Episod 137 : Kehilangan

Satu peringatan buat saya :

“Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim” [Imam Hassan Al-Banna]

document

“Repair ye.. Jangan format..”, kata saya.

“Abang tolong jangan format ye..”, saya mengulangi sekali lagi.

Jari-jemari ini semakin lemah tak bersemangat menyaksikan satu kesedihan yang berat ditanggung. Segala dokumen yang telah ditulis, tetap diformat.

Yang masih belum mengisi Seni Kehidupan, meskipun yang telah diisi, segalanya hilang sekelip mata. Ibarat menulis sebuah novel yang sangat panjang, dicompile, sebelum siap menghabiskannya akhirnya segalanya didelete sekelip mata.

Saya seringkali meletakkan back up dalam banyak perkara. Termasuk dokumen-dokumen saya. Namun kerana sebahagian daripada dokumen itu adalah secure, maka saya tidak mahu copy di banyak tempat. Tetapi apakan daya, meskipun menghalang sebuah tembok besar ataupun menyimpannya ke peti besi, yang akan hilang tetap akan hilang.

Saya hanya manusia, tetapi dalam hal ini menyedari bahawa kehilangan hal yang begitu kecil ini pun saya merasakan satu kehilangan yang amat besar. Apatah lagi andai selepas ini diuji dengan kehilangan yang lebih menyedihkan. Sanggupkah?

Namun atas kehilangan ini saya bersyukur menyaksikan ujian-Nya bahawa apa yang ada setakat ini, Allah memberikan satu peringatan besar terhadap diri ini. Kehilangan harta sebenarnya adalah satu ‘bahasa’ yang mengingatkan kita erti bersyukur. Bahkan membuatkan saya bertanya, adakah aku kehilangan erti bersyukur selama ini?

Aduh.

Ku terima segalanya atas kecuaian, inilah dia seni kehidupan.

14 Responses to Episod 137 : Kehilangan

  1. dur berkata:

    itulah nasib orang yang bekerja dengan alatan..

  2. amierwan berkata:

    my dear, it’s just one way that Allah tests you. you’re not losing anything as everything is in your greatest minds. so, lets gone be gone. the life must going on ~

  3. oh berkata:

    heesh jgn cepat give up!
    gambatte ^^

  4. Akmal Hakim berkata:

    Sebenarnya bukan salah orang tu kot. Tapi dia tak maklumkan yang dia format.

    Hm~

    Hakikatnya hanya OS yang rosak..

    Hanya technician yang boleh baiki sebab ada equipmentnya.

    Hilang semua post, tapi tak sangka mungkin ada hikmah tak post kat sini. Kena generate idea baru lagi.

  5. azim hamir berkata:

    ya akmal..

    jangan tangisi pemergian dokumen2 tersebut..
    pandanglah kehadapan ya..

  6. azim hamir berkata:

    ya akmal…

    jangan kau tangisi pemergian dokumen2 tersebut..
    pandanglah kehadapanmu..
    kerna disitu ada sesuatu..

    \(^^,)/

  7. iddbbi berkata:

    salam..

    apakah yang berlaku kepada laptop anda?
    boleh beri penerangan?

    saya ingin tahu..

    biasanya bila kita kehilangan sesuatu, baru kita menghargainya, betul tak?

  8. Akmal Hakim berkata:

    Laptop ketika itu berada dalam recovery, tetapi tak sempat nak habis dah terpadam.

    Jadi OS menjadi ‘biol’ dan tak Window tak boleh buka, walaupun dalam keadaan Safe Mode.

    Di sebabkan menggunakan komputer yang berprocessor AMD, biasanya motherboard selalu bermasalah menyebabkan banyak driver tak berfungsi.

    Dan mainnya CD drive, tak berfungsi. Maknanya nak betulkan sendiri MEMANG TAK BOLEH, melainkan dengan kepakaran technician.

    Tapi, technician ambil jalan untuk recover OS dengan formatkannya.

    Hilanglah segala dokumen yang ada sebab dokumen adalah di bawah drive C:

    Drive C: apabila diformat komputer akan hilang segala fail kecuali yang asas. Drive D: terselamat

  9. nurazah fathirah berkata:

    Biol?? Oh, teringat Biology. Hm, ini kes kehilangannya~ Sabojela sbb episod tu dah terdelete kan. Hm…

  10. Nabel berkata:

    Salam,..
    Hm.. sbnarnye boleh slamtkn data tu tanpa on laptop pun,..
    kluarkn hard drive dri laptop, gnekn usb khas sprti external hard drive,..
    recover data gne laptop lgi stu dgn software power data recovery, download dkt 4shared.com – ade fullversion lgi =P

    xpun recuva,..
    bagus software tu,.. lepas tu format trus laptop yg rosak.. =)

    masa laptop sy “lingkup” dlu, benda ni la sy gne..
    hehe..

  11. Akmal Hakim berkata:

    Oh macam tu ke rupanya… baru tau…

    Patutlah..

    Dah terfikir sebelum ni, sebab pernah try buat dekat desktop, tak taulah plak kat laptop~

  12. iddbbi berkata:

    xgune live cd? ubuntu? linux?

  13. aizatshare berkata:

    dulu pon aku ader terkena camtuh..
    pengajarannya..
    sampai sekang nih aku haramakan penyimpanan file di drive ‘c’..
    dan aku wajibkan simpan di drive yg xder window..
    kat desktop aku cuma ada shortcut ke drive lain..
    my document aku buang..hehe..
    tapi,kalo os rosak sekalipon,cabot jer hardisk pasang kat tempat lain..back up jerla..
    jgn ditangisi pd yg pergi.. : )

  14. freakerz berkata:

    memang penting tol r wat data recovery nie..

    nak cabut HD then access kat pc lain cam pyah jer..

    tapi kalau dah tu jer ikhtiar,bnda pyah jadi senang..

    mari download software recovery !!! ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: