Nota Peringatan : Bercuti Fizikal Jangan Berhenti Mental

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak (sempat) memancung ia, ia akan memancung kamu” [pepatah arab]

Time Change Accidents

“Dok umah dop tau nok wat gapo…”

“Bosanlah cuti ni..”

Berhenti!

Jangan lagi buat kenyataan sedemikian. Sampai bila lagi membiarkan diri terkeliru sampai tak tahu nak buat apa?

Belum cuti bukan main gembira nak bercuti. Tetapi ketika bercuti rasa bosan, kenapakah begitu?

Mari fikir sejenak, andai keadaan ini berulang-ulang sentiasa, tidakkah terfikir mana silapnya? Atau terbuai dengan mentaliti TAK TAHU nak buat apa?

Berjalanlah sejenak, lihat persekitaran. Bezakan antara air yang bertakung dengan air yang mengalir. Air yang bertakung menyebabkan sekelilingnya berlumut. Sedangkan air yang mengalir itu lebih bersih dan boleh bersuci dengannya.

Begitu juga orang yang tak buat apa-apa, seolah-olah air yang tidak bergerak itu. Orang yang pandai sentiasa ada kerja untuk lakukan sesuatu yang bermanfaat, seperti air yang mengalir.

Manakah yang dipilih? Orang bijak pasti merasakan sentiasa ada waktu untuk melakukan sesuatu. Tetapi orang yang beriman lebih-lebih lagi inginkan waktunya diisi dengan pengisian bermanfaat. Tak mahu dilalaikan dengan segala hedonisme yang semakin bersarang di minda remaja.

Ingatlah, cuti ini berupa ujian. Bukan bekerja dan belajar sahaja. Isikan segala cuti yang ada ini dengan biah solehah, insyaAllah hati menjadi mantap sebelum masuk ke kampus kemudian hari.

Baca buku banyak-banyak untuk persediaan motivasi & mental, bagi rakan-rakan architecture, improvekan lagi design dengan mengasah kreativiti, yang menulis blog, banyakkan info dan fakta dan teruskan menulis [istiqamah], dan bagi yang tak ada apa-apa nak buat, berjalan-jalanlah ambil angin.

Buat segalanya untuk mengingati-Nya~

Sekadar nota peringatan, buat diri ini terutamanya sebelum orang lain

[khusus buat rakan-rakan yang sedang bercuti semester UIA]

p/s : tak dapat menulis di laptop😦

9 Responses to Nota Peringatan : Bercuti Fizikal Jangan Berhenti Mental

  1. pembaca berkata:

    memang pun.
    x tau nak watpe lg kat umah ni.
    rase sume bende dah wat.
    dlu yeye nak cuti, dah dpt, bazir mcm 2 je.
    jalan2 amik angin pun dah,
    smpai nak habis angin.

  2. Izzah Atika berkata:

    salam…entri yg baik…
    waktu tu saya saje je tulis cam tu… hakikatnye saya banyak benda kena buat…exam dah nak dekat… tapi still duk dkt dpn komp ni..=)
    hmm..sy tekad akan memperbaiki diri ni yang selalu je negative thinking….
    syukran..wassalam…

  3. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ pembaca,

    Heheh, dah buhsan tahap tinggi namanya tu. Semua benda dah buat eh?

    Tak pelah asalkan kalau dah tak ada benda yang boleh buat lagi, JANGAN terjun ke benda yang tak bermanfaat.

    @ Izzah Atika,

    Baguslah perbaiki diri. Setiap orang adalah positive factor dalam diri, cuma selalunya nak keluarkan negative factor atas sebab environment yang mendesak~

    Semoga berjaya exam yang mendatang, amin.

  4. aireensamirah berkata:

    adess,
    baru plan nak tgk cite korea..😛

    kena ubah ckit plan ni,
    baca buku for the upcoming SAT..
    n baca buku utk tmbah ilmu..
    hehe..

  5. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ aireensamirah

    Alhamdulillah, moga tersampai rahmat penulisan yang tak seberapa ni.

    Ada apa dengan cerita korea~

  6. Izzah Atika berkata:

    salam..abang akmal hakim…
    hehe..tur lar pasal…pelik sgt..suka jer keluar kan negative factor….xpe2…mmg nak perbaiki diri nie…=)~wassalam..

  7. wardahbiru berkata:

    salam…erm..terkena batang hidung sendiri…
    btw…thanks sbb type article nie..terbuka minda berfikir lebih lagi..alhamdulillah….

  8. […] Nota Peringatan : Bercuti Fizikal Jangan Berhenti Mental […]

  9. Salam.

    ni entri yg bagus. sejujurnya, saya takthu nk buat apa cuti 3 bulan.. buhsan. teramat buhsan. siapa2 ade dgr apa2 workshop, kem dsbnya… uar2kn lah.. boleh je saya join~hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: