebab itu kadang-kadang nak melatih bakal pakar-pakar multimedia ini rasanya kena lebih dari sekadar mengajar, mujurlah tarbiyah itu adalah agenda utama kami. Biarpun mereka bermula dengan ilmu multimedia dari kosong. Kena banyakkan bersabar dan perlu lebih sedikit kerajinan itu.

Nak menghadapi pelajaran lagi, multimedia,  dan sebagainya semua perlu stabil. Tak boleh berat sebelah. Oh ya, satu lagi,

“Akhlak dan sahsiah kena selalu jaga, terutama dengan guru-guru”, pesan saya.

Ini adalah berkaitan dengan kredibiliti. Juga prestij, biar guru-guru terutamanya peringkat atasan sentiasa menyokong.

KERENAH IMG

“Ok, kita ta’aruf, beri nama, tinggal mana, …. dan software yang pandai guna, boleh?”, sengaja saya nak mengusik adik-adik tingkatan 1 yang baru dalam IMG ni.

Setelah satu demi satu, tiba giliran pelajar tingkatan satu pula bertaaruf.

“..software… em.. Microsoft Word..”, kata Haziq terhenti-henti.

“..Microsoft word, pastu.. Youtube Downloader”, kami semua ketawa.

“Youtube downloader? Biasa download apa?”

“haaaaaaaaa…..”, semua keluarkan bunyi

“Haha.. ok.. teruskan”, pesan saya.

Selalunya bermula tingkatan 2, mereka baru mulakan kerja-kerja montaj ini. Tingkatan satu perlu banyakkan memerhati supaya timbul idea-idea baru zaman mereka. Jangan stereotaip sahaja dalam menggunakan aplikasi dan software multimedia  ini supaya ia bisa menarik perhatian para penonton dengan nilai dakwah dengan cara baru.

Dan yang paling penting, bermula tingkatan 1 inilah perlu diserapkan mentaliti dakwah, agenda tarbiyah,  dan fleksibiliti kerja teamwork, biarpun ilmu multimedia atau penggunaan komputer KOSONG.

Juga, setiap dari mereka wajib mempunyai pendrive dan emel. Itu adalah syarat paling penting dalam development IMG ini.

Alhamdulillah saya sentiasa yakin dengan perwatakan mereka. InsyaAllah boleh meneruskan kelainan ini pada masa akan datang.

“Abang Akmal, mana gambar IMG form 2?” 3 kali berulang-ulang hinggap komen adik Helmy tingkatan 2 ke blog ini.

Kurang puas hati kerana saya hanya ‘memanjakan’ tingkatan 1 dengan gambar mereka.

Macam macam~

BERTEMU DENGAN ‘PRODUCTION CREW’ SMKA SHAMS

Berkenal pula dengan adik-adik SMKA SHAMS pula menyebab satu lagi cerita yang lebih menarik. Setelah berta’aruf dengan pihak latermedia (Lujnah Penerbitan, Seranta dan Multimedia), banyak juga perkara-perkara baru yang saya temui pada mereka. Seperti yang telah dijangkakan, ahli latermedia selalunya open dan sporting. Bak istilah psikologinya, peaceful phalagmatic – secara tabienya ceria, suka bergurau dan fleksibel.

Kata mereka, latermedia masih perlukan banyak bimbingan. Setakat ni masih keliru dan masih dari peringkat awal persediaan. Alhamdulillah, tepat pada masanya!

Setelah berkenal-kenal, sempat juga berkenal dengan adik Aiman, orang kuat Production Crew. Seusai solat Asar berjemaah, lama juga berbual sembang dengannya. Dengan mendengar sejarah dan pengalamannya bersama krew, tak jauh bezanya dengan IMG di SMKA Pedas.

Pengalamannya dengan dunia multimedia juga begitu banyak. Malah mungkin lebih banyak dari saya. Bak katanya yang sedang mempelajari Adobe After Effect, sedangkan saya masih baru lagi develop perisian itu.

Tapi semuanya akan menjadi lebih menarik dengan sebuah kolaborasi gergasi antara IMG-PRODUCTION CREW. InsyaAllah setakat ini akan diadakan program pengenalan multimedia, yang khususnya dilakukan untuk memberikan gambaran tentang dunia ini, dan tindakan yang perlu dilakukan sepanjang tahun.

Semuanya memerlukan masa, keseimbangan, professionalisme dan yang lebih penting – ISTIQAMAH

Hingga saat itu, insyaAllah program kemuncak, Program Ansar-Muhajirin Latermedia SHAMS – PEDAS

***************************************

“Nak pergi mana?”, tanya driver teksi

“SMKA SHAMS”

Kemudian berjalanlah perbualan antara kami sambil perjalanan ke sana. Berhenti sejenak di rumahnya untuk pak cik itu menghantar makanan kepada anaknya. Rupanya ayah kepada Ihsan (bekas SMKA Pedas)! Katanya nak menghantar anaknya ke SHAMS tahun depan (tingkatan 4) kerana tidak tinggal di asrama.

Keesokan harinya di tempat menunggu bas yang sama.

Setelah kecewa teksi yang tak mahu-mahu henti.

Satu teksi berhenti.

Jumpa lagi teksi yang sama, kebetulan!

“Nak ke SHAMS lagi ke?”

“Eheh, tak, kali ni ke Pedas pulak”,jawab saya

Pak cik itu tersenyum pelik. Macam-macamlah soalan yang ditanya. Hehe😉

Kali ini pula terjumpa tingkatan 5 SHAMS di Pedas yang mengambil kuiz 3 penjuru di dewan SMKA Pedas. Sebahagiannya pelik, semalam jumpa di musolla SHAMS, kali ni di dewan Pedas pula.

Hehe. Saya sekadar berkenal-kenal dan bertaaruf dengan kesempatan itu.

Indah bersama SHAMS 2 hari, Pedas 2 hari.

Doakan berjaya!

12 Responses to Episod 138 : Impian Multimedia, Sejenak Bersama SHAMS dan Pedas

  1. dur berkata:

    berasa dengki pada insan yang pandai multimedia
    semoga thabat dlm bidang ini dan pada masa sama sebarkan dakwah

  2. Akmal Hakim berkata:

    Doakan kemahiran multimedia semakin bercambah dan berkembang..

    Doakan juga kreativiti semakin mencacak naik, atas latihan kursus architecture ini..

    Kesempatan ini kena juga belajar ilmu repair komputer lebih mendalam, kerana tak tau apa yang akan jadi dengan laptop ni nanti di sana..

    ~

  3. dur berkata:

    tambah satu lagi..
    dan bermanfaat tuk semua orang juga

  4. salam… pekabor???
    smoge sehat… smoge dpt kongsi ilmu… insya Allah…

    saper salah???
    alumni????
    hahahak

  5. realitihidupku berkata:

    Alhamdulillah….
    Berkembang juga gerakan Multimedia nih…

  6. Akmal Hakim berkata:

    Wsalam @ abdullah umar,
    Alhamdulillah sihat, sentiasa boleh kita kongsi ilmu. Siapa salah? Kalau abg Hazwan kata ‘alumni’, kalau abg kata NAFSU.

    Tak tahulah, sekadar pandangan.

    Salam @ realitihidupku,
    Dik, tolong prepare untuk dream team kita ya..

    IMG perlukan penghargaan dan bimbingan yang lebih kuat lagi, abang belum tentu dapat bimbing kalian sepenuhnya.

    Dahlah lesen tak ada, masa pun sempit [alasan], doakan kita berjaya, insyaAllah..

  7. fatinsyuhada berkata:

    syukran atas perkongsian dan bimbingan bagi badar shams..moga terus maju bersama! amin..

  8. amierwan berkata:

    memang semua berpunca dari NAFSU

    tapi kita manusia ada AKAL

    jadi, NAFSU dan AKAL menjadi timbangtara samaada ALUMNI yang bersalah.

    Orang yang sempurna AKALnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan selalu beramal untuk bekal sesudah mati.

    Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa NAFSU dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal.

    sekadar perkongsian.

  9. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Lama Pakcik tak singgah, kerana kadangkala kehadian gambar Pakcik di weblog ini mungkin kurang menyenangkan, tapi jangan lupa bayak yang mengunjungi weblog Dukun Asmara untuk memperolehi info berbagai jenis solat doa dan petua. Sudah tibalah masanya masyarakat kita mempunyai kekuatan jiwa mengalami kehidupan alam semesta untok mengenali tuhannya. Setiap mahluk yang dicipta ada buruk baiknya untok membolehkan kita berfikit. Tapi jika maseh belum kuat semagat Pakcik nasihatkan usahlah berkunjung weblog Dukun Asmara. Salam rindu dari Pakcik.

    Terima Kaseh.

  10. Munawwar berkata:

    Salam ziarah dari mesir akhi.
    link ana kat blog nta ni ada silap sikit la.
    ana Munawwar,bukan Munawwarah🙂

  11. adib berkata:

    assalamualaikum,boleh x kite format computer kite menggunekan internet…..salam…

  12. Abdullah Umar berkata:

    pabila ditanya, Aisyah berkata, manusia berada dlm keadaan yang plg baik bilaman mereka berasakan diri mereka tidak baik dan mereka berada dlm keadaan yang buruk pabila mereka merasakan diri mereka baik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: